Assalammualaikum
Saban tahun, Bangi Golf Resort sentiasa menyediakan buffet Ramadhan yang bukan sahaja murah tetapi berbaloi-baloi untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Dengan pelbagai citarasa timur dan barat serta sajian ekslusif seperti Kambing Bakar yang di bakar secara perlahan di atas api, sup kambing yang enak, sate ayam dan daging yang dibakar secara ‘live’ di hadapan pengunjung dan pastinya menu ringkas tetapi sedap iaitu Kuew Teow Goreng dan Mee Mamak yang digoreng panas.
Siapa tidak kenal dengan menu istimewa di Bangi Golf Resort iaitu sajian Sous Vide Eggs yang pastinya membuatkan pengunjung mengunjungi Egg Booth berulang kali bagi menikmati rasa Cendawan Espuma yang enak.Tidak dilupa, Spaghetti Carbonara dan Lasagna Ayam yang mengundang selera Barat tanpa sempadan.
Begitu juga dengan masakan melayu dan tradisional yang dimasak menggunakan bahan mentah yang di tanam sendiri di ‘Kebun dalam Bandar’ di dalam Bangi Golf Resort itu sendiri. Masakan istimewa Nasi KeRabu, Laksa Singapura, dan Laksa Sarawak pastinya menggamit keenakan masakan istimewa sertiap negeri itu.
Tidak sah jika menikmati hidangan tanpa pencuci mulut kan ! Di sini Keknil memang rambang mata dengan pelbagai pencuci mulut yang enak dan antara yang menjadi kegemaran Keknil adalah Crème Bruleenya. Tetapi jangan ketinggalan menikmati pencuci mulut yang lain seperti kuih muih tradisional, kek, brownies dan cendol mousse. Semuanya sedap !
Bangi Golf Resort juga turut menerima tempahan untuk durian Musang King (RM110/kotak) dan D24 (RM55/kotak) pagi penggemar durian dan pengunjung boleh membuat pra tempahan di https://www.bgrest.com/product/durian
Tidak perlu risau kerana di sini menyediakan lebih dari 800 lot parkir yang pengunjung manakala surau turut disediakan bagi pengunjung menunaikan solat.
Dengan lebih dari 200 hidangan yang disediakan, pengunjung tak perlu risau kerana semua makanan sentiasa cukup untuk para tetamu malah Bangi Golf Resort mengamalkan konsep ‘Suka Makan Benci Pembaziran’. Sehubungan dengan itu, Bangi Goft Resort akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan dari Buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Malah bagi memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik, Bangi Golft Resort turut akan menyumbangkan sebanyak 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM)
Jadi tempah slot buka puasa korang di sekarang dengan harga serendah RM59(net) untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak-kanak.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila layari
Laman Web : https://www.bgrest.com/product/buffet-ramadhan
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort
Instagram : @bangigolfresortofficial
Tempahan / Pertanyaan : 1 700 81 8557
0 Comments
Thanks for your support