Wednesday, September 4, 2024

Packing 101 : Weekend Getaway

Hai korang! Pernah tak rasa stress bila nak packing untuk trip singkat? Aku faham perasaan tu. Selalunya, kita nak bawa semua barang tapi luggage pulak terhad. Baru-baru ni aku pegi weekend getaway ke PD je pun.. bila packing bermula dengan 1 beg sandang, beranak jadi 1beg tarik. Sudahnya, jadi bulky okay.. So aku repack semula dalam 1 beg sandang.. Jadi, hari ni aku nak share sikit tips packing untuk weekend getaway supaya korang boleh travel dengan tenang.


Essentials yang kena bawa

Pakaian: Bawa pakaian yang versatile supaya boleh mix and match. Contoh macam seluar jeans, kalau boleh pakai 2-3 kali, dah jimat kat situ. Kira bilangan hari dan anggaran sehari nak pakai berapa baju? Kalau staycation 2D1N, mungkin boleh bawa 2 pasang baju dan tudung yang boleh mix and match. So more lighter kan.

Toiletries: Bawa toiletries yang travel-sized untuk jimat ruang. Packing cubes boleh membantu korang organize barang-barang ni. Atau ada sesetengah hotel ada provides sabun, syampu dan berus gigi, so dah boleh jimat more spaces kat situ.

Peralatan Elektronik: Bawa charger, adapter, dan peranti elektronik lain yang korang perlukan. Jangan lupa bawa power bank kalau korang nak guna gadget sepanjang perjalanan. Kalau ada multiport charger lebih mudah sebab bawa 1 plug sahaja dan boleh connect to many cable to charge your devices.

Dokumen: Pastikan korang bawa dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan atau passport dan kalau korang memang ada plan untuk explore the place, bawa itinerary perjalanan. At least ada guide untuk korang nak ke tempat yang korang nak pegi tu.

Barang-barang optional

Ubat-ubatan: Tak kira la perjalanan jauh ke dekat je, jangan lupa untuk bawa ubat-ubatan yang korang perlukan, termasuk ubat preskripsi dan over-the-counter.

First-aid kit: Sediakan first-aid kit kecil dengan barang-barang asas seperti plaster, ubat sapu, dan pencuci luka. Item kecik ni kadang-kadang nampak macam tak penting, tapi ia perlu ada juga.

Hiburan: Install sesiap games, download movie sebelum perjalanan bagi mengelakkan kebosanan di sepanjang perjalanan. Boleh juga bawa buku, majalah, atau stream muzik untuk mengisi masa lapang.

Barang keselesaan: Bawa bantal leher, penutup mata, dan penutup telinga untuk tidur dengan selesa.

Tips packing

Gulung pakaian: Gulung pakaian untuk jimat ruang dalam luggage.

Gunakan packing cubes: Packing cubes boleh membantu korang organize pakaian dan barang-barang lain.

Pertimbangkan berat luggage: Pastikan beg / luggage korang tidak melebihi berat maksimum luggage yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan.

Dengan senarai packing ini, korang boleh bersiap untuk trip weekend dengan lebih teratur dan efisien. Ingat, yang paling penting adalah membawa barang-barang yang korang perlukan dan sesuai dengan destinasi korang. Selamat bercuti!

No comments:

Post a Comment

Thanks for your support