Assalammualaikum
Pernah tak korang mengalami situasi pandangan mata korang sering berbintik-bintik hitam atau bayang-bayang kecil muncul terutamanya apabila melihat langit?
Ia mungkin sering terjadi apabila korang memandang sesuatu yang cerah, atau latar belakang berwarna yang kosong seperti langit mahupun dinding putih.
Bentuknya selalunya rawak sama ada berbintik, bergaris ataupun berbentuk sarang labah.
Tahukah korang, perkara ini dikenali sebagai floaters mata atau eye floaters.
Kebanyakan floaters mata berpunca daripada faktor usia ini boleh terjadi kerana bahan yang berjeli (vitreous) di dalam mata korang bertambah cair.
Ia sering bergerak-gerak di sekitar mata dan akan hilang jika korang cuba untuk melihatnya secara direct.
Serat mikroskopik di dalam vitreous cenderung untuk bergumpal lalu menimbulkan bayang-bayang kecil di retina. Ini dikenali sebagai floaters.
Floaters ini tidak akan menjadi masalah jika korang sudah biasa alaminya, tidak bertambah teruk dan tidak menghalang penglihatan korang.
Biasanya kejadian floaters mata ini tidak mengundang perkara yang serius kepada kesihatan mata namun sekiranya korang khuatir, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mata.
Secara umumnya, bahan berjeli di dalam mata korang akan bertambah cair mengikut peredaran usia.
Jom kenali kriteria floaters mata!
- Bintik-bintik yang bergerak seiring pergerakan mata korang dan akan hilang jika korang cuba untuk fokus kepadanya
- Bentuknya random
- Floaters ini lebih jelas apabila korang melihat latar belakang yang cerah seperti dinding dan langit
- Tompok kecil yang akan bergerak ke bawah bahagian mata secara sendirinya dan menghilang
Bahaya tak floaters mata ni terhadap kesihatan mata?
Sekiranya korang menghadapi simptom² seperti berikut, terus dapatkan nasihat doktor.
- Floaters yang membuatkan mata kabur
- Sakit mata
- Kejadian floaters setelah korang mengalami kemalangan
- Bayangan hitam pada penglihatan korang
- Eye floaters makin bertambah
- Perkara-perkara di atas boleh menjadi petanda bahawa korang mungkin mengalami kecederaan pada bahagian belakang mata yang boleh membawa kepada kecacatan mata yang kekal.
Selain itu, ia boleh menjadi petanda serius bahawa berlakunya kekoyakan pada retina mata.
Seiring dengan pertambahan umur, vitreous akan mengendur dan perkara ini secara langsung akan menarik retina. Jika ia ditarik dengan kekuatan yang mencukupi, retina akan koyak.
Sekiranya hal ini tidak dirawat dengan kadar segera, cecair akan berkumpul di belakang retina dan menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal.
Jika korang mengalami simptom-simptom ini, segera dapatkan rawatan daripada pakar mata sebelum keadaan bertambah melarat.
Sekiranya eye floaters korang tidak mempunyai simptom-simpton yang berbahaya seperti di atas, usah khuatir kerana ia merupakan perkara normal yang menjadi sebahagian daripada hidup kita.
Cara untuk mengurangkan floaters!
Korang harus faham bahawa floaters mata ini sebahagian daripada mata kita. Ianya sangat normal dan terjadi kepada semua individu mengikut pertambahan umur.
Apabila floaters ini berlaku, ia akan menghilang dengan sendiri kelak. Otak korang akan sama ada menapis floaters tersebut atau tarikan graviti secara semula jadi akan menurunkannya ke bahagian bawah mata.
Kalau korang terganggu dengan kehadiran eye floaters ini, korang mungkin boleh mencuba tips-tips ini bagi mengurangkannya:
- Pakai cermin mata hitam ketika berada di luar rumah atau semasa korang terdedah pada matahari. Ia berfungsi untuk menapis dan mengurangkan kejadian eye floaters
- Pasang filter pada skrin laptop atau phone jika korang banyak menggunakannya
- Kurangkan kekuatan cahaya pada peranti elektronik korang
Secara keseluruhan, eye floaters ini normal dan tidak perlu dirisaukan kecuali berlaku simptom-simptom di atas atau perubahan pada jumlah floaters secara drastik.
Jaga kesihatan mata korang sebaik mungkin dan ingat bahawa kebanyakan floaters tidak berisiko.
Bagi memastikan kesihatan mata korang kekal pada tahap yang baik, korang boleh melakukan pemeriksaan mata secara berskala.
Pakar mencadangkan sekiranya korang tidak mempunyai sebarang masalah mata, pemeriksaan kesihatan mata boleh dilakukan setiap 10 tahun.
Bagi orang yang lebih berumur, pemeriksaan harus dilakukan dengan lebih kerap setiap tahun terutamanya bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
till then
No comments:
Post a Comment
Thanks for your support