Monday, March 15, 2021

Kesan COVID-19 di Seluruh Dunia

Assalammualaikum

Sejak bermulanya PKP pada Mac 2020 sehinggalah sekarang ni.. macam never ending dari PKP, PKPB, PKPD sampailah kau PKPK la sendiri sampai bila nak hadap selagi kau nak amalkan new norma.. Banyak cerita aku baca pasal staff KKM yang dah mula burn out dengan tugas yang dijalankan. Bukan bermaksud dorang tak suka dengan kerja tu.. tapi sebab dok ulang-ulang buat kerja yang sama walaupun dah beribu kali nasihat, tapi tetap pelbagai kelompok tak nak dengar dan patuh SOP yang ditetapkan. Aku tengok Dr Norhisham pun sedaya upaya ulang ayat dan perkara yang sama. Patuhi SOP.. Amalkan 3W, Elakkan 3C. Pandemik ni bukan main-main ye. 


Okey malas nak bebel banyak-banyak. Kadang-kadang kita rasa hanya kita je yang merasai kesan daripada PKP ni. Tapi sebenarnya kita tidak bersendirian. Ini yang banyak terjadi sepanjang tempoh PKP bermula dari Mac 2020 dan ianya semakin memuncak sehingga kini. Seperti mana yang kita tahu malah viral juga kat media massa, ramai yang telah diberhentikan kerja bahana PKP ni. Option yang ada pada masa itu samada kesihatan atau ekonomi, which kedua-duanya sama pentingnya untuk menjana sebuah negara yang maju. Masa tu, lebih kurang 5 bulan kita menjalani diminta untuk berada di rumah. Semua ekonomi kecuali essential service terpaksa di tutup sehingga menyebabkan banyak syarikat yang terpaksa membuang pekerja bagi mengurangkan kos operasi dan tidak terkecuali ada yang gulung tikar. Yes.. struggle is real ! Hanya yang mengalami sahaja yang tau betapa PKP itu merubah hidup mereka. 



Walau dimana jua kita berada, ingat satu perkara.. satu dunia terjejas. Walaupun kita rasa kita telah alami kejatuhan yang paling buruk.. namun kita kena ingat.. Allah ada.. Stay strong gais..  Semoga Allah sentiasa bersama kita... Ingat.. patuhi SOP, Amalkan 3W dan Elakkan 3C..


till then

2 comments:

  1. betul anil.. akak pun sedih gak PKP ni.. kalau difikirkan satu mata pencarian dalam rumah dah terjejas.. tapi nak tak nak kena hadap jugak.. take care anil..

    ReplyDelete
  2. Salam, kesan makin ketara, sangat merisaukan..

    ReplyDelete

Thanks for your support