Hey korang! Pernah tak korang terbayang nak travel mewah, tapi poket menangis? Aku faham sangat perasaan tu. Siapa je tak nak kan, kan? Tapi jangan risau, aku nak share sikit tips macam mana korang boleh merasa pengalaman mewah tanpa kena korek tabung simpanan.
Plan Is A Key
Pertama sekali, kena buat perancangan yang teliti. Tak kira lah nak pergi mana, kena tahu dulu destinasi yang korang nak pergi tu. Lepas tu, cari tahu pasal musim puncak dan low season. Kalau korang boleh pergi waktu low season, memang boleh jimat banyak!
Cari Tiket Murah
Tiket flight tu memang la pencuri duit nombor satu. Tapi jangan risau, ada banyak cara nak cari tiket murah. Guna website atau apps yang compare harga, set alert, dan booking awal. Kadang-kadang, tiket penerbangan tengah malam atau awal pagi lagi murah tau! Tips untuk dapatkan flight dengan harga yang murah adalah:
Gunakan Agregator Penerbangan: Site seperti Skyscanner, Google Flights, atau Momondo boleh membandingkan harga dari berbagai penerbangan.
Melanggan Newsletter Penerbangan: Selalunya syarikat penerbangan menawarkan promosi istimewa untuk pelanggan yang melanggan newsletter mereka.
Jadi Fleksibel: Cuba cari penerbangan pada hari yang berbeza atau dari lapangan terbang terdekat. Kadangkala, menukar masa berlepas hanya sedikit boleh membuat perbezaan besar dalam harga.
Manfaatkan Promo: Ikuti akaun media sosial syarikat penerbangan atau ejen pelancongan untuk mendapatkan maklumat tentang promosi dan diskaun.
Pertimbangkan Penerbangan Penerbangan Tambang Murah (LCC): Syarikat penerbangan LCC biasanya menawarkan harga yang lebih murah, tetapi ambil perhatian tentang kos tambahan seperti pemilihan bagasi dan tempat duduk.
Penginapan Yang Tak Menyakitkan Poket
Hotel mewah memang la cantik, tapi harganya boleh buat mata terkebil-kebil. Tak apa, korang boleh cari alternatif lain. Contohnya, homestay, hostel, atau apartment sewa. Kalau korang travel berdua atau berkawan, boleh la kongsi bilik untuk jimat. Walaupun nama je homestay, hostel atau asrama, tapi kalau korang cari betul-betul, ia akan kelihatan lebih mewah dari hotel. Hehhe.. Antara pilihan penginapan yang mesra poket adalah:
Asrama: Jika korang tidak kisah berkongsi bilik dengan pengembara lain, asrama boleh menjadi pilihan yang sangat menjimatkan.
Airbnb: Menyewa apartment atau rumah melalui Airbnb boleh memberikan pengalaman yang lebih tulen dan selalunya lebih luas daripada bilik hotel.
Gunakan Tapak Perbandingan Harga: Tapak seperti Agoda, Booking.com atau Hostelworld boleh membandingkan harga dari pelbagai penginapan.
Pertimbangkan Percutian pada Low Season: Elakkan musim pelancongan waktu puncak untuk harga yang lebih murah.
Aktiviti Percuma Atau Murah
Tak semua aktiviti kena berbelanja besar. Banyak je aktiviti percuma atau murah yang boleh korang buat. Contohnya, jalan-jalan kaki, pergi ke taman, atau pantai. Kalau nak yang lebih meriah, cari festival atau acara percuma yang tengah happening. Every steps create a moment and experience..
Terokai Bandar dengan Berjalan Kaki: Banyak bandar mempunyai kawasan pejalan kaki yang menarik untuk diterokai seperti Seoul. Dengan berjalan kaki, korang boleh jalan ke ceruk-ceruk jalan dan dapat menikmati pengalaman yang lebih luas.
Gunakan Ruang Awam: Taman, pantai dan dataran selalunya merupakan tempat yang bagus untuk berehat dan menikmati pemandangan. Kalau ke pantai ni, modalnya hanya tikar dan sedikit snek serta minuman. Spend time kat situ around sejam dua untuk menikmati pemandangan yang asyik.
Semak Agenda Acara Tempatan: Banyak bandar mengadakan acara percuma atau kos rendah seperti pasar malam, konsert muzik atau pameran seni. Contohnya pesta cherry blossom.
Makan Sedap, Harga Berpatutan
Makanan tu penting, tapi tak perlu makan di restoran mewah setiap hari. Cuba cari kedai makan local yang sedap dan harga berpatutan. Selain jimat duit, korang lagi dapat rasa makanan authentic. Selain itu, ada je cara lain untuk korang menikmati makanan yang sedap tanpa perlu kos yang besar, antaranya:
Gunakan Apps Penghantaran Makanan: Apps seperti GrabFood atau GoFood boleh membantu korang untuk mencari makanan yang lazat pada harga yang berpatutan.
Masak Sendiri: Jika korang tinggal di tempat yang mempunyai dapur, memasak sendiri boleh menjadi cara yang menjimatkan untuk menikmati makanan.
Beli-belah di Pasar Tempatan: Beli makanan segar di pasar tempatan dan masak sendiri di penginapan.
TipsTambahan
Gunakan Kad Kredit / Debit dengan Program Ganjaran: Manfaatkan program ganjaran untuk mendapatkan pulangan tunai atau batu yang boleh digunakan untuk perjalanan korang yang seterusnya. Antara kad kredit / debit yang datang dengan ganjaran adalah Wise dan BigPay. Ada juga sesetengah negara yang membenarkan transaksi melalui Touch N Go. Buat survey dahulu ya.
Beli SIM Tempatan: Membeli SIM tempatan boleh menjimatkan kos roaming data.
Belajar Bahasa Tempatan Asas: Mempelajari beberapa perkataan asas bahasa tempatan boleh menjadi sangat membantu, terutamanya semasa berunding atau meminta pertolongan.
Light Pack: Membawa bagasi yang minimum boleh menjimatkan kos bagasi dan memudahkan pergerakan. Instead of bawa luggage besar, korang boleh bawa bagpack. Selain dapat meminimumkan kos pembelian luggage, perjalanan korang juga akan lebih mudah kerana hanya perlu bawa bagpack sahaja berbanding seret beg tarik. Tapi jangan lupa juga bawa barang-barang penting semasa travel ya..
Travel mewah tak semestinya kena habiskan duit banyak. Dengan perancangan yang betul dan sedikit kreativiti, korang boleh menikmati pengalaman mewah tanpa membebankan poket. Jadi, jangan takut untuk mengejar impian korang, okay! So, apa tunggu lagi? Jom mulakan perancangan korang sekarang!
No comments:
Post a Comment
Thanks for your support