Tips & Trick Shopee bersama Keknil

Assalammualaikum

Semalam bila Keknil share kt Instagram dan Facebook Keknil telah berjaya membeli bantal emoji dengan harga RM1, semua teruja siap ada yang PM tepi kiri kanan depan belakang tanya mana nak dapat bantal comel tu????  Maklumlah.. nak masuk puasa ni,  macam-macam keperluan dan kehendak yang diinginkan tapi dengan seboleh-bolehnya semua orang nak berjimat. Betul tak? Jadi bila ada bantal RM1 tu, memang rambang mata la kan.. dah la murah, berkualiti pula tu. Kalau korang nak tau, Keknil dapatkan produk tersebut di Shopee !



Apa tu Shopee?

Bagi yang tak tau, Shopee adalah satu platform untuk pasaran sosial mudah alih nombor satu di Asia Tenggara dan Taiwan yang membolehkan pengguna untuk memilih, membeli dan menjual. Jadi di sini, anda boleh menjadi pembeli dan penjual dalam masa serentak. Awesome kan ! Dengan teknologi yang sentiasa berubah-ubah, Shopee tidak ketinggalan kerana selain dari laman web, ia turut menyediakan platform aplikasi mobile di mana pengguna boleh memuat turun aplikasi Shopee melalui Google Play atau App Store. Mudah bukan? Semuanya dihujung jari anda sahaja.

Tips & Trick Shopping di Shopee bersama Keknil

Jadi semua dah tau secara asas apa itu Shopee bukan? Sekarang Keknil nak share dengan korang Tips & Trick macam mana nak dapatkan produk yang murah dan berkualiti di Shopee. Keknil tak janjikan bulan dan bintang tau, Keknil cuba boleh tunjuk ajar cara mudah macam mana nak dapatkan produk kegemaran dengan harga yang berbaloi untuk setiap nilai wang yang dibelanjakan.

1. Carian produk 'terhangat' di pasaran

Carian produk bermusim adalah standard di mana-mana platform membeli belah dalam talian. Istimewanya di Shopee, anda boleh membuat carian produk terhangat di pasaran pada satu-satu masa tanpa menaip. Klik sahaja pada pautan produk yang sedang popular dan anda akan terus ke laman sesawang yang berkaitan. Mudah kan?




Apa jua yang anda klik atau taip di dalam kotak Carian, ia juga akan memaparkan senarai nama kedai yang berkaitan dengan carian anda dan seterusnya senarai keputusan carian yang anda perlukan. Eh.. cantik pulak princess dress kat bawah ni... Hihihi

Di sini kalau anda nak follow kedai berkaitan, boleh klik pada nama kedai tersebut dan follow. Atau boleh teruskan explore keputusan carian yang anda buat dan pilih pilihan produk yang anda inginkan.



2. Follow preferred seller pilihan Shopee

Keknil bagi contoh macam Keknil nak beli emoji cushion ni kan.. Keknil akan taip di butang Carian : Emoji Pillow.

Lepas tu akan keluar macam-macam gambar dari galeri penjual. Di sinilah korang kena bijak ye. Bukan apa, kita nak barang baik, jadi kita kena cari penjual pilihan yang dipilih oleh Shopee. Kenapa macam tu? Preferred Seller ini umpama trusted seller yang diperakukan oleh Shopee dan juga pembeli. Jadi dah ada cadangan positif di situ oleh Shopee dan pembeli sendiri, Insya Allah, tiada unsur penipuan di situ. Husnuzon ye !

Jadi untuk memilih, di sebelah kanan sekali, tandakan pada kotak Shopee Preferred. Dan automatik, Shopee akan susun semula senarai mengikut relevan yang ditetapkan. Kemudian, kita susun pula mengikut harga dari yang terendah sehingga yang tertinggi. Kata nak jimat kan? Jadi ini penting untuk memudahkan proses pembelian dengan harga minimum dan nilai yang hebat.

Dan seterusnya, lihat juga pada rating yang telah diberikan oleh pengguna bagi setiap pembelian, kalau ada rating banyak bintang-bintang tu, Insya Allah perkhidmatan dan produk yang diberikan juga adalah baik. Tapi bukan bermakna yang lain tak bagus tau, jadi disitu anda perlu membuat penilaian sendiri.



Baca betul-betul terma dan syarat seperti tertera terutamanya dari segi tempoh penghantaran serta caj-caj tambahan lain seperti kos penghantaran dan dari mana produk tersebut di poskan. Kalau anda perlukan produk secepat mungkin, maka sistem pre-order adalah tidak sesuai kan. Jadi, baca betul-betul bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kalau dah confirm, boleh terus klik pada butang Buy Now dan isikan maklumat penghantaran dan proses pembayaran. Atau jika nak lihat dulu, boleh klik pada butang Add To Cart dan explore lagi produk yang anda inginkan. ^_^

3. Berkomunikasi secara dua hala dengan penjual secara 'real time'

Selepas Keknil beli dan bayar untuk Emoji Pillow ni, Keknil tertunggu-tunggu juga la.. bila la seller ni nak poskan.. Jadi Keknil ambil inisiatif untuk bertanya kepada seller, "dah pos ke belum?" Hehehe.. Jadi jangan malu-malu untuk bertanya kepada seller tentang produk anda sebab anda berhak untuk mendapatkan produk yang anda telah bayar. It's your money, your right !




4. Pemberian 'online rating' oleh pembeli sendiri

Online rating adalah diberi oleh pembeli yang berpuas hati atau tidak kepada penjual di dalam Shopee. Itu hak anda. Jadi gunakan hak anda untuk memberi berapakah rate yang sepatutnya bagi perkhidmatan yang dibekalkan oleh penjual. Pemberian online rating ini juga dapat membantu pembeli yang lain membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk di Shopee.

Jadi, anda sebagai pembeli yang bijak juga akan bergantung kepada online rating yang diberi oleh pembeli lain supaya setiap pembelian menguntungkan anda. ^_^



5. Pemberian giveaway untuk pembeli bertuah serendah RM1

Hahh... mesti ramai yang tertunggu-tunggu kan macam mana Keknil boleh dapat bantal emoji comel ini dengan harga RM1 ! Ini adalah pemberian Giveaway oleh Nora Danish yang Keknil tebus ketika promosi di buat.

Ada syarat-syarat tertentu sebelum Keknil tebus bantal ni tau.. Jika setiap syarat itu anda dipatuhi, anda juga layak untuk mendapat giveaway ini dengan harga RM1 sahaja. Jadi untuk ini, Keknil telah berjaya menebus bantal emoji ini dengan harga RM1 termasuk kos pos. Berbaloi-baloi !

Tapi giveaway ini untuk orang yang sabar ye. Kalau tengok terma dan syaratnya, ia adalah pre-order dan produk akan diposkan dalam masa 30 hari dari tempoh penebusan. Jadi, orang yang sabar itu tak rugi kerana Keknil berjaya berjimat sehingga RM29 dan dapatkan bantal secomel Nora Danish. Ouch...







Program Cahaya Raya Bersama Shopee

Jadi macam mana? Berbaloi atau tidak? Senang sangat nak berjimat dengan Shopee ni dan kalau anda nak tau, bermula dari 15 Mei sehingga 30 Jun 2017, Shopee telah mengumumkan kempen Hari Raya yang terbesar di Malaysia yang dinamakan Cahaya Raya Bersama Shopee. Dengan kempen ini, potongan harga sehingga 90% akan menghiasi di seluruh platform samada laman web mahupun aplikasi mobile.


Dalam program ini, Shopee akan menampilkan 24 buah kempen termasuk jualan murah khas termasuk dengan 25,000 jenis produk dengan potongan harga tak masuk akal sehingga 90% selama 45 hari.

Kempen ini juga menawarkan hadiah harian bernilai sehingga RM25,000 termasuk televisyen, telefon pintar, kamera dan sebagainya yang berlansung melalui Pertandingan 45 Hari Hadiah Kejutan. Selain itu terdapat juga pertandingan lain seperti Make A Wish for Mom, Selamat Berbuka Snaps, teka-teki Berapa Duit Raya yang menjadikan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM50,000 ! Pengsan....

Pelbagai diskaun menarik setiap hari boleh didapati dalam semua platform Shopee dengan harga runtuh.


Sepanjang bulan Ramadhan ini juga turut dianjurkan Shopee Uni BM Tour yang bertujuan untuk mendekatkan Shopee dengan usahawan Bumiputra  dalam penjualan atas talian yang diadakan pada 17 Mei 2017 di Kuala Lumpur dan Selangor, 24 Mei 2017 di Kuantan, Pahang dan 6 Jun 2017 di Alor Setar, Kedah.

Selain itu Acara Hijab Stars Recharge yang merupakan projek usahasama dengan jenama syampu Sunsilk akan berlangsung pada 20 Mei 2017 yang akan menampilkan sesi khas termasuk kelas solekan kening serta penggayaan moden hijab dengan kehadiran Hijabista terkenal seperti Ain Edruce.

Shopee juga akan turut meneruskan usahasama dengan AirAsiaGo, DiGi, Tealive, Traveloka, iflix dan RHB dengan pelbagai hadiah menarik seperti baucer penginapan hotel dan penerbangan, potongan harga menarik dan juga hadiah berbentuk wang tunai.


till then, tatababai

Post a Comment

19 Comments

  1. Memang murah tu RM1, boleh beli 10!

    ReplyDelete
  2. Bermacam pilihan ada kat sini ya Anil.. bantal tu murah gila.. berbaloi sangat 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. bantal tu sangat berbaloi... nak cari lagi ni.. wat koleksi.. hihih

      Delete
  3. Murah sgt2 tu kak nil. Kalau ana pun sanggup sabar. Nak terjah shopee lah lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. orang yang sabar tak rugi.. hihihi

      Delete
  4. Eh murah giler..alaaa..nak jugak laaaa

    ReplyDelete
  5. Selalu beli bj tidur ank. Mmg murah sket. Pos pun boleh fot free bergantung deller

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sbb tu kita pun kna jadi pengguna yang bijak... byk offer best.. tapi pd masa yg sama.. kena tgk juga.. heheee

      Delete
  6. Shop Uni BM tour tu macam menarik.. macamana nak daftar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ita bole godek kt website dia.. ada info berkenaan contest semua tu kat situ.. ^_^

      Delete
  7. Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeszaaa... sy pun turut terjebak... kikikii

      Delete
  8. Ishhhh mmg naik hantu tul la shopee ni,kejap2 buka jap2 skroll hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantu bungkus ikat tepi hantar pakai pos.. hahahahaa

      Delete

Thanks for your support