Thursday, March 28, 2013

Rindu Bertamu di Padang/Bukittinggi - Part 7

hai... :P kebizian melanda nak update pasal trip padang ni.. hehe.. so, meh kita sambung ye.. ;)

Bertolak ke Bukittinggi melalui Pariaman sangat mencabar. Sebabnya jalannya pun kecik.Susah nak memotong. So, apa saya buat adalah cuba menidurkan diri, tapi malangnya tak mampu tidur sebab pemandangannya Masya allah.. indah sungguh. Tapi di sebalik keindahan pemandangan itu, bateri kamera pulak king kong. Hukhuk.So, pakai phone kamera je la. Nasib la phone kamera ni canggih sikit. Sikit je la pun. Destinasi seterusnya sebelum tiba di Bukittinggi adalah Lembah Anai.

Sedikit info berkenaan dengan Lembah Anai (Source : wikipedia)

'Lembah Anai merupakan deretan tebing curam yang terletak di Padangpanjang. Salah satu keindahan Lembah Anai adalah air terjun yang terletak di tepi jalan. Air terjun ini terletak di tepi jalan berhampiran dengan jambatan dan landasan keretapi lama yang sudah tidak digunakan'

Masa saya datang 2 tahun lepas, pak supir tu bagitau kami, perempuan yang dah kahwin dan belum ada anak yang minum air kat Lembah Anai tu insya allah akan mengandung. Kalau lelaki mandi kat situ, senang dapat jodoh. Kalau lelaki atau perempuan yang basuh muka kat situ awet muda. Heheh... Mitos semata-mata. Saya tak cuba pun apataha lagi nak turun ke bawah tu. Adalah orang yang mandi, basuh muka, bergambar kat bawah tu. Tapi saya sekadar bergambar di atas. 


Entrance fee adalah Rp. 3,000 untuk dewasa dan Rp.2,000 untuk kanak-kanak.







Lebih kurang dalam 20 minit singgah di Lembah Anai. Kami pun meneruskan perjalanan ke Bukittinggi. Masa tu dah tengahari kot. So, pak Arman bawa kami makan tengahari di Rumah Makan Pak Datuk. Since kami ni tak amik pakej sekali dengan makan, so makan ni kami bayar sendiri ikut selera kami. Sebelum ni makan ikut pakej semua menu nasi padang. Omaii...mentang-mentang kat Padang, takkan la hari-hari nasi padang kan. So, kali ni tukar angin. Kalau teringin nasi padang baru makan. Ni belum teringin lagi nak makan nasi padang, so kat sini kami makan menda lain.






Sabar menunggu makanan.


Menu 1 : Nasi goreng seafood. Pelik sikit nasi goreng dia tapi sedap tau. Udang dan sotong digoreng berasingan. Banyak plak tu. Wiee...


Menu 2 : Murtabak mesir. Omaiii.. dari dulu teringin nak makan sebenarnya dan akhirnya merasa juga. Dan memang, sungguh, benar.. sangat sedap. Makan satu tak cukup, nak order lagi, tapi perjalanan masih jauh. Pulak tu jenis perut tak leh makan banyak kalau jalan jauh. Rasa nak tapau je.  Sedapkan hati kat Bukittinggi mesti ada juga kan. 





Owh.. ni lori tengah baring kata Pak Arman. Hahahaaa...


Singgah lagi ke destinasi ketiga. Putri Minang. Dulu kat sini banyak saya borong. Kali ni pun borong banyak juga. Tapi harganya mahal sikit dari dulu. Tak tau la kenapa. Rasanya design sama je, tapi mungkin dulu ramai kot. Ni tak ramai orang, tu dia jual mahal. Hahaha



Tengah pilih-pilih kain yang cantik-cantik kononnya. Tapi semua cantik. Hukhuk. Rambang mata seh. Baru perhentian shopping yang pertama. Isk isk..


Budak kecik ni dah boring. Dok mengadap galaxy tab je.


Tengok..tengok.. tergoda tak?


Ni tengah tanya harga kain yang kat patung. Minta kurang. Tak dapat. Huahuahuaa


Design ni pun 2 tahun lepas ada. Tapi kali ni beli juga untuk family.


Ok. Dia dah boring. Jom g bayar.


Menggigil nak kuarkan duit. Kat sini je dekat Rp.1,000,000 abis. Baru hari kedua. Jauh lagi perjalanan ni. Huhu


Hasil rembatan di Putri Minang. 2 plastik je? Each plastik tu ada 4-5 helai kain kot. 

Habiskan masa dalam 30 - 40 minit kat sini, then kami berangkat ke perhentian seterusnya, iaitu Pandai Sikek. Lebih kurang dalam 10 minit perjalanan dari Putri Minang. Sedikit info berkenaan Pandai Sikek (Source : wikipedia)

' Pandai Sikek merupakan salah satu negeri yang termasuk ke dalam wilayah Sepuluh Koto, Kabupaten Tanah Datar, Provinsi Sumatera Barat. Negeri ini terletak di Batusangkar, ibukota kabupaten Tanah Datar. Negeri Pandai Sikek juga dikenali sebagai tempat pengrajin tenun dan ini diapresiasikan oleh Pemerintah Republik Indonesia dalam gambar matawang pecahan 5,000 rupiah'




Pemandangan ke Pandai Sikek ni sangat cantik. Saujana mata memandang. Sejuk pulak tu. Macam kat Cameron Highland. Tapi lagi sejuk. Even dah tengahari buta pun still sejuk. Kat sini saya shopping lagi. Huhu..



Mesin tenun.


Test telekung untuk kegunaan harian.


Cantik kan design dia ni. Saya difahamkan oleh Pak Arman, kain-kain yang dijual kat Pandai Sikek ni bukan dihasilkan di situ. Dorang ni amik dari penyulam dari daerah Pariaman. Sebab tu kat sini mahal sikit. Kalau Pak Arman ni cakap main-main je, maknanya info ni salah le.. ;)


Again. This girl asik boring je. Saya pun penat tengok muka boring dia. Hahaha. Layankan aje la ye.


Ok. That girl tengah promote kain sulam. Omaii.. hasil promosi kain oleh that girl, terbang juga 1,000,000 rupiah kat sini. Memula nak tengok-tengok je.. Tapi dah tengok terbeli pulak. Hahaha




Ok. My girl dah boring. Jom balik..

till then, tatababai




3 comments:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. Ingin bercuti ke Padang Bukittinggi? Jom bersama kami.Kami sediakan bermacam2 pakej ke Padang Bukittinggi.Hubungi kami ditalian 0126665436 atau lawat blog saya di:

    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Assalamualakum..

    Saya pak arman di bukit tinggi.yg dulu pandu akak anil wanina selama bercuti di padang.saya nak tumpang promot juga kat sini.jika ada tuan dan puan yg nal datang bukit tinggi.saya boleh bantu urus kan.untuk info lebih jelas nya.hubungi saya di talian.
    Telipon:+6281363990477.
    Whatsapp.:+6285374176166.
    Fb.:komen ajo.
    Email.:armanpribadi123@gmail.com
    .
    .
    Terima kasih..

    ReplyDelete

Thanks for your support