Sepanjang PKP dilaksanakan, ramai ibubapa yang perlu Bekerja Dari Rumah (BDR) sambil ditemani anak-anak yang belajar secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Tidak mustahil, ada sedikit rasa bosan terutamanya anak-anak yang masih kecil malah ada juga ibubapa yang mula bosan kerana lama terperap dalam rumah.
Namun begitu, ada juga sesetengah ibubapa yang tak betah duduk membawa anak-anak keluar ke shopping mall, taman awam dan lain-lain.
Persoalannya, selamat ke? Seperti di entry lepas, COVID-19 ni telah berada dalam komuniti. Jadi kadang-kadang kalau kita duduk diam-diam kat rumah pun, tak mustahil boleh terkena COVID-19.
Antibodi dan sistem imunikasi kanak-kanak kecil masih belum berkembang sepenuhnya. Pasti sukar untuk anak kecil terutamanya bayi untuk melawan penyakit atau jangkitan. Jadi, selamat ke tak?
Jika kanak-kanak berada dalam keadaan sihat, tidak salah untuk keluar bagi mendapatkan udara segar malah ia juga baik untuk ibubapa yang mungkin telah lama berkuap di dalam rumah. Namun korang perlu mengambil langkah berjaga-jaga juga. Cahaya matahari dan udara segar bukan sahaja dapat memberikan manfaat kesihatan seperti Vitamin D, malah ia menjadikan tahap emosi dan tenaga dalam diri berada dalam keadaan yang lebih baik.
Tip bawa kanak-kanak dan bayi keluar
1. Hadkan pendedahan cahaya matahari
Sememangnya matahari dapat memberikan vitamin D yang sangat diperlukan oleh badan terutamanya bayi. Namun, bayi lebih terdedah untuk mengalami selaran matahari, jika terdedah secara berlebihan. Sebaiknya hadkan pendedahan kepada sinar UV secara langsung untuk tempoh 15 minit sahaja. Untuk lebih kepastian, berbincanglah dengan doktor bagi menentukan jumlah cahaya matahari yang selamat untuk si manja.
2. Elakkan sentuhan dan ciuman
Ini tip penting yang perlu diikuti kalau korang mahu membawa bayi baru lahir keluar berjalan-jalan. Korang kena sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan individu sekeliling kerana anda tidak dapat mengetahui keadaan kesihatan seseorang. Jadi idea paling baik adalah untuk menjauhkan sebarang sentuhan tangan dan wajah kanak-kanak mahupun individu yang tidak dikenali daripada memegang atau mencium bayi korang. Dengan ahli keluarga sendiri juga korang harus memilih dan tidak membenarkan mereka yang sakit untuk menyentuh bayi. Tetapi dinasihatkan untuk lakukan dengan cara yang berhemah. Elakkan daripada menimbulkan perselisihan faham.
3. Selektif tentang lokasi
Bukan semua tempat sesuai untuk bawa kanak-kanak dan bayi berjalan. Tempat seperti sekolah, pejabat doktor, hospital, pusat jagaan harian, kapal terbang mahupun sebarang pengangkutan awam lain adalah tempat yang dikenali sebagai ‘pusat kuman yang utama’. Jadi, sebaiknya, elakkan! Tetapi jika keadaan memerlukan korang membawa bayi baru lahir ke tempat disebutkan di atas, sentiasa pastikan anak berada dalam dakapan atau diletakkan dalam carrier mahupun kereta sorong. Pastikan korang sentiasa membasuh tangan selepas menyentuh sebarang permukaan atau barangan mahupun tangan individu lain sebelum menyentuh bayi. Selain itu, pastikan korang sentiasa berpesan pada anak kecil supaya elakkan memegang atau menyentuh permukaan di tempat awam. Sekiranya perlu, sanitise dahulu dengan wet tissue dan sentiasa bawa hand sanitiser.
4. Keadaan cuaca
Perhatikan juga keadaan cuaca. Jika korang mahu bawa anak keluar bersiar di taman, elakkan daripada memakaikan pakaian yang berlebihan. Pastikan cuaca tidak terlalu panas dan sejuk bagi mengelakkan anak kurang selesa ketika berada di luar rumah.
5. Sediakan kelengkapan
Sentiasa bawa hand sanitiser atau wet tissue. Pastikan limitkan waktu berada di luar luar. Setkan reminder agar korang tak leka ketika berada di luar.
Akhir sekali, sebelum keluar, buat pertimbangan secara rasional. Sekiranya perlu, keluar hanya setakat di luar rumah sahaja. Buka tingkap dan hirup udara segar. Keluar jika perlu sahaja. Jom kawan-kawan.. #KitaJagaKita #KitaBelumMenang
till then
No comments:
Post a Comment
Thanks for your support