Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pastinya membuatkan semua kanak-kanak diseluruh dunia teruja. Dan sempena dengan itu, AirAsia dan Kidzania telah meraikan Sambutan Hari Kanak-kanak di Kidzania, Kuala Lumpur dengan program istimewa untuk kanak-kanak mengalami sendiri dan bersinar seperti AllStar.
Program ini menyaksikan sendiri kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti, antaranya menjadi chef dan berpeluang untuk membakar pizza seperti yang terdapat dalam Kids Meals dalam penerbangan AirAsia, malah kanak-kanak juga berpeluang untuk bergaya dan berjalan dengan senyuman lebar diwajah dalam sesi grooming yang diadakan istimewa di Kidzania.
Bestnya la tengok Iman mencuba apa sahaja yang dia inginkan di Kidzania. Iman juga boleh merasai sendiri pengalaman mencuba dalam pelbagai bidang pekerjaan yang ditawarkan di Kidzania dan manalah tau, dapat membantu dia untuk hala tuju hidup dia bila dah besar nanti.
AirAsia dan Ejen Ali juga menjemput ibubapa untuk menghantar gambar anak-anak melalui Facebook, Instagram dan Twitter AirAsia bermula hari ini sehingga 31 Disember 2017 dan menyertai sebahagian dari kempen #MisiAspirasiAirAsia.
10 pemenang bertuah akan dijemput menyertai misi rahsia AirAsia dan Ejen Ali dan juga akan menerima hadiah menarik termasuk penerbangan percuma bersama AirAsia untuk keluarga. Wowww sangat kan hadiah dia.
Jadi jom ramai-ramai submit gambar dan manalah tau, anak-anak korang terpilih antara yang bertuah tu. Tuah anak siapa yang tahu kan.
Untuk berita terbaharu, aktiviti dan promosi AirAsia, sila layari :
Facebook : www.facebook.com/AirAsia
Twitter : www.twitter.com/AirAsia
till then, tatababai
1 Comments
bestnya.....
ReplyDeleteThanks for your support