Assalammualaikum
Orang
Malaysia memang sukakan pedas.. kalau ikutkan, Keknil pun hantu juga makanan
yang pedas-pedas ni.. kalau kat rumah.. kalau boleh hari-hari nak menu sambal..
semalam sambal ikan bilis, hari ini sambal telur, esok sambal cili api..
Kuikuikuii.. Dan setiap kali kalau makan pedas,mesti nak ada air kan.. Fuhh..
dapat plak minum dengan air sejuk.. Marveless.. mau tambah nasi banyak kali..
Kami dah bersedia..
So, baru-baru ni.. Keknil menyertai satu cabaran yang
dinamakan Spicy Challenge yang bertempat di Chilli Rush, Petaling Jaya. Dari
rumah memang dah ready fizikal dan mental.. nak kena makan pedas-pedas ni..
sampai je kat Chilli Rush.. fuhh.. ramai rupanya yang menyahut cabaran ni..
Tazzabar rasanya nak sahut cabaran ni..
Signature drink from Chilli Rush
Tu diaa.. air cili.. huhuhu
2 gelas Keknil habiskan..hohohoo
No worries.. Cool Tea kan ada..
Dalam Spicy Challenge ini, terdapat
2 cabaran yang Keknil dan yang lain perlu lalui iaitu Chilli Rush Hot Wings yang mana dalam
cabaran pertama, Keknil dan kumpulan Keknil perlu makan 1 dozen kepak ayam yang
memang berapi pedasnya. Kepak ayam yang diperap dengan sos rahsia dengan rasa
timur dan barat, fuhh.. memang resepi rahsia terbaik dari Chilli Rush dan
semestinya, menemani kami sepanjang Spicy Challenge tajaan Cool Tea ini.
Kumpulan Keknil adalah yang terakhir dan Keknil hanya mampu menghabiskan 1 ketul kepak ayam sahaja dalam masa 1 minit yang
diberi. Ehh.. bukan sebab pedas tauu.. tapi sebab panas.. Yes.. kepak ayam yang
kami makan tu betul-betul panas dan pedas. Kombinasi tersebut telah membuatkan
Keknil tewas dengan Sally yang juga hanya mampu makan 2 ketul kepak ayam
sahaja. Fuhh.. nasib baik ada Cool Tea. Usai tamat cabaran, habis 1 botol Cool
Tea Keknil habiskan.. ledakan pedas dan bahang panas dalam tekak ni akhirnya
tawar dengan ekstrak 8 jenis herba yang
disatukan dalam Cool Tea ini. Sejuk rasa tekak dan badan lepas minum Cool Tea.
Rasa nak makan lagi kepak ayam pedas berapi tu.. Hahaha..
So.. are you ready to survive? Keknil dah bersedia..
Muka cuak kot..
Ouch.. muka kepedasan ke kepanasan tu?
Aumm.. makan juga kan
Keputusan dari cabaran pertama tadi, seramai 5 orang
dari setiap kumpulan telah Berjaya ke peringkat akhir. Wow.. syabas korang. I
adore you ! Untuk cabaran penentuan ini, setiap peserta dicabar dengan 1 dozen
kepak ayam yang diperap dengan cili yang pedasnya sehingga 100 kali lebih pedas
dari cili api dan perlu menghabiskan dalam masa 4 minit tanpa perlu minum tauu
! Cuba korang bayangkan.. kalau dah cili api tu sendiri pedas.. inikan pula..
100 kali ganda.. Mari menangis kepedasan secara berjemaah..
Keknil tengok masing-masing berada dalam keadaan
yang sangat cuak. Mau tidaknya.. ini bukan setakat pedas.. Ini betul-betul
pedas ! Kombinasi pedas dan cuak yang meluap-luap yang mampu meledakkan
adrenalin dalam badan. Fuhh.. Keknil yang jadi penyokong pula yang
berpeluh-peluh tengok para peserta ni. Nak tau tahap pedasnya pula.. para
peserta diminta untuk menyarungkan sarung tangan bagi mengelakkan rasa pijar
pada tangan.. Aiyooo… Keknil yang jadi penonton pula yang eksaited pegang Cool
Tea just in case Keknil rasa pedas. Walhal.. tukang tengok je pun.. Hahhaa..
tapi bahang kepedasan sampai juga pada Keknil tauu..
Top 5 Spicy Challenge
Banyak betul cili dia..
Saat loceng dibunyikan.. hanya terdengar sorakan
dari kami sebagai penyokong kepada peserta. Ada peserta yang makan secara
bersahaja, ada juga peserta yang menangis kepedasan.. ada juga peserta yang
menahan airmata.. dan ada juga peserta yang give up selepas menikmati seketul
kepak ayam. 4 minit terasa bagaikan terlalu lama sampaikan Keknil pula rasa nak
nangis tengok peserta menahan pedas. Tamat 4 minit, tak tunggu lama.. Cool Tea
yang berada di depan mata dinikmati terlebih dahulu. Nampak la rasa lega dimuka
masing-masing.
Sarung tangan ready
Fuh.. dah berapa ketul tu Sally..
I accept your challenge..
Muka tak tahan pedas..Hahaha
Bagi yang tak tau, apa la Cool Tea yang Keknil
sebut-sebutkan tu.. CoolTea merupakan satu produk yang mengandungi 8 ekstrak
herba yang terdiri dari akar liquorice, daun teratai, bunga kekwa,selfheals, buah-buahan Grosvenor Momordica, daun mulberi
dan mesona chinensis yang mampu membantu
menyejukkan badan.
Cool Tea
Kalau korang nak tau, CoolTea ini didatangkan dalam
3 perisa iaitu Teh Herba, Teh Hijau dan The Bunga Kekwa. Keknil dah rasa
semuanya.. Semuanya sedap dan menyamankan. Produk Cool Tea ini boleh didapati di 7-Eleven, AEON, TESCO, The Store, Giant, AEON Big, Econsave, KK Mart dan juga Mydin.
Untuk maklumat lanjut,
Instagram : www.instagram.com/mameecooltea/till then, tatababai
What's New
21 Comments
Eraz salah sorg yang tak makan pedas.. Boleh try ni.. 😄
ReplyDeleteuishh.. rugi tul tak makan pedas.. you should try...
DeletePerghh... Memang pedas berapi. Tengok muka pn dah tau memNg pedas ayam tu. Haha..
ReplyDeletepedas mera oiiii... walaupun makan seketul je.. nasib ada cool tea... hihiih
DeletePerghh... Memang pedas berapi. Tengok muka pn dah tau memNg pedas ayam tu. Haha..
ReplyDeleteKak Sue mmg suka makanan pedas..nanti boleh cuba Cooltea..
ReplyDeleteKak Sue.. bila nak watkan pelam asamboi.. nyum nyum... ^_^
DeleteTak pernah rasa Cool Tea, pasni boleh laa cuba
ReplyDeletesedap kak Nani.. rasa yang kaler biru tu sedap...
DeleteSaya suka makan pedass heheh tapi kalau tersedak..perghhh.
ReplyDeleteBoleh try gak ni..
kannn.. kalau tersedak mau kuar air idung trus.. kikikii
DeleteSaya suka makan pedass heheh tapi kalau tersedak..perghhh.
ReplyDeleteBoleh try gak ni..
Kenan pulak tgk cool tea ni....sedapnya korang mkn2
ReplyDeleteJuju.. makan sedap.. air pun kena la sedap.. baru la kena.. ^_^
Deletewow, bestnyaaa
ReplyDeleteQue.. apa yg best? makan pedas ke? atau Cool Tea.. ^_^
DeletePergh..pedas gila...leh lah try air nie pas makan pedas
ReplyDeletepedas zarin oiii... tapi dengan cool tea.. nyamannnn.. ^_^
DeletePergh..pedas gila...leh lah try air nie pas makan pedas
ReplyDeleteSuka mkn pedas gak... oo lps ni tau dah tips nak cpt hilangkan pedas mulut lps mkn pedas... hehhee
ReplyDeletepuhhhh air cili tu kak...mau tercirit tu :p
ReplyDeleteThanks for your support