Stress pekerjaan bukan sesuatu yang baru. Aku sendiri pun sepanjang bekerja ni tak terkira rasa stress tu. Nak meluah takut menyakitkan hati orang, nak pendam hati sendiri tersakiti. Kesudahannya, memendam rasa adalah jalan terbaik keranan bimbang salah bicara akan menyakitkan hati orang dan menyesal di kemudian hari.
Kawan aku penah pesan, kalau sakit hati ke, marah ke, geram ke.. kongsi atau luahkan je.. jangan simpan.. bila pendam lama-lama nanti jadi cancer.. yang sakit yang tersakiti yang merana diri sendiri juga.. Tapi bila kita melepaskan apa yang terpendam.. yup.. memang hati jadi lega sebab dapat meluah, namun lepas tu akan ada 1001 penyesalan sebab bila kita dalam keadaan marah, sakit hati.. lebih banyak kata-kata nista dari perkataan yang baik. So akhirnya, aku buat keputusan untuk pendam je.. simpan sendiri, sakitnya pun sendiri.. pastu terseksa jiwa dan raga, hati yang tersakiti.. hahahhaa.
Mulut orang ni kita tak dapat nak kawal. Tapi kita as diri kita yang mampu nak kawal apa yang keluar dari mulut kita, tingkahlaku kita, perbuatan kita.. Cuma bila its too much to handle itself.. memang tersakiti la lebih-lebih lagi bila dikelilingi oleh too much of toxic people. Memang mental dibuatnya.. 😖
So apa cara untuk memastikan diri kita sentiasa bearable dengan stress di tempat kerja ni. Ini adalah cara aku, well.. setiap orang ada cara tersendiri.. But sharing is caring.. since aku pun selalu la rasa stress kadang rasa nak berhenti pun ada.. 😔 hanya yang mengalami je mengetahui...
Cipta persekitaran yang selesa dan selamat
Bila kita berada dalam situasi yang terarah kepada persekitaran stress di tempat kerja, aku biasanya akan create persekitaran yang aku rasa selesa dan selamat. Contohnya, aku akan elakkan untuk bersemuka dengan orang yang mengundang perasaan tak selesa dalam diri aku. Macam untuk certain time, kadang sampai tahap aku nk sebut nama pun menyampah.. so aku akan guna kata nama ketiga.. kalau aku rasa macam ada rasa macam geram, marah membuak-buak.. aku akan pasang zikir, pakai headphone.. dan memang aku akan layan diri aku je.. persetankan orang disekeliling. Janji keje aku siap, dan jiwa aku tak terganggu..
Rancang aktiviti pekerjaan
Seterusnya, rancang aktiviti kerja. Bila aku masuk pejabat, normally aku dah ada What To Do List yang perlu aku buat hari ni. Kalau takde pun, aku akan cari at least 1-2 kerja, macam kemas stor ke, susun atur folder dalam cloud ke, documented fail-fail lama dan lain-lain la.. Bodoh-bodoh pun aku akan kemas meja. Susun laci.. 😹 ni kalau dh xde keje sangat laaa.. So, bila aku ada kerja, aku tak mudah distract dengan apa yang jadi kat sekeliling aku. Kalau dulu ye, semua menda aku rasa nak amik tau.. Semua menda salah aku rasa nak betulkan. Tapi skang pi mampus kau la.. asalkan tak kacau keje aku, hidup aku.. sukati kau nak buat apa... tapi kalau keje tu ada melibatkan aku sekali.. memang aku laharkan tanpa kompromi la.. there's a reason kenapa ada RULES dalam dunia ni.. kalau RULES yang dicipta manusia pun kau tak boleh nak follow, boleh imagine tak RULES yang Allah dah tetapkan.. I'm not saying spesis manusia macam ni jahat.. NO.. cuma susah sangat ke nak follow rules.. 💆
Teamwork dan Communication
Normally bila kita bekerja, mesti akan ada teamwork. Contohnya dalam satu seksyen ada 3 orang. So 3 ketul tu la akan bekerjasama. So semua kerja dapat diagihkan dengan adil. Bila kita bekerja secara teamwork ni, communication adalah perkara yang paling penting. So communicate supaya dapat avoid perselisihan dan share kerja tu secara bersama. Jangan ilmu tu simpan sorang-sorang.. kang ko mati ilmu tu terkubur je.. kan rugi... sebab tu penting teamwork dan communication ni. Share ilmu tu supaya nanti bebila ko nak cuti pun senang.. takde la sok lusa ko nak cuti pun tak senang.. 24 jam kena hadap telefon. So apa beza kau cuti dengan keje? Aku suka je kalau pape keje aku emel kat satu team terus.. Walaupun kadang perkara tu takde kena mengena pun dengan ahli lain dalam team, tapi at least kalau aku cuti ke, kot aku mati ke.. orang tau last keje aku sampai mana.. takde la hidup menyusahkan orang, mati pun menyusahkan orang.. time hidup di perkotak katikkan, dah mati sok di keji.. Orang nak mati pun nak aman-aman kan...
Cakap bila perlu
Ni antara perkara yang selalu aku buat. Sebab kadang-kadang aku malas.. malas gilerrrr nak argue dengan orang yang bodoh sombong ni. Tak kemana pun kalau argue dengan orang macam ni. Buat semak hidup je.. So cakap bila perlu.. tapi seboleh-bolehnya memang aku malas nak cakap la. Aku akan try cari resources lain dulu. Cari la kawan-kawan kat ceruk mana dulu yang boleh bantu. Normally its help. Kadang syukur dikurniakan kawan-kawan yang baik hati dan banyak bantu tatkala aku berada dalam keadaan yang sukar. Tapi a bit sedih juga la.. Biasa yang tolong aku ni luar dari tempat kerja aku.. tu penting teamwork dan network. Bukan setakat network je tau.. network ni pada aku bersikap berkepentingan. kalau ada kepentingan, then it's network. Kalau dalam teamwork, ada banyak unsur dalam tu antaranya kekitaan, empati, simpati... so kalau kau minta tolong time kau susah pun, Insya Allah.. yang dalam teamwork ni yang akan bantu kau..
Jumpa kaunselor
Ni pun aku penah cuba. It really help. Aku tak nak cerita lebih sebab apa yang berlaku masa tu memang broke my heart to much. I was stress, anxiety and depress. Macam yang aku cakap masa awal-awal tadi, hanya yang melalui je yang memahami. So kalau stress.. boleh jumpa kaunselor. Atau ada certain tempat ada AKRAB kan. boleh je cari sesiapa yang boleh dipercayai dalam team AKRAB tu untuk share sekurang-kurangnya dapat mengurangkan perasaan dan rasa stress tu. Make sure korang cerita dengan orang yang betul. memang ia tak menyelesaikan masalah pun, cuma at least kurang sikit rasa terbeban dalam diri tu. Masa ni jangan fikir orang lain dah.. fikirkan diri sendiri je.. kalau rasa nak nangis, nangis je.. jangan simpan-simpan.. Insya Allah.. sedikit sebanyak akan rasa lega..
Take me time
Lastly, cari masa untuk diri sendiri. Kalau stress di tempat kerja.. amik la cuti. rehat kat rumah. Time PKP kalau tak leh pegi memana. Just amik cuti duduk rumah diam-diam. Layan la movie Korea ke, nak marathon drama Korea ke.. it's your time. Kalau rasa nak bercuti ke luar pun takde masalah.. boleh booking hotel ke, nak pegi camping ke.. ikut korang. Asalkan dapat berehat dari kerja-kerja pejabat. Jangan kedekut sangat cuti tu.. Tak perlu amik cuti lama, ambil 1-2 hari pun cukup. Kesihatan mental tu penting.
So, dapat tak apa yang aku cuba sampaikan? Stress ni antara penyumbang awal kepada masalah mental sekiranya tidak dibendung. So, please kawan-kawan. Jaga diri.. lagi-lagi di musim PKP ni.. kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Kita tak boleh nak harapkan orang lain untuk jaga kita, kitalah yang kena jaga diri kita.
till then
take care anil.. ita pun kalau rasa stress memang ambik masa untuk diri sendiri.. pedulikan je la orang lain tu.. abaikan je..
ReplyDelete