Pakej muzik MURAH di FR FENOMENA

Assalammualaikum…

Selamat pagi kawan-kawan.. semoga hari-hari indah dan ceria untuk korang semua.. ^_^ so? Apa plan hujung minggu ni? Cuti panjang kan ni.. takkan la takde bercuti ke mana-mana? Hehehe.. kalau takde ke mana-mana, meh nak ajak uols pegi belajar main alat muzik kat FR FENOMENA MUSIC. Kat mana tu? Dekat Cyberjaya je.

Alamak.. kat Cyberjaya? Macam mahal je..

Eh.. tak mahal la.. korang akan surprise bila baca entry ni sampai habis.. sebab harganya tak semahal living cost kat sana tau.. tak caye?? Jom baca sampai habis.. ^_^


FR FENOMENA MUSIC


Antara instrumen yang dijual


Antara aksesori yang dijual

FR FENOMENA MUSIC telah beroperasi sejak Jun 2013 dan walaupun masih baby lagi, tapi jangan tak tahu, FR FENOMENA MUSIC ni telah mendapat sijil pentauliahan sebagai pusat bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk melaksanakan Sijil Kemahiran Malaysia. Dan kalau korang nak tau, dalam Malaysia ni, FR FENOMENA MUSIC ni adalah satu-satunya pusat bertauliah untuk melaksanakan Sijil Kemahiran Malaysia bagi bidang Pemuzik Kontemporari.

Walaupun baru setahun jagung beroperasi, FR FENOMENA MUSIC ni telah menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya menjual dan membekalkan perlatan muzik, aksesori, sound proof / block, sewaan PA sistem dan event management. So, kalau ada yang nak gunakan khidmat dorang ni untuk majlis-majlis rasmi, kenduri dan sebagainya, boleh contact dorang terus. Insya Allah, boleh dapatkan khidmat dorang dengan harga yang sangat berpatutan.


Promosi Luar oleh FR FENOMENA

Selain dari itu, bagi yang suka jamming.. huhuu..  FR FENOMENA MUSIC juga turut menyediakan studio muzik untuk korang jamming puas-puas dengan harga serendah RM30 sejam.. dan jumlah jam yang korang jamming ni boleh kumpul tau.. cukup 9 jam.. korang boleh dapat FREE 1 jam.. untung kan.. ^_^  jangan sampai jahanam alat muzik tu sudah.. hahahah.. kalau masuk karaoke pun tak dapat harga macam tu tau sekali masuk ramai-ramai. Hihih.. siap bole buat konsert dalam jamming room tu.. haahaha kalau korang nak buat recording suara ke, pun ada juga tau kat sini. Macam aku ni kat opis ada join koir, so salu la juga buat recording suara ni untuk double up suara.. tapi salu jauh-jauh tempat nak recording tu.. so, lepas ni, bolehlah pegi FR FENOMENA MUSIC untuk buat recording.. ^_^


Studio

Kalau zaman-zaman aku dulu, aku rasa ramai ada impian nak belajar main piano kan.. termasuk aku sendiri la.. kadang-kadang beli music box tu dengar lagu dia.. terus verangan nak main piano ikut lagu tu.. sape ada perasaan macam tu, jom sep.. kita sama!! Hahaha.. Tapi sebab dulu kos nak belajar muzik tu mahal nau.. tak mampu.. T_T Tapi sekarang tidak lagi.. FR FENOMENA MUSIC ada menyediakan kelas muzik bagi yang berminat untuk belajar bermain instrumen muzik seperti piano, drum, gitar, biola dan sebagainya dengan harga yang sangat murah. Tenaga pengajarnya pula adalah terdiri dari graduan-graduan dari MMU dan lecturer Lim Kok Wing yang memang terer la.


Cikgu kami

Aku sendiri join kelas gitar kat FR FENOMENA MUSIC ni.. masuk tahun ni, rasanya ada lebih 9 bulan kot aku belajar main gitar kat sini. Dari tak tau chord muzik langsung, sekarang ni.. ehem.. tak la kata dah terer macam pemain gitar profesional kan.. tapi boleh la kalau takat nak main lagu NAJWA LATIFF tu.. kahkahkahh.. aku join kelas kat sini starting RM450 dapat FREE registration, FREE kelas untuk 2 bulan dan FREE gitar akustik. See.. dah bape banyak penjimatan aku dapat kat situ.. Iman sendiri aku hantar untuk join kelas piano kat sini. Ni kira pakej ibu dan anak la.. hahahha.. kot la korang nak try family package ke.. boleh cuba tanya kat FR FENOMENA MUSIC mana la tau dapat diskaun kan.. ^_^ bagi yang dah ada gitar sendiri tu, nak join juga, takde masalah.. dengan yuran bulanan sebanyak RM120 untuk 4 sesi (30-45 minit per sesi).. aku rasa takde masalah untuk korang jadi lebih expert dari aku.. ehem..

Kami tengah belajar

So, apa tunggu lagi? Dari korang buang masa tak tentu arah melepak kat Alamanda tu, apa kata korang cuba belajar main gitar ke.. untung-untung boleh buat group busking.. jadi macam Caliph Buskers tu.. syukur alhamdulillah..

FR FENOMENA sentiasa mengadakan promosi-promosi untuk korang-korang yang berminat untuk belajar bermain instrumen muzik ni.. so, kalau korang minat, jangan lepaskan peluang ni..




Antara pakej gitar

Pakej kelas gitar

So, dari tadi aku dok sebut-sebut soh contact FR FENOMENA MUSIC ni kan.. mana contact no nye??? Hehhee.. jangan marah uols..

Operation hours

Boleh contact FR FENOMENA MUSIC di talian seperti tertera :

Telefon : 012-354 3622 / 012 – 369 9242



till then, tatababai

What's New

Post a Comment

6 Comments

Thanks for your support