Perfume Saiz Mini dari Enchanteur Paris

Assalammualaikum

Rangkaian produk Enchanteur tidak pernah mengecewakan. Baru-baru ini Enchanteur telah memperkenalkan wangian terbaharu Enchanteur Paris Petite Parfum Roll- On yang dicipta untuk daya tarikan penuh scent-sasi dan memberi inspirasi kepada si pemakai.

Dalam siri produk wangian terbaharu ini, Enchanteur telah menterjemahkan personalifikasi 4 gadis dalam pakej pembungkusannya. Didatangkan dalam 4 variasi wangian iaitu Belle, Amour, Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa. Wangian terbaharu ini didatangkan dalam saiz poket yang comel malah boleh di bawa kemana sahaja terutama bagi traveller macam Keknil. Haa.. lepas ni boleh kekal mewangi tak kira di mana sahaja Keknil berjalan.

Tak perlu risau juga kerana Enchanteur Paris Petite Parfum ini dirumus khas tanpa alkohol dan sesuai untuk pengguna beragama Islam dibawa solat tanpa perlu mencuci. Dengan formulasinya yang berasaskan minyak ia membolehkan aromanya bertahan lebih lama.



Echanteur Paris Petite Parfum - Jolie ( Lovely )

Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Peat amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan atau insan istimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan 'mood' tenang ketika bersama pasangan. kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.

Enchanteur Paris Petite Parfum - Cherri ( Darling )

Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagis si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanila yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.

Enchanteur Paris Petite Parfum - Adore ( Adorable )

Haruman 'signature' ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.

Enchanteur Paris Petite Parfum - Belle Amour ( Beautiful Love )

Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembukusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama menakala campuran Apple Melon, Blackcurront dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.

Dengan Enchanteur Paris Petite Parfum ini, korang hanya perlu sapu ke nadi bila-bila masa yang korang perlukan dan bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya. Aummm...

Enchanteur Paris Petite Parfum boleh didapati pada harga RM9.90 ( Semenanjung ) dan RM10.40 ( Sabah, Sarawak ) di Watsons, Gurdian. AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasar mini di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :


till then, tatababai

Post a Comment

3 Comments

  1. arr comelnyaaa. senang nk bawak travel. bawak y besar susahh.

    ReplyDelete
  2. best kak, senang bawa kemana-mana kak

    ReplyDelete
  3. alolo suka tgk packaging di letak dlm handbag pun senang

    ReplyDelete

Thanks for your support