Boleh Ke Wanita Bujang Ambil Folic Acid?

Assalammualaikum 

Pernah dengan asid folik?

Bagi wanita yang mengandung, Asid folik ialah sejenis Vitamin B yang penting untuk tumbesaran bayi ketika mengandung. Bayi memerlukan asid folik bagi tujuan tumbesaran. Pengambilan asid folik juga boleh mengelakkan bayi daripada mengalami kecacatan pada otak dan juga tulang belakang (kecacatan tiub neural).

Bagi wanita mengandung, pengambilan asid folik adalah penting untuk kedua-dua ibu dan juga bayi dalam kandungan. Wanita yang ingin mengandung juga perlu ambil asid folik sebanyak 400 mg selama sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan.

Namun begitu, pengambilan asid folik ini tidak terhad kepada wanita mengandung sahaja tau! Wanita bujang pun boleh ambil juga. Semua wanita perlu mengambil asid folik !


Kesedaran dalam pengambilan asid folik bagi kalangan wanita muda masih lagi rendah. Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Korea terhadap wanita berusia 19 – 45 tahun, 7 daripada 10 wanita tahu dan pernah dengar mengenai asid folik. Namun, hanya 2 orang sahaja yang faham tentang fungsi sebenar asid folik untuk melawan kecacatan janin semasa mengandung. Walaupun mereka faham tentang kebaikan asid folik, hanya 1 dari 10 wanita sahaja yang benar-benar mengamalkan pemakanan suplemen asid folik secara konsisten. Wanita yang berumur 19 – 24 tahun yang belum berkahwin juga mempunyai kesedaran yang lebih rendah mengenai asid folik. Golongan ini jarang mengambil supplemen asid folik, mungkin kerana kurang kesedaran terhadap kepentingan vitamin ini.

Pengambilan asid folik juga terbukti untuk mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan juga sebahagian jenis kanser. 

Jika korang tidak pernah mengambil asid folik sebelum hamil, maka korang disarankan untuk segera makan suplemen ini setelah korang tahu korang hamil. Dos untuk wanita hamil ialah sebanyak 500 – 600 mg, mengikut situasi dan juga keadaan ibu ketika mengandung (boleh rujuk dengan doktor)

Ada 3 cara untuk korang mendapatkan asid folik yang mencukupi bagi keperluan tubuh badan korang:

  • Makan makanan yang kaya dengan asid folik
  • Makanan seperti sayur-sayuran yang berdaun gelap (sawi dan bayam)
  • Brokoli, kubis, kubis bunga, asparagus
  • Buah-buahan seperti buah oren, nanas, pisang dan betik
  • Ambil suplemen yang mengandungi 400 mg asid folik
  • Makan makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti nasi, pasta ataupun roti yang diperkaya dengan asid folik
  • Jika korang sedang mengandung, adalah agak mustahil untuk korang mendapatkan asid folik yang mencukupi hanya daripada diet korang.

Oleh itu, korang disarankan mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan asid folik korang setiap hari.

Pengambilan asid folik adalah penting bagi semua wanita. Walaupun korang belum mengandung atau tidak berkahwin, asid folik ada banyak kebaikan lain seperti mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser.

Selain itu, pengambilan asid folik ketika mengandung juga dapat mempengaruhi kecerdasan anak. Jika diambil secara konsisten sewaktu mengandung, asid folik mampu meningkatkan keupayaan anak menguasai bahasa. Pengambilan asid folik secara berkala juga dapat meningkatkan kesuburan wanita. Penting untuk wanita zaman sekarang faham akan kepentingan mengambil asid folik pada usia muda. Oleh itu, kesedaran perlulah dipupuk seawal usia remaja lagi.

till then

Post a Comment

0 Comments