Safi Balqis OxyWhite.. Kulit berseri cerah sempurna

Assalammualaikum

Siapa tak kenal dengan rangkaian produk Safi Balqis ni.. Produk ini dihasilkan berdasarkan penyelidikan oleh Safi Excellence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Produk Safi ini semestinya di jamin Halal kerana menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi. Produk keluaran tempatan ini menggunakan tagline Selamat dan Suci ini kini setanding dengan produk antarabangsa.


Keknil sendiri adalah antara pengguna setia Safi tau.. dan produk yang Keknil pakai sendiri adalah pelembab mukanya. Memang lembut dan pakai lebih kurang seminggu je, wajah Keknil yang kusam tu kembali berseri dan suci.. Ouch.. Hahahha


Baru-baru ini, Safi mengeluarkan formulasi terbaharu iaitu OxyWhite yang terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite agar kulit sentiasa sihat dan wajah kelihatan lebih berseri dan cerah sempurna. Itu impian semua wanita di luar sana kan.. ^_^ Termasuklah Keknil..

Formulasi terbaharu Safi Balqis OxyWhite kini tampil dengan rekabentuk produk yang menarik serta mudah dibawa. Pemilihan warna biru laut dan hijau pada bungkusan untuk kulit wajah normal melambangkan keceriaan dan keyakinan para gadis manakala kombinasi rona jingga dan kuning pula untuk kulit wajah berminyak yang mampu memberikan mood ceria dan penuh keyakinan. Jadi tidak perlu risau kerana rangkaian produk ini sesuai untuk semua jenis kulit wajah.


Jom tengok apa yang ada dalam rangkaian produk Safi Balqis ini.

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)

SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek : 50g/ 100g
Harga : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)
Fungsi :
Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
a) Membersih jauh ke dalam liang pori
b) Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c) Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d) Sesuai untuk semua jenis kulit

SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
Saiz Pek : 100g
Harga : RM 12.90 (selepas 6% GST)
Fungsi :
Sel kulit mati dan sisa kotoran punca kulit muka kusam, kotor dan tidak bermaya. Formulasi tanpa buih diperkaya dengan butiran halus manik Aprikot bertindak:
a) Menanggalkan sisa kulit mati serta bintik hitam tanpa mencalarkan kulit
b) Membersih secara mendalam ke liang pori untuk menanggalkan kotoran dan sebum yang terperangkap
c) Dirumus dengan pH seimbang
d) Sesuai untuk semua jenis kulit


SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
Saiz Pek : 150ml
Harga : RM17.40 (selepas 6% GST)
Fungsi : 
Kesibukan dan jadual harian yang padat menjadi punca kulit wajah kusam dan tidak bermaya. Pembersih ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
b) Manik mikro dengan Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E bertindak sebagai antioksida untuk memberiperlindungan optimum pada kulit
c) Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
d) Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka


SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
Saiz Pek : 20ml
Harga : RM28.10 (selepas 6% GST)
Fungsi :
Formulasi yang diperhebat dengan Nano Oxygen dan Nano BioWhite yang 1000X lebih efektif daripada Vitamin C bertindak:
a) Mencerah dengan lebih intensif dan pantas
b) Memudarkan pigmentasi secara mendalam
c) Menyamaratakan tona kulit muka
d) Memperbaharui kulit muka agar lebih berseri
e) Mengurangkan kemerahan dan kerengsaan
f) Melembut dan menghidrasi kulit

SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek : 100ml
Harga : RM10.90 (selepas 6% GST)
Fungsi :
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
Saiz Pek : 20g
Harga : RM 21.70 (selepas 6% GST)
Fungsi :
Krim ini merupakan asas solekan dengan manfaat krim pelembab bertekstur ringan dan berasaskan air yang bukan sahaja menjadikan kulit lebih mulus malah bertindak:
a) Menutup cela tanpa menyumbat liang pori agar kulit bebas bernafas
b) Mencerahkan kulit serta merta
c) Menyemaratakan tona kulit agar cerah semulajadi
d) Menyamar bekas jerawat dan bintik hitam
e) Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB berbahayadengan SPF25PA++
f) Melembap kulit wajah
g) Mengurangkan kilap pada permukaan wajah yang berminyak


SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
Saiz Pek : 45g
Harga : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Fungsi :
Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit wajah menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap siang ini bertindak:
a) Menjadikan kulit 2 tona lebih cerah
b) Melindungi daripada radiasi UVA & UVBdengan SPF20PA++
c) Mencegah kulit jadi gelap akibat radiasi infra-merah (IR) dengan Pelindung IR
d) Melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%
e) Mencerah kulit dengan pantas dan intensif
f) Menghaluskan kulit
g) Menyaramatakan tona kulit

SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek : 45g
Harga : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Fungsi :
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
e) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam

SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
Saiz Pek : 40g
Harga : RM14.90(selepas 6% GST)
Fungsi :
Krim pencerah lengkap yang berasaskan air ini diperkaya dengan Mineral Insta-Cerah bertindak:
a) Mencerahkan kulit wajah dengan ketara
b) Menyamaratakan tona kulit wajah dengan ketara
c) Melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berbahaya
d) Mengurangkan pembentukan bintik hitam
e) Memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit
f) Mengurangkan kilap pada kulit wajah yang berminyak


SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan
Saiz Pek : 16g
Harga : RM8.60 (selepas 6% GST)
Fungsi :
Tona kulit wajah yang tidak sekata menyebabkan muka kurang menyerlah. Krim ini bertindak:
a) Sebagai asas solekan untuk menutup cela dengan sempurna
b) Melindungi kulit daripada sinaran UV di samping memudarkan pigmentasi
c) Mengekalkan lembapan dan melembutkan kulit wajah
d) Menyamaratakan tona kulit


SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan
Saiz Pek : 200ml
Harga : RM17.40 (selepas 6% GST)
Fungsi : 
Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak:
a) Menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna
b) Mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik 
c) Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)

SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
Saiz Pek : 50g/ 100g
Harga : RM7.30/ RM12.30 (after 6% GST)
Fungsi :
Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untukkulit berminyak ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
b) Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoranyang terkumpul di dalam liang pori kulit
c) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
d) Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat

SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1
Saiz Pek : 150ml
Harga : RM17.40ml (selepas 6% GST)
Fungsi :
Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
b) Manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Tree dan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat
c) Zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum 
d) Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit 
e) Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka


SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat
Saiz Pek : 15g
Harga : RM11.90 (selepas 6% GST)
Fungsi :
Kulit wajah yang berjerawat menyebabkan anda berasa tidak yakin dan kurang selesa. Dengan formulasi 99.9% Anti-Bakteria, krim ini bertindak:
a) Sebagai rawatan intensif anti jerawat
b) Menghalang pembentukan bintik hitam
c) Memudarkan parut jerawat
d) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
e) Meredakan kulit kemerahan dengan Lipid Enhancer semulajadi meredakan kemerahan
f) AHA semula jadi mengawal jerawat punca bakteria


Macam mana? Banyak kan rangkaian produk Safi OxyWhite ni malah sesuai dan boleh digunakan juga untuk merawat kulit muka. Rangkaian produk Safi OxyWhite ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut berkenaan Safi, korang boleh layari maklumat seperti di bawah :















till then, tatababai

Post a Comment

45 Comments

  1. Kak Sue pernah guna Safi nie.. sekarang dah berwajah baru, menarik pulak kan..

    ReplyDelete
  2. Kak Nina pun guna range SAFI BALQIS Oxywhite. Paling suka moisturising gel Safi Balqis Oxywhite ni... best! Sejukkk, ringan, tak melekit

    ReplyDelete
  3. Nak tanya yg pelembab gel tu bole ke pakai time nak tido. .smpi esok pagi?huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.. boleh guna time nak tido tu.. akak pun salu wat mcm tu.. hihihih

      Delete
    2. Kulit normal leh ke pkai pelembab gel

      Delete
    3. boleh.. pelembab ni sesuai utk semua jenis kulit. :)

      Delete
  4. Nak tanya yg pelembab gel tu bole ke pakai time nak tido. .smpi esok pagi?huhu..

    ReplyDelete
  5. Nak tanya yg pelembab gel tu bole ke pakai time nak tido. .smpi esok pagi?huhu..

    ReplyDelete
  6. Nak tanya yg pelembab gel tu bole ke pakai time nak tido. .smpi esok pagi?huhu..

    ReplyDelete
  7. Sis,krim pencerah lengkap tu pakai time bila sebenarnya? Kalau pakai waktu tidur boleh sis?

    ReplyDelete
  8. Harga satu set Safi oxywhite berapa?

    ReplyDelete
  9. Harga satu set Safi oxywhite berapa?

    ReplyDelete
  10. Sis,, krim pencerah lengkap tu pakai waktu bila ?? Time tido boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam saya.. saya pakai pada waktu siang.. ^_^

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Sis.. Kalo nk pkai yg basic n ada uv protect nk pkai yg mne ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. just apply macam biasa je... kalau yg ada UV pakai waktu keluar rumah.. especially siang.. ^_^

      Delete
  13. Kalau sye guna pncuci muka y utk kulit berjerawat tp yang krim smua tu sye guna utk kulit biase takpe ke sis??

    ReplyDelete
  14. Tengah mencari uv cream nie.. ada sesiapa pernah cuba? Meh share feedback..hehe

    ReplyDelete
  15. Sy bru nk try, muka yg skg ni sgt kusam, brminyak d brjerawat. Harap² membantu lah .
    Tp boleh x sis cdgkan apa yg hrus sy beli d pakai dgn mslh sy tu.
    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis boleh cuba Safi Balqis Oxywhite ni. kalau kulit berminyak, sis kena pakai pencuci muka yang kurang berbuih. toner mesti pakai, moisturiser wajib tapi jgn pakai tebal²..

      Delete
  16. Kalau mlm pkai krim yg mane sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pakai krim moisturiser dia juga sebagai krim malam. :)

      Delete
  17. Hi. Produk safi ini kalis air kah? Mcm krim ,pelembap and penyegar dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya dh pkai pembersihpembersih dan penyergar botol oren tu dan toner penyergar tu adakah sya patut bli krim pencerahpencerah dan lingdungan dari sinaran plk

      Delete
    2. bergantung kepada keperluan kulit muka. tp pada saya, tak perlu pencerah pun takpe. yang penting moisturiser. kalau moisturiser tu ada fungsi pencerahan atau perlindungan UV, tu dah kira extra ^_^

      Delete
  18. Sebab Sya pakai penbersih dan penyegar toner tu sja muka sya naik jerawat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok jenis kulit. safi balqis oxywhite ni ada utk kulit sensitif, kulit kering, kulit berminyak. kalau salah pakai, memang akan naik jerawat

      Delete
  19. Saya perlu ambil set safi balqis jenis mna lg ya sekarang kulit muka sya berminyak,jerawat pasir,dan kusam

    ReplyDelete
  20. Maaf nk tnye. ..klau sis pkai safi nie mmg campur ke ?yg oren dgn biru tu utk kulit yg lain2 ke mcm mne utk setiap satu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa saya pakai yang biru. tengok jenis kulit. kalau oren kalau x salah saya utk kulit sensitif. sbeelum pakai, kenalpasti dulu jenis kulit supaya tak tersalah pakai. ^_^

      Delete
  21. Nk tanya safi balqis yg mana ea bole hilangkan sunburn sbb sya dh pakai mcm ii still tk hilang since masuk kawad muka dh rentung smpai sekarang tk hilang ii 😭

    ReplyDelete
  22. sis nak tanya kalau krim pencerah lengkap SPF15 tu pakai waktu malam atau pun siang ?

    ReplyDelete
  23. Sy guna safi rania,boleh ke sy nk guna krim cc safi balqis oxywhite

    ReplyDelete
  24. Sis.sy skrg guna cleanser yg wrna oren utk jrwt/brminyak rs okla..kulit rs biasa jer dan sblm sy pkai yg ni, sy prnh try yg pmbersih dn pnyegar 2 dlm 1 yg wrna oren jgk tp kulit sy rs kering sgt n x slesa..knp yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg warna oren untuk kulit berjerawat / berminyak. kalau sis kulit berminyak, boleh pakai yang oren. kalau tak.. pakai yang warna biru. jangan lupa mesti pakai moisturiser ye.

      Delete
  25. Sis.sy skrg guna cleanser yg wrna oren utk jrwt/brminyak rs okla..kulit rs biasa jer dan sblm sy pkai yg ni, sy prnh try yg pmbersih dn pnyegar 2 dlm 1 yg wrna oren jgk tp kulit sy rs kering sgt n x slesa..knp yea?

    ReplyDelete
  26. nak tnya.. klau mlm sebelum tidur boleh pakai krim pelembap siang tak??

    ReplyDelete
  27. wktu mlm sebelum tidur bleh pakai krim pelembap siang tak??

    ReplyDelete

Thanks for your support