Friday, October 30, 2020

Lina Joy : Undang-undang Civil vs Syariah?

Assalammualaikum 

Korang masih ingat lagi kes Lina Joy pada 8 Jan 1997 – seorang wanita Melayu Malaysia yang mengaku telah murtad (keluar dari agama Islam) dan memeluk agama Kristian Katolik. Lina juga telah membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama pada kad pengenalan daripada nama asalnya, Azlina binti Jailani kepada Lina Lelani kerana Lina telah mengaku memeluk agama Kristian untuk berkahwin dengan bakal suami dengan agama yang sama. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak.

Kemudian pada 15 Mac 1999 pula, Lina telah membuat permohonan untuk menukar namanya kepada Lina Joy dan atas nasihat JPN, Lina hanya dibenarkan untuk memohon untuk menukar nama namun tidak agamanya dalam kad pengenalan. Permohonan ini telah diluluskan namun Lina tidak berpuas hati kerana dalam kad pengenalannya masih tertulis perkataan ‘Islam’.

Jadi, Lina telah membuat satu lagi permohonan untuk menukar perkataan ‘Islam’ pada kad pengenalannya namun JPN telah menolak permohonannya kerana Lina perlu mendapatkan perintah atau sijil Mahkamah Syariah untuk membuat pengesahan yang Lina telah murtad. Seperti yang dijangka, Lina gagal untuk mendapatkan sijil dan pengesahan lalu Lina mengambil keputusan untuk mencabar keputusan JPN kerana dianggap telah mencabul hak asasinya dalam kebebasan beragama.

Lina telah menyaman JPN walaubagaimanapun saman Lina telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan Lina telah membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan. Lina telah mempersoalkan keputusan JPN yang menolak permohonan padam perkataan ‘Islam’ dalam kad pengenalan dan sekiranya nak buang nama Islam, perlu ada sijil atau perintah murtad dari Mahkamah Syariah.

Dan mahkamah telah putuskan apa yang JPN lakukan adalah tepat kerana permohonan Lina adalah diluar bidang kuasa mereka.

Kes ini telah berjalan selama bertahun-tahun dan akhirnya rayuannya ditolak oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Namun begitu, seorang hakim lagi bersetuju dengan permohonan tersebut iaitu Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum.

Turut menjadi persoalan, siapa yang murtadkan Lina Joy? Adakah Lina Joy sendiri? Atau hakim?

Banyak desas desus berhubung dengan kes ini, dan korang boleh je Google untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes ini. Apa yang membuatkan aku trigger dengan kes ini adalah bagaimana kaedah penyelesaian ini dilaksanakan? Secara civil atau syariah?


till then

No comments:

Post a Comment

Thanks for your support