Berbuka puasa dengan suasana taman tropikal yang tenang dan romantik tidak asing lagi dengan keindahan Cyberview Resort & Spa yang bertempat di Cyberjaya. Ketenangan seolah berada di luar bandar dengan hidangan di 26 gerai terbuka yang menawarkan pelbagai masakan dan hidangan panas yang dimasak segar untuk para tetamu yang terdiri daripada masakan Melayu, Cina, Jepun, Korea, Itali, Sepanyol dan Mexico.
Lupakan diet bila berhadapan dengan hidangan udang, mussels, sotong, jumbo sosej, drummet ayam, daging dan kambing BBQ yang dibakar dengan arang. Yumsss... Tidak di lupakan, pertama kali Keknil jumpa di sepanjang buffet ramadhan di hotel iaitu pilihan segar yang terdiri dari ikan tilapia, patin dan salmon untuk dimasak asam pedas atau masak tempoyak. Citarasa kampung yang jarang ada di mana-mana buffet ramadhan. Selain itu, terdapat lebih dari 300 pilihan menu termasuk gulai kawah dan masak lemak dengan pilihan daging, ayam, itik, ikan salai dan siput sedut.
Aneka Kerabu
Rojak Buah
Pelbagai Kuah / Cicah
Buah-buahan
Japanese Counter
Seafood Segar
Sushi
Masakan Panas
Masak Lemak
Masakan Kari
Sambal Udang
Daging Salai Masak Lemak
Bubur Lambuk
Pelbagai menu
BBQ Counter
Ruangan makan yang luas dan selesa
Grilled Seafood
Fish Grilled
Hotpot
Untuk kanak-kanak tidak dilupa, pastikan anak-anak mendapatkan hidangan di Kidz Zone yang menawarkan chocolate fountaion, soft ice cream, gula-gula, popcorn, cupcakes dan biskut. Dan untuk memudahkan ibubapa menikmati hidangan, turut disediakan bilik permainan kanak-kanak dengann pilihan rancangan kartun dan permainan untuk kanak-kanak.
Kidz Corner
Cendol / ABC
Cupcake
Jangan balik jika korang belum mencuba Deepfried Homemade Crispy Musang King Durian Rolls, Rendang Ice Cream dan Cendol Ice Cream. Inovasi makanan yang enak dan hanya terdapat di Cyberjaya Resort & Spa, Cyberjaya.
Nikmati buffet ramadhan di sini dengan harga RM149 (dewasa), RM75 (kanak-kanak) dan RM100 (warga emas).
Voucher early bird turut disediakan untuk waktu tertentu dengan RM120 (dewasa) dan RM45 (kanak-kanak) dengan 20% diskaun kepada pemegang kad kredit untuk semua bank.
Bagi meraikan sambutan resort yang ke 20 pada 20 Mei 2018, sebanyak 40% diskaun akan diberikan pada tarikh tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Laman Web : www.cyberviewresort.com
Telefon : 03-8312 7042 / 7041
till then, tatababai
1 Comments
rambang mata nak pilih ni
ReplyDeleteThanks for your support