Thursday, January 14, 2016

Kasut travel pilihan Keknil

Assalammualaikum

Keknil dan travel memang tidak dapat dipisahkan. Jadi setiap kali Keknil travel, memang Keknil sangat memerlukan kasut yang sangat lasak yang dapat memberi keselesaan pada kaki Keknil.

Baru-baru ni, Keknil sempat godek-godek Nike running shoes dari Zalora.. geram je Keknil tengok.. macam-macam warna dan fashion ada.. Siapa kata kita tak boleh bergaya dengan running shoes? Jika kita memilih dan memakai running shoes dengan betul.. Keknil yakin.. kita akan kelihatan lebih yakin dan bergaya.



Terdapat beberapa jenis running shoes yang ada dipasaran, antaranya :

Cushioned
Kasut jenis ini sangat bagus untuk orang yang mempunyai jenis kaki yang jatuh tegak lurus. Ia mempunyai penyerapan kejutan tinggi dan merupakan pilihan terbaik untuk pelari. Kasut jenis ini juga baik sesuai digunakan traveller macam Keknil sebab ianya dapat mengurangkan tekanan ketika berjalan lama. Kasut jenis ini juga dapat mengurangkan kaki dari melecet kerana ia mempunyai span yanga gak tebal dan Keknil pasti.. kalau korang pakai kasut jenis ni.. mesti korang takkan berhenti berjalan.. Hehehe



Motion Control
Jenis ini sesuai digunakan oleh orang yang mempunyai kaki yang jatuh terlalu kedalam. Kasut jenis ini direka untuk mengurang dan mengawal efek dari gerakan kaki dan turut berfungsi sebagai peredam. Biasanya kasut jenis ini lebih berat dari biasa tetap ia memiliki durability dan stability yang baik.



Stability
Kasut ini direka hasil gabungan antara cushioned dan motion control. Ia berfungsi untuk menjaga posisi kaki agar tidak bergeser di dalam kasut yang akan menjadi punca kaki melecet.



Lightweight
Jenis ini mempunyai berat yang paling ringan dibandingkan dengan yang lain. Ia juga mempunyai variasi cushioned yang lebih banyak dan biasanya digunakan untuk acara lumba lari selari dengan fungsinya yang meningkatkan kelajuan.



Trail Running
Untuk kaki hiking, inilah kasut yang sesuai untuk korang. Macam Keknil baru nak berjinak-jinak dengan dunia hiking ni.. bezanya kasut ini, ia mempunyai tapak yang lebih kejap dan material yang lebih tahan lasak.


So, untuk Keknil sebagai kaki travel.. kasut pilihan Keknil haruslah yang multi function. Sebab Keknil bukan sahaja menggunakan kasut tersebut untuk berjalan, tapi kadangkala untuk berlari dan mendaki. Jadi kasut yang Keknil pilih, haruslah yang mempunyai kesemua kriteria tu.

Di Nike, terdapat pelbagai jenis kasut dari pelbagai saiz, bentuk, warna dan jenis. Kenapa Nike? Ini semua salah encik suami.. Hahahah.. sebab dia memang hantu Nike dan dia jugalah yang suka pilihkan kasut Nike untuk Keknil. Nike running shoes yang dipilih juga sesuai digunakan untuk travel dan kadangkala, Keknil pakai untuk bersantai.

Selain dari dapat berjalan, Keknil juga dapat bergaya dan tampil menarik dengan kecerian warna kasut dari Nike ni.


Amacam? Smart tak kasut travel Nike Keknil.. huhuhu...


till then, tatababai

What's New

15 comments:

  1. Alaaaaa lawanyaaa anil....nak semua...cantik lah...nak beli

    ReplyDelete
  2. Wahhhh memang cantik dan banyak pilihan kasut travel kat Zalora ni. Warna dia pun banyak bright colors. Anim pun rasa macam nak tukar je kasut travel yg ada sekarang ni .... nanti nak usha lagi la kat Zalora! thanks keknil i lebiu lah! ;)

    ReplyDelete
  3. sekarang mmg trend org pakai running shoes ngan jeans. Bukan setakat utk sport sahaja,janji selesa

    ReplyDelete
  4. uihh... dah la plan nak ke tmn negara ni... nak cari jugak la sepasang kasut...

    ReplyDelete
  5. Yes ..kena selesa..sebab tak selesa nti kaki gak merana

    ReplyDelete
  6. mana boleh tolak kalay nike.
    pilihan dr dulu lg.

    ReplyDelete
  7. wahhhh...cantiklah kakak..berkenan yang warna pink tu..hahaha

    ReplyDelete
  8. Yes ..kena selesa..sebab tak selesa nti kaki gak merana

    ReplyDelete
  9. Kene beli yang selesa dan tahan lasak...

    Walau jalan jauh... kaki tak cpt penat.

    ReplyDelete
  10. Kene beli yang selesa dan tahan lasak...

    Walau jalan jauh... kaki tak cpt penat.

    ReplyDelete

Thanks for your support