Makin lama makin banyak kes COVID-19 di Malaysia. Apa yang menakutkan, penularannya bukan dari kes Import, tetapi ianya telah berada dalam komuniti dan menyebabkan peningkatan kepada kes tempatan. Tapi korang perasan tak gejala tersebut lebih kurang sama dengan virus lain yang seperti demam selesema?
Apa yang lebih bahaya adalah kebolehan virus ini untuk menjangkiti individu lain walaupun masih berada dalam tempoh pengeraman. Sebab itu tempoh kuarantin yang diperlukan adalah dari 10 - 14 hari.
Jika korang buat perbandingan antara virus korona baharu dan virus jangkitan selesema, kedua-duanya tidak mempunyai beza yang ketara berkaitan dengan simptom. Kedua-duanya merupakan virus yang menjangkiti sistem pernafasan. Mereka yang dijangkiti boleh melalui fasa tanpa simptom dan mereka yang berisiko tinggi boleh mengalami simptom teruk. Kedua-dua virus ini disebarkan melalui sentuhan langsung, titisan air dan fomit (barang tercemar oleh virus).
Dan kalau korang perasan, langkah pencegahan untuk kedua-duanya adalah lebih kurang sama. Sebab itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menggalakan kita untuk kerap basuh tangan secara kerap serta memakai topeng muka serta mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear dan Warn.
Untuk melihat keagresifan virus, kita perlu melihat kebolehan jangkitan virus ini untuk merebak pada individu lain. Ia diukur melalui nilai R-naught (R0). COVID-19 mempunyai nilai R0 yang lebih tinggi namun perbandingan secara langsung sukar untuk dilakukan. Ini berikutan kedua-dua virus muncul pada konteks dan masa yang berbeza.
Jadi, marilah kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu Kerajaan memerangi COVID-19. Kerana #KitaBelumMenang dan marilah kita sama-sam #KitaJagaKita.
till then
No comments:
Post a Comment
Thanks for your support