Kempen Terhebat Shopee Sempena Sambutan Ulangtahun Kedua

Assalammualaikum

Baru-baru ini Shopee iaitu platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara telah menyambut ulangtahun yang ke-2. Pejam celik pejam celik, kejap je dah 2 tahun. ^_^ Dan sempena dengan sambutan ini, pelbagai promosi atas lebih 6 juta produk telah dilancarkan dengan jualan murah gilerr bermula dari 1-14 Disember ini. Menarik sangat tu.. Haaa.. ini peluang korang untuk shopping sakan kat Shopee ni.


Promosi Sempena Hari Lahir

Bagi peminat Shopee seperti Keknil, pasti turut tertunggu-tunggu Shocking Sale dengan tawaran harga serendah RM12 sahaja sebanyak 5 kali sehari bermula dari 1 hingga 12 Disember. Wowww... memang 24/7 duduk depan handphone je la ngadap Shopee ni.. Selain itu, turut diadakan promosi Kemuncak Shopee Mall Berganda, Tawaran Mega 12.12 dengan  harga dari RM12, Baucar Beat the Clock yang bernilai lebih dari RM500,000 untuk dimenangi serta pelbagai promosi lain yang mengujakan.

Sambutan  ulangtahun Shopee turut diraikan oleh rakan rasmi seperti Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Ambank, Citibank, Petronas, Digi, Maxis, B Infinate, FPX dan Photobook secara ekslusif. Promosi kemuncak termasuk baucar aksesori Digi bernilai RM50 yang terhad dijual dengan harga RM12 dan cabutan bertuah yang membolehkan 121 pemenang bertuah memenangi 1,212 B Points dari B Infinite.

Yang buat Keknil bertambah teruja, pelbagai hadiah menarik menanti termasuk percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 yang ditaja oleh FPX. Macam mana nak join tu? Senang je.. korang cuma perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap transaksi menerusi pembayaran dalam talian (FPX) sepanjang bulan Disember dan secara automatik layan untuk menyertai pertandingan ini. Mudah kan !



Pelbagai Pertandingan dan Hadiah Mingguan

Bagi merancakkan lagi jualan sempena ulangtahun ini, Shopee turut melancarkan Pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir dari 21 November hingga 12 Disember dan pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad Mini 4 bernilai RM1,899 dan 500,000 shopee coin . Pengguna hanya perlu memuatnaik Bingkai Gambar Facebook Shopee di akaun Facebook masing-masing. Bagi pengguna Instagram pula, korang boleh sertai pertandingan Snap & Win iaitu berkongsi gambar dari pembelian yang dilakukan di Shopee melalui Instagram dan berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan bernilai RM500 yang akan dipilih setiap minggu. Haaa.... jangan cakap Keknil tak bagitau. 


Jom raikan ulangtahun Shopee yang ke-2 dan jangan lupa sertai kempen dan pertandingan yang diadakan. Untuk maklumat lanjut, sila layari :


till then, tatababai

Post a Comment

6 Comments

Thanks for your support