Dapat input dari Kisah Lina Joy?
Secara praktisnya, terdapat
beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam menyelesaikan sesuatu dilema
yang sukar secara bijak dan tepat. Ironinya, orang selalu lari dari masalah
malah sering menghindarkan diri dari menghadapi sesuatu masalah. Namun, ia
bukannya jalan penyelesaian yang tepat kerana ‘by hook by crook’ ia masih
sebuah masalah yang perlu dihadapi dari sehari ke sehari.
Moral
Kebiasaannya, akhlak individu menentukan
rasa betul dan salah sesuatu perlakuan. Akhlak biasanya ditanamkan semasa kecil
melalui didikan seseorang : Ibu bapa dan orang dewasa lain mengajarnya apa yang
baik dan mana yang buruk, dengan menggunakan kod peribadi atau kod agama. Hati
nurani seseorang mencerminkan akhlaknya. Sebagai contoh, seorang guru secara
moralnya menggunakan sumber yang ada untuk mengajar pelajarnya secara atas
talian dengan menggunakan kaedah Google Classrom. Apa yang diperlakukan oleh
guru tersebut adalah betul untuk melakukan segala yang dia dapat untuk memberi
manfaat kepada pelajarnya dan salah untuk guru tersebut untuk membiarkan
pelajarnya ketinggalan dalam pelajarannya.
Etika
Walaupun secara moralnya ia dapat
menangani masalah yang betul berbanding yang salah, namun etika menangani
masalah yang betul berbanding yang benar. Dilema etika timbul apbila moral
tidak cukup untuk menentukan tindakan terbaik kerana tidak ad acara untuk
memuaskan hati semua orang dalam elemen kod moral seseorang. Sebagai contoh,
seorang doktor merasakan bahawa dia mesti menggunakan setiap sumber untuk
membantu pesakitnya yang menghidap penyakit Kanser Tahap 4 tetapi pada masa
yang sama, dia perlu merahsiakan masalah pesakit dengan keluarga pesakit kerana
pesakit tidak mahu keluarganya merasa sedih.
Bagi profesion yang mempunyai kod
etika standard seperti ini, dilema yang timbul seringkali berlaku dan menyebabkan
perasaan serba salah untuk menentukan kaedah penyelesaian yang bagaimana perlu
diikuti.
Kod etika standard memberikan
objektif profesional untuk menyelesaikan sesebuah dilema.
Akhlak, menurut definisi,
subjektif – setiap individu mempunyai kod moralnya yang tersendiri. Seseorang
doktor secara moral dapat mengutamakan kerahsiaan, sementara yang lain mungkin
merasakan bahawa kebaikan, melakukan semua kebaikan mungkin lebih penting. Kod
etika profesional menghilangkan tanggungjawab moral seseorang individu yang
membuat keputusan ini dan menetapkan satu garis panduan rasmi untuk apa yang
paling tepat dalam dilema.
Kesimpulannya, kedua-dua kaedah ini penting dalam menyelesaikan masalah namun pemberatnya haruslah bergantung kepada dilema atau konflik yang dihadapi. Dalam kes seperti Lina Joy seperti yang aku kongsi minggu lepas, hakim yang beragama Islam secara pemberatnya akan menggunakan kod moral sebagai jalan penyelesaiannya dan sebagai seorang yang Islam, hakim tersebut haruslah berpegang pada hukum agama Islam yang seorang yang dilahirkan sebagai seorang Islam tidak boleh menukar agamanya kepada agama lain selain dari Islam. Maka kerana itu, permohonan tersebut tidak diluluskan.
Walaubagaimanapun, bagi hakim yang bukan Islam bukanlah bermaksud keputusan beliau itu salah. Hakim tersebut mungkin berpegang kepada kod etika dan disokong oleh nas yang dikemukakan tanpa mengambil kira hukum dan undang-undang dalam agama Islam.
Both are right, tapi berdasarkan pegangan atau kaedah yang bagaimana jalan penyelesaian itu dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your support