Pengalaman menikmati buffet Ramadhan di atas cruise adalam sesuatu yang baharu untuk Keknil. Ada orang kata, berbuka puasa di dalam cruise ni style orang kaya-kaya. Tetapi pada Keknil, pada masa kini, tak perlu jadi orang kaya pun boleh menikmati buffet Ramadhan di atas cruise. Hehehe..
lounge
cruise
dekorasi dalaman cruise
Terdapat lebih dari 30 sajian pilihan yang menyelerakan untuk dinikmati sambil belayar selama 1 jam 30 minit. Antara menu istimewa adalah Kambing Panggang, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Mee Goreng Ayam dan pelbagai kuih muih tradisional serta pencuci mulut. Menu diubah setiap hari dengan konsep Fusion Oriental, Middle Eastern atau Muhibbah.
antara menu yang dihidangkan
Istimewanya, setiap pelanggan akan mendapat sampul duit raya yang eksklusif dan kuih raya untuk dibawa pulang. Selain itu, ia juga menawarkan Cabutan Bertuah berupa pakej Love Boat bernilai RM350 bepada 5 orang pelanggan yang membeli pakej Iftar Fi Sofina.
Selain dari menikmati hidangan enak di dalam cruise, tetamu juga boleh menaiki dek atas untuk menikmati pemandangan indah waktu senja dan malam di sekitar tasik Putrajaya. Keknil tak nafikan, memang indah dan berbaloi-baloi dengan harga untuk hidangan dan pengalaman indah di atas cruise ini.
aiyaiii kapten
menyelusuri tasik Putrajaya
dan melihat Masjid Putrajaya dari arah tasik
Harga yang ditawarkan adalah dari RM145 (dewasa) dan RM77(kanak-kanak dan warga emas). Tetapi tetamu boleh berjimat dengan harga early bird iaitu RM120 (dewasa) dan RM75 (kanak-kanak dan warga emas) dengan membuat tempahan sehingga 16 Mei 2018.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Marina Putrajaya Sfn Bhd (MPSB) turut menawarkan Pakej Seminar atau Mesyuarat dan Berbuka Puasa samada dengan Cruise Tasik Putrajaya, Marina Putrajaya atau Bora Ombak Marina Putrajaya dengan harga bermula dari RM100 seorang.
Selain itu, MPSB turut menguruskan produk pelancongan dan rekreasi di Putrajaya seperti di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Pusat Rekreasi Air Putrajaya dan Skyride Festival Park Putrajaya.
Cruise Tasik Putrajaya menawarkan pakej menarik menaiki cruise dan perahu seperti Dining Cruise, Sight Seeing Cruise, Boat Charter, Love Boat, Pakej Perkahwinan, Pertunangan, Sambutan Hari Lahir, Mesyuarat dan pelbagai lagi. Selain bot cruise, perahu tradisional seperti Perahu Dondang Sayang, Lepa-Lepa dan Picnic Boat turut disediakan.
Marina Putrajaya menawarkan pelbagai fasiliti seperti kolam renang berbumbung, gimnasium, sauna dan steam bath. Turut disediakan gelanggang squash, karaoke, snooker dan pool. Terdapat juga pakej sewaan dewan dan laman yang menjadi tarikan terutama majlis perkahwinan, penganjiran acara dan seminar.
Kompleks Sukan Air turut menawarkan kolam renang bersaiz olimpik dan menjadi tumpuan kepada penganjuran acara sukan rekreasi air bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.
Pusat Rekreasi Air Putrajaya turut menawarkan aktiviti seperti memancing, berbasikal, menaiki bot pedal, berkanu dan turut menjalankan program team building.
Skyride menawarkan keindahakn Putrajaya dari ketinggian 150 meter di udara di mana orang ramai boleh menikmati pemandangan yang mempersonakan dengan menaiki belon udara tertambat yang terbesar dan pertama seumpamanya di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Laman Web : www.cruisetasikputrajaya.com
Emel : sales@cruisetasikputrajaya.com
Telefon L 03-8888 3359
2 Comments
wah..best la menjamu selera sambil naik cruise. menu pun banyak
ReplyDeleteaduhhhh...sedapnya menu dia...banyak pilihan pulak tu...
ReplyDeleteThanks for your support