Friday, September 10, 2021

Kaunseling 101 : Kemahiran Membina Hubungan

Dalam sesi kaunseling, seseorang kaunselor perlu memahami dan mempunyai kemahiran asas kaunseling untuk mengendalikan sesi kaunseling. Sebelum mengendalikan sesi atau memberikan khidmat rundingan, kaunselor perlu menguasai kemahiran asas terlebih dahulu supaya sesi yang dijalankan tidak kekok dan dapat dijalankan dengan lancar serta dapat membina hubungan komunikasi dua hala dengan baik antara kaunselor dan klien.


Kemahiran yang aku maksudkan adalah kemahiran membina hubungan, kemahiran kaunseling, memahami teori kaunseling, kemahiran melaksanakan aktiviti atau LDK dan kemahiran menggunakan alat psikometrik. Memang aku tak nafikan, it's take a lot of time untuk mempelajari semua tu. Namun kemahiran asas ini tidak semestinya hanya akan dipelajari untuk menjadi seorang kaunselor. Untuk menjadi pendengar yang baik juga perlu ada kemahiran asas sekurangnya-kurangya kemahiran membina hubungan lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan kawan yang dan lama tak jumpa atau mungkin kawan baik sendiri. Caranya mungkin nampak berbeza atau kurang profesional berbanding kaunselor namun memandangkan ia adalah kemahiran asas dalam membina hubungan, mungkin ia dapat membantu sekurang-kurangnya klien / kawan kita berasa selesa untuk berjumpa dan bercerita kepada kita.

Walaupun ia adalah kemahiran asas dalam membina hubungan, perlu diingatkan untuk berhati-hati kerana sekiranya klien / kawan kita ni belum bersedia untuk menghadapi konfrontasi, klien / kawan mungkin merasakan diri mereka terancam. Terancam tu maksudnya mungkin klien / kawan belum bersedia untuk berkongsi secara total dengan kita. Dan sekiranya kita terlalu memaksa akan membuatkan dorang give up untuk terus bercerita dan tak mustahil ye kemungkinan klien / kawan tu akan bertindak lebih agresif dan mungkin boleh mencederakan kita. Sebab tu,sebelum memulakan sesi kena pastikan dulu sekurang-kurangnya basic profile klien / kawan kita.

So, aku senaraikan beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam membina kemahiran perhubungan.

  • Penstrukturan
  • Penstrukturan bebas
  • Membina suasana persekitaran
  • Suasana teraputik
  • Ruang untuk berkomunikasi
  • Penampilan diri
  • Ekspresi muka
  • Cara duduk
  • Pergerakan
  • Senyuman
  • Nada suara
  • Hubungan mata
  • Kesediaan kaunselor

Nampak macam banyak kan? Tapi sebenarnya kalau kita buat sesi ni semua kemahiran ni akan bersatu sampai kita tak perasan pun ada banyak perkara yang perlu kita lakukan. Nanti dalam next post aku akan share apa yang dimaksudkan dengan semua kemahiran ni. So for now, aku stop dulu. Till next session ya.. 😊

No comments:

Post a Comment

Thanks for your support