Tampil elegan dan bergaya di tempat kerja dengan kasut Ijmal

Assalammualaikum

Keknil ni sejenis orang yang kurang suka pakai kasut. Jadi bila Keknil ke sana ke mari, memang Keknil lebih selesa berselipar sahaja. Tetapi kadang-kadang atas tuntutan kerja, suka atau tidak, memang Keknil kena pakai kasutlah kan. Takkan nak berselipar ke pejabat, naik turun mesyuarat. Betul tak ! Hahaha..

OOTD kasut

Jadi baru-baru ni, kebetulan kasut kerja yang Keknil biasa pakai dah tercabut tumitnya.. Uwaaaa... apa ke lasak sangat Keknil pakai kasut ni weii.. Hukhukk.. Jadi Keknil memang berkira-kira nak beli kasut baharu. Cumanya, masih belum berkesempatan nak pergi jalan kat Mall cari kasut.  Dengan saiz badan (yang agak berat) dan ketinggian Keknil yang tak berapa tinggi ni.. cuma satu je yang menjadi masalah Keknil dalam mencari sepasang kasut iaitu,

"Boleh ke kasut ni menampung berat badan aku?"

Hahhaa.. nampak macam kelakar kan.. Tahu tak korang, hampir 90% dari wanita diluar sana membuat pemilihan kasut berdasarkan rupanya sahaja, bukan berdasarkan keperluan. Haa.. ini maklumat penting untuk korang ye. Bila korang beli kasut kat luar sana, perkara utama yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan kasut adalah keselesaan. Contohnya, korang nak beli kasut tinggi 5 inci, tapi saiz badan macam Keknil ni haa.. Memang mendapatlah kan.. Memang cantik pakai kasut tinggi 5 inci, nampak bergaya, konfiden, tapi baru pakai 1 minit kaki dah sakit. Haaa.. sendiri cari penyakit tu. Jadi.. buat pemilihan kasut dengan betul tau korang. Tak salah nak melawa.. tapi pastikan kasut yang korang pilih tu, sesuai dengan korang. ^_^



design kasut yang selesa dan tapak yang tebal. Jadi kalau berjalan.. lkaki tak sakit

nampak cantik terletak dan pastinya elegan

So, bagi menyelesaikan masalah Keknil ni,  Keknil pun godek la kat Google. Maklumlah.. cita-cita nak pakai kasut tinggi 3 inci.. tapi tak dapat nak pakaikan.. Sape suruh gemuk.. Hahhaa.. Jadi Keknil perlukan kasut yang tahan lasak dan boleh mengatasi masalah sakit kaki dan tumit Keknil. Lelagi Keknil ni banyak berjalan dalam pejabat. Sekejap naik tingkat 6, sekejap jalan ke blok sebelah. Memang letih la kalau nak jalan pakai kasut tumit tinggi. Dan Keknil terjumpa laman web Ijmal. Godek-godek.. Ehh.. jual kasutlah.

Keknil pun tengoklah jenis-jenis kasut yang ada kat situ. Ada pelbagai jenis kasut pilihan seperti Plain, Emboss, Wedges dan Tulip. Haa.. Keknil tengok sekali dah jatuh cinta. Dengan material yang getah anti-gelincir dan pastinya dari kulit lembu asli ye, takde campur-campur. Memang Keknil tak fikir panjang dah. Keknil terus pilih dari koleksi Ijmal Tulip pilihan warna Hitam. Kenapa hitam? Kata korporat. Haa.. sejak kat opis baharu ni, memang secara automatik jadi skema semua nak kena ikut peraturan. Hahaha.. Walhal dulu jalan merata satu aras boleh berkaki ayam je. Tapi sekarang.. No.. No.. No.. Imej korporat kat sini nak kena jaga juga, lelagi ramai pelawat selalu datang sini. Kan..

jatuh cinta dengan Ijmal

Emboss

Plain

Tulip

Wedges


Antara ciri-ciri kasut Ijmal adalah :

- jahitannya yang sangat rapi
- tali kasutnya yang kemas
- getah anti-gelincir
- teknologi anti-Blister
- 100% kulit lembu tanpa campuran
- berbaloi dengan harga dan pastinya tahan lasak


tapak tebal dan 100% kulit lembu. Gunakan tanpa was-was



Tak salah pilihan Keknil. Kasut ini bukan sahaja selesa. Tetapi juga mengurangkan sakit tumit kaki Keknil dan Keknil boleh berjalan dengan lebih yakin tanpa perlu mengadu sakit kaki sokmo.. Gitewwww !

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.ijmal.my

Terjah la... kadang² Ijmal ni ada buat sale luar jangkaan.. Hihihiih


till then, tatababai

Post a Comment

6 Comments

  1. Wah dah ber ootd dah kat pejabat, selesa kan Anil kasut Ijmal nie..

    ReplyDelete
  2. Nak kena beli jugak ne, nampak selesa jew kak nil pakai

    ReplyDelete
  3. Cantik kak anil pakai. Rasa nk beli yg ni juga lah. Terbekenan pula.

    ReplyDelete
  4. laawa kasut akk ni, bergaya di opis gitchewwwwwww :) :)

    ReplyDelete
  5. Comel ja nampak k.anil pakao kasut ijmal.selesa & sedap pakai kan k.anil.

    ReplyDelete
  6. Saya ada dua pasang ijmal dah memang ijmal pilihan tepat bg saya sebagai seirang guru yg tugas banyak bergerak sangat selesa dan yakin dengan pergerakan.

    ReplyDelete

Thanks for your support