Aku pasti, ramai yang menerima kesan dari COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Aku sendiri akui, tahun 2020 bukanlah tahun yang indah di mana pada tahun itu, banyak perkara terjadi bukan sahaja pada dunia, tapi personally pada diri aku sendiri. In fact, aku masih sedang mengalaminya pada masa kini. Hanya yang melalui sahaja yang mengetahuinya..
Apa yang aku nak share dengan korang, bermula dari bermulanya PKP pada Mac 2020 yang aku kira lebih kurang 3 bulan kita terpaksa berkurung di rumah. Aku rasa mesti ramai yang burn out. Bukan hanya kerana ada yang hilang pekerjaan, tetapi juga ada yang bekerja terlalu kuat sehingga menjejaskan kesihatan dan akhirnya, kecundang di tengah jalan. Aku akui, bukan mudah untuk bekerja dalam norma baharu ini. Dengan pelbagai SOP yang perlu dipatuhi demi menghentikan penularan wabak COVID-19 ini. Tak mudah ye.. tapi aku rasa kalau kita seluruh rakyat Malaysia (ini termasuk semua pemegang IC biru ye ~ faham kan maksud aku), bersatu padu dan berganding bahu untuk sama-sama mencegah penularan wabak ni, kita pasti akan berjaya. Come on Malaysia, we can do it !
Kalau dari yang kita lihat, kesan COVID-19 ni bukan hanya golongan tertentu sahaja yang terlibat, tapi almost semua golongan terlibat ye. Ada yang hilang pekerjaan dari pendapatan lima hingga enam angka, kini terpaksa untuk meneruskan hidup dengan pendapatan dua tiga angka. Pelbagai cara yang dilakukan demi kelangsungan hidup. Tidak kurang dari itu, anak-anak yang sebelum ini dapat belajar di sekolah, kini terpaksa menjalani PdPR yang mana bukan semua orang berkemampuan untuk mendapatkan gajet demi pendidikan yang berkesan. Yang paling teruk, adalah kesan terhadap orang tua kita. Ya Allah.. sedih bila lihat warga emas yang terjangkiti dan tidak mampu untuk terus bertahan.
Banyak lagi kesan lain yang terjadi yang aku pasti korang pun tau. Perayaan juga tidak dapat disambut dengan meriah. Aku rasa mesti sedih kalau tahun ni pun tak dapat raya lagi macam tahun dulu-dulu.
Jadi kalau tahun dpn kita nak raya macam dulu, marilah kita sama-sama patuhi SOP dan sama-sama membantu antara satu sama lain untuk mencegah penularan wabak COVID-19 ni. Penat wei.. serius penat. Sebab tu aku lebih suka duduk diam-diam kat rumah je. Kalau keluar pun adoi.. malas nak mampuss balik nak kena mandi semula, asingkan baju. Pakai mask satu hal, sesak rasa. Tapi inilah norma baharu yang perlu kita lalui.
Lebih-lebih lagi sesiapa yang dah lengkap vaksin dibenarkan untuk keluar. Tak salah pun kalau nak keluar kalau ada urusan. Tapi kalau keluar hanya untuk suka-suka. Please jaga SOP. So, kalau tak perlu keluar, duduklah diam-diam kat rumah. Sama-sama kita jaga kita bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri juga.. Come on ! We can do it 💪
till then
No comments:
Post a Comment
Thanks for your support