Menjelang bulan puasa ni, semua orang berlumba-lumba nak kurus (setiap tahun pun azam yang sama) kan... ^_^ Tapi Keknil punye target, bukan setakat nak kurus je, tapi nak sihat juga.. Hahahah.. Target tinggi menggunung sungguh.. Kikikii
Tapi dengan STEA Teh Hijau, Insya Allah boleh je.. Untuk pengetahuan korang, sehingga entry ini di keluarkan, Keknil dah hampir 2 minggu amalkan STEA Teh Hijau ni tau..
Kurus???
Belum lagi.. sebab Keknil sedar diri dengan saiz badan Keknil yang XL ni, bukan mudah ye nak turunkan berat badan secara mendadak.. unless kalau Keknil betul-betul diet tak makan dan hanya minum STEA Teh Hijau sahaja. Confirm kurus.. tapi sihat ke macam tu? Hahh.. sebab tu nama cabaran ini adalah cabaran kurus dan sihat. Kurus secara sihat kan.. Bukan kurus sampai takde tenaga nak bergerak.
Amalkan Setiap Hari
Okeh berbalik kepada cerita ceriti cabaran kurus dan sihat ni, Keknil makan macam biasa. Tapi Keknil amalkan setiap pagi minum STEA Teh Hijau ni. Buat suam-suam tau dalam bekas air 1 liter tu. Lepas sarapan, minum air ni sikit-sikit sampai habis. Jangan tak tau, uncang STEA Teh Hijau ni boleh digunakan sampai warna hijaunya habis. Jadi macam Keknil, Keknil gunakan 1 uncang STEA Teh Hijau untuk 2 hari berturut-turut. Hasilnya memang terbaik ! Takde membuang melampau-lampau sampai tak cukup kaki nak ke tandas. Tapi ia bermula dengan proses detox dengan mengeluarkan angin kus-kus. Hahahaa.. Bertabahlah officemate Keknil.. Kikikii
Kelebihan STEA Teh Hijau
Semua orang tahu kebaikan Teh Hijau ni.. Selain dari detoks dan antioksidan, ia juga baik untuk kesihatan tubuh dan mengelak dari kanser. Antara kelebihan STEA Teh Hijau adalah rasanya yang tidak kelat dan pahit serta sesuai di minum ketika panas mahupun sejuk. Tapi lagi sedap diminum suam. Nikmatnya tak terkata. Kesan pengambilan STEA Teh Hijau adalah dari 7-14 hari. Satu kotak mempunyai 28 uncang dan kalau korang nak berjimat, 1 uncang boleh digunakan berkali-kali sehingga warnanya tidak lagi hijau ye. Lepas tu, tukarkan dengan uncang lain tau. Uncang yang dah tak digunakan tu, boleh digunakan untuk pupur muka pulak. Hahh.. best tak STEA Teh Hijau ni. ^_^
Jadi.. berapa target Keknil untuk kurus dan sihat?
Hurm.. agak susah nak jawab ni, tapi pada Keknil, asalkan Keknil tak rasa sakit dan mengah bila berjalan dan berlari, boleh mengenakan baju bersaiz M dan pakai kasut tumit tinggi dengan keseimbangan yang baik.. Itu dah cukup.. Hihihi... Nampak macam mudah kan? Tapi dengan berat Keknil sedia ada ni.. semuanya agak susah.. cepat sakit tumit, baju ketat, mudah mengah.. itu semua masalah asas bagi orang yang berbadan besar macam Keknil. Keknil sambut cabaran ini. Doakan Keknil berjaya ye. ^_^
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan STEA Teh Hijau ini, sila layari sesawang di bawah untuk maklumat lanjut :
Laman Web : https://www.facebook.com/steamalaysiahq/
Instagram : www.instagram.com/stea_malaysia_hq
till then, tatababai
15 Comments
Betul tu Anil bukan setakat nak cantik, tapi sihat kan.. chaiyokkk.. 😘
ReplyDeletekan.. sebab ada orang sanggup cantik.. tapi at then end.. tak sihat.. so kita nak dedua.. hihiihh
Deletewah semua orang sibuk dengan teh ni.. nampak menarik.. tapi lagi menarik azam anil nak sihat tu.. akak sokong!
ReplyDeletehahaha.. azam nak kurus tetiap tahun kak.. tp harap tahun ni berjaya la ye.. kikikii
DeleteCayok..cayok..jom kurus sblom raya jom..leh pakai kebaya...yeayyyy....
ReplyDeleteberkebaya pendek raya kita tahun ni.. hahahaa
DeleteNak minum teh ni jugak, nak kurus! Haha..nak raya dah ni!.
ReplyDeletekann.. time pose ni la antara masa terbaik untuk kurusss.. aummm
Deletekurus dan sihat dedua penting bagi saya hehehe
ReplyDeleteyeszaaa.. pakej kurus dan cantik... ngeh ngeh ngehhh
Deleteaslm anil.. ingat lagi tak mama pipie.. hihi
ReplyDeleteteh hijau mama beli sekotak payah nak perabih tapi bila minum mmg badan jadi panas dan berpeluh saja. mana tak kurus kan
ingatttt... lama sangat tak jumpa kannn... hihihi.... syafi mesti dh besarrrr
Deletebiar kurus sihat kannnn eheee tapiiiii tak suka teh hijau kosong kalau campur lemon ok la huhuuuu
ReplyDeletebole try sue tambah lemon.. tp yg ni akak x tambah lemon pun.. minum gitu aje.. bole la kena dgn tekak.. hihihih
Deleteeh !! kita pompuan.. kena sihat dulu baru datang cantik.. kan ? kan ? kan ? hee~
ReplyDeleteThanks for your support