Friday, September 3, 2021

Hansaegee Nature Aqua | PKP Beauty Kit

Assalammualaikum

Musim PKP dan BDR ni, ramai kawan-kawan aku komplen, muka kering dan kusam, ada juga yang naik jerawat halus kat muka..

Macam aku personally memang kerap mengalami masalah kulit. Korang boleh godek kat entry-entry terdahulu sampai aku kena pegi klinik kulit utk merawat kulit muka aku yang rosak.

Problem kulit muka aku ni adalah kering melampau macam tanah gersang di gurun sahara. Since aku pun kadang kejap masuk pejabat, kejap BDR tak tentu hala, jadi kadang-kadang aku tak sempat nak touch up muka.. paling basic pun biasa memang moisturiser jer la..


Lagi-lagi bila BDR ni.. lagi la tak tentu hala masanya.. bangun lepas subuh dah sibuk dengan panggilan pejabat mana nak sempat mandi, nak sempat cuci muka bagai ^_^ nanti pukul 10 pagi kang baru la hegeh baru nak mandi la, nak kentut la, nak cuci muka la.. baru nak tepek moisturiser.. tu kalau setel pagi, kalau tengahari baru setel kejenya.. tak ke tengahari baru nak mandi, cuci muka.. Haa.. gitu kesibukan keje time PKP ni.. Essential kan.... jadi aku memang tercari-cari juga la beauty kit yang boleh membantu melembabkan kulit pada setiap masa tanpa perlu hustle banyak kali nak topup pelembab pada muka aku yang kering ni..

 Aqua Whitening Cream

So baru-baru ni aku disyorkan untuk menggunakan produk Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang mana ia merupakan krim pelembab water based yang sesuai untuk masalah kulit kering yang aku hadapi. 


Kesan water drop pada krim ni aku sangat suka sebab ia mempunyai tekstur yang lembut dan ringan, lepas pakai pada muka, tak rasa melekit pun tapi pada masa yang sama kulit rasa lembab dan lembut jer... Tak perlu nak tenyeh-tenyeh muka nak dapatkan kesan glowing pada muka. Lagi satu aku suka sebab effect lembapan tu memang tahan lama. So tak perlu nak apply pelembab banyak kali.


Fungsi Aqua Whitening Cream

Menariknya, krim ini juga mengandungi bahan utama antaranya Niacinamide dan Camellia Japonica Seed Oil. Mesti korang biasa dengan Niacinamide yang turut dikenali sebagai Vitamin B3. Ia dapat membantu meningkatkan ketahanan kulit dengan merangsang pembentukan lapisan ceramide yang berfungsi sebagai pelindung kelembapan pada kulit, membantu mengatasi masalah jerawat dan meredakan radang kulit, memudarkan bekas jerawat, melindungi kulit dari sinar matahari dan mencegah penuaan.

Manakala Camellia Japonica Seed Oil pula membantu menyembuhkan kulit kering, menyeimbangkan kelembapan dan menyegarkan kulit.

Selain dari mencerahkan kulit, antara kelebihan lain Hansaegee Aqua Whitening Cream ini adalah :

  • Menyegarkan dan melembabkan kulit wajah
  • Membantu mengawal lebihan minyak dan sebum pada kulit wajah
  • Membantu mengecilkan liang pori
  • Memperbaiki kulit wajah yang kusam
  • Malah ia sesuai untuk cuaca panas dan sesuai untuk semua kulit wajah

 Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream

Cara nak guna pun senang je.. lepas cuci muka bersih-bersih dan lap dengan tuala. Make sure muka tak basah yer. Calit sebesar siling 50 sen krim ni dan sapukan rata pada muka. Then urut perlahan-lahan, jangan kelam kabut sangat urut tu.. Urut dalam bulatan kecik ke bulatan besar. Nanti 'water drops' akan muncul pada kulit lepas urutan manja-manja tadi. Then, tepuk-tepuk sikit kulit muka secara perlahan-lahan dalam 30-40 saat gitu, sampailah kelembapan tu diserap sepenuhnya dalam kulit. Mudah je kan..


 


Pengalaman Menggunakan Aqua Whitening Cream


Aku cabar diri aku sendiri untuk guna produk ini dalam tempoh 3 minggu. Berdasarkan pengalaman dan penggunaan aku selama dekat 1 bulan ni, krim ni bukan sahaja dapat membantu melembabkan kulit ye, kulit muka aku lebih segar dan lebih lembab dari biasa. Sape yang kulit muka dia kering, boleh merasai perbezaannya. Paling best, nama pun whitening cream, so of course dapat membantu dalam mencerahkan kulit. Takde la nak harap cerahkan kulit sampai jadi transparent tapi dapat la at least hilangkan noda-noda hitam pada wajah ni.



Nak jaga muka ni bukan mudah tapi tak susah juga. Agihkan masa around 5-10 minit minimum untuk pastikan kulit muka ni sentiasa segar. Ye la.. Nak buat kerja pun kalau muka sembab je tak best juga kan.. Walaupun BDR sahaja, tapi still kena jaga juga.. Kang tetiba masuk pejabat, time tu baru nak jaga muka.. Tak dapat la kesan serta merta.. Kalau boleh nak la masuk pejabat dengan wajah yang lebih ceria, segar dan berseri kan..


So, sesekali masuk pejabat terus lain macam muka ada ceria sikit sebab dah nampak beza berbanding sebelum ni. Takde mekap tebal-tebal pun sekadar calit lip balm je dah Nampak berseri.

Untuk maklumat lanjut dan kalau nak beli (ada free gift juga while stock last), sila layari :

 Website : https://hansaegee.com/shop/aqua-whitening-cream.html

Instagram (for more review) : https://www.instagram.com/hansaegeenature/

Facebook (for more info / video) : https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube (for more video) :https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


 


 







1 comment:

  1. Memang nampak effect kulit makin lembap...saya pun pakai hansaegee moisturizer ni, best ya amat!

    ReplyDelete

Thanks for your support