Saturday, March 30, 2013

Rindu Bertamu di Padang/Bukittinggi - Part 8

hihi.. sambung update ye.. jangan marah tau sebab lambat update pasal Padang/Bukittinggi ni.. salahkan keje yang berlambak tu.. kikikii..

ok la.. jangan buang masa ye.. kita sambung pulak... lepas Iman dah berguling-guling protes sebab mananya asik soping je.. so, Pak Arman pun terus bawa kitorang ke hotel. Akhirnya, bersuka-sukaan la dia..

Masa check in, guna nama Aldi sebab dia yang reservekan under nama dia. Atas dasar percaya dia pada kami, sampai hari kedua kami di sini, dia masih belum menerima sebarang bayaran samada bayaran untuk servis supir mahupun hotel. Saya yang menggigil pegang duit jutaan rupiah untuk dia ni sambil tanya kat Pak Arman, 'bila Aldi nak datang collect duit?' Pak Arman cakap Aldi tengah entertain rombongan dari Malaysia juga. Satu bas wokey. Ohh.. bestnya jadi pemandu pelancong ni. Rasa nak benti keje nak jadi pemandu pelancong je kat sini.. Hakhakhak..


Lepas check in, kami pun masih ke bilik. Hotel yang kami booking ni adalah Bunda Hotel, Bukittinggi. Kenapa saya pilih hotel ni? Saya pun tak pasti. Salah satu sebabnya, saya suka dengan servis Hotel Bunda, Padang, makanya saya pilih juga Hotel Bunda, Bukittinggi. Selain itu, Bunda Hotel, Bukittinggi ni baru je dibuka. Means, hotel ni masih baru lagi. Rate dia kalau tengok kat Internet mahal sikit la. Tapi since saya booking thru Aldi, dia boleh dapat murah katanya. So, proceed je la. :)

Tengok budak kecik tu, masuk hotel je terus berlari-larian. Elok plak takde plak nak guling-guling, mengadu penat la, lapar la.. Sabo je la..

Usai berehat dan buat apa yang patut, kami pun keluar dan berjalan-jalan di Pasar Atas. Tak jauh pun dari hotel ke Pasar Atas tu dalam 5-10 minit. Depends pada kelajuan kaki melangkah dan bape kali berhenti. Heheh..

                                 

Suasana di Pasar Atas. Masa ni tak ramai orang dah sebab dah petang. Pasar Atas ni plak pukul 6 petang dah tutup.


Antara kain sulam yang dipamerkan.


Dan lagi.. Nampak tak kain kaler pink tu. Saya amik kain tu satu. Warna dia sangat memikat. Pastu beli lagi 2-3 pasang kain yang sama tapi kaler lain le.. Kain tu kalau buat baju kurung moden atau kebaya moden cantik la kot. Lagi-lagi kalau si pemakainya bersaiz S atau M. Saya ni saiz XL, takdenya lawa kalau pakai. Kena kuruskan badan dulu tak tau la bila boleh kurus.. Hahaha.


Tengok budak kecik tu. Asal masuk kedai je mesti flat. Sabo je la.


Ni tengah pilih-pilih kain warna lain. Menggoda tau warna-warna dia. Semua warna terang.


See.. see.. warna biru tu saya amik, pastu ada warna hijau. Isk.. isk.. cantik sangat.. #padapandanganmataku

Dan abis soping barang 3-4 helai kain sulam kat sini, kami pun bergerak ke kedai lain. Banyak kedai-kedai dah nak tutup ye. So, kena jalan cepat sikit.


Cuci-cuci mata lagi..


Sampai la kat satu kedai ni, dulu masa first trip ke sini, kat kedai ni la saya dan ahli rombongan ketika tu memborong sakan kat sini. Makcik tu pun bole ingat kitorang lagi. Siap cakap, 'dulu yang datang ramai-ramai pakai baju oren tu ye..' Hahaha.. dulu memang weols siap ada wat baju untuk trip ke Padang ni. Baju kaler oren tu weols pakai masa datang soping kat Pasar Atas. Khelass uols... Hahhaahh.. #kelaslasangat


Di sini.. soping sampai bangkrup.


Bersinar-sinar mata tengok kain tu. Hahahha..


Okiess.. masa untuk kira bil dan bayar...


Hasilnya.. 3 beg plastik wokey.. dah bangkrup dah masa ni.. Hahaha.. nasib la saya dah asingkan siap-siap duit untuk bayar Aldi, duit untuk soping, dan duit untuk makan. Kalau tak, lepas ni kena berlapar dan kena berhutang lagi dengan Aldi.. Kikikii


Bergambar pula dengan tauke kedai..


Iman jeling tak puas hati. Hahaha.. asik beli untuk mama je.. untuk kita takde.. Kikikii.. 


Bergambar di Jam Gadang. Mercu tanda Bukittinggi.


Mencari jalan pulang ke hotel. Masa ni saje jalan tepi-tepi jalan tu sebab ada orang jual-jual kat kaki lima nun. Tapi takde apa yang menarik. So, pulang aja...


Masing-masing muka dan kelat. Penat, lapar...


Langit pun dah gelap. So, marilah kita pulang ke hotel. Malam tu, Pak Arman datang amik kitorang kat hotel dalam kul 8 malam. Dah gelap ye masa tu, lagipun weols adalah sangat mengantuk. Tapi tahan mata ye. Lapar ni. Kami dibawa oleh Pak Arman ke Restoran Dja djan. 


Nampak tak ramai orang kan, tapi sebenarnya kat belah luar tu ada orang yang dah siap-siap reserve meja. Maybe ada rombongan dari Malaysia juga kot. 


Muka ngantuksss...


Order dulu makanan ye..


Pastu ada plak pelayan tu datang kat meja kitorang, bagi borang soal selidik. Ewahh.. rasanya ada je orang lain kat meja-meja lain tapi kitorang plak yang dapat borang tu. Takpe la.. isi borang dengan penuh keikhlasan.. ;)


Borang soal selidik yang telah selesai di isi.


Wall design kat restoran ni cantik tau.. Pakai papan biasa je. Tapi di cat ngan warna-warna merah dan hitam. Kombinasi warna yang menyerlah dan menaikkan seri restoran. Ewahhh...


Menu #1 : Nasi goreng


Menu #2 : Nasi goreng bungkus

Makan sampai kenyang. Dah kenyang, Pak Arman ajak pegi rumah kat Yenie Bordir, tapi kitorang dah penat sangat. So, kitorang tolak ajakan Pak Arman dengan baik dan minta dia hantar terus balik ke hotel.

till then, tatababai


6 comments:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  2. Salam kak.. Nak tnye cmne nak booking kt bunda hotel ya? Sya cri emel dorg tapi tak jumpa.. hopefully akk boleh tolong. thanks. ni emel sya hasni411@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Hi Hasni,

    Akak booking Bunda Hotel thru Aldi. Dia yang bookingkan untuk kesemua accomodation di Bunda Hotel samada di Padang / Bukittinggi.

    Kalau Hasni nak booking sendiri, boleh call

    Bunda Hotel Bukittinggi [+62 812-7610-1182]

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Saya pak arman yg pandu perjalanan akak anil wanina selama tour kat padang..
    sekarang saya nak tumpang iklan juga di blog akak anil wanina ni...jika ada tuan/puanmakcik/pak cik yg nak datang bukitgi.padang.jangan risau hati.saya boleh bantu uruskan.sila hubungi saya di talian.
    Telipon.:+6281363990477.
    Whatsapp:+6285374176166.
    FB.:komen ajo
    Email:armanpribadi123@gmail.com
    Armanpribadiblogspot.

    terima kasih....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thanks for your support