Sewaktu berlakunya pandemik COVID-19, kerajaan melalui beberapa siri sidang media telah mengarahkan rakyat untuk duduk di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar. Namun begitu, ada ketikanya kita perlu keluar untuk pelbagai urusan samada urusan kerja, membeli barang keperluan rumah dan sebagainya. Namun, jika tidak mempunyai sebarang urusan lain, disarankan untuk terus berada di rumah demi menjaga kesejahteraan bersama.
Bagi yang ingin keluar rumah, amatlah penting untuk memakai pelitup muka (face mask) dan menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), pemakaiannya ketika berada di luar adalah sangat penting untuk mencegah penularan virus korona baharu ini. Ia bukan sahaja mampu melindungi korang daripada dijangkiti, malah mampu menghalang korang yang telah terjangkiti daripada menyebarkan partikel virus kepada orang di sekeliling mereka. Disebabkan itu, ia perlu dipakai setiap masa ketika berada di tempat awam di samping mengamalkan kehidupan normal baharu untuk melindungi diri dan orang tersayang.
Tidak dinafikan, pemakaian pelitup muka kadangkala menimbulkan rasa tidak selesa lebih-lebih lagi jika ia tersangkut terlalu lama di telinga. Sama ada penutup muka itu adalah jenis kain, fabrik, pembedahan atau apa-apa sahaja, talinya pasti akan membuat telinga korang sakit. Namun begitu,inilah satu pengorbanan kecil yang harus dilakukan dalam usaha kita semua ingin memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 agar tidak timbul lagi kluster baharu.
So, try jadi kreatif dalam teknik pemakaian pelitup muka supaya kuranglah ketidakselesaan yang dialami terutamanya bagi yang menyangkutkan tali di telinga. Berikut merupakan beberapa teknik yang korang boleh cuba sesuai mengikut saranan Public Health Malaysia (PHM):
Baca juga Jenis bunga dan maksudnya
#1. Gunakan penyambung pelitup muka (Face Mask Connector)
Cuba lihat di sekeliling, ramai orang yang menggunakan alat ini tatkala berada di tempat awam bukan? Pelbagai fesyen dan gaya boleh dilihat. Ada yang plain, ada yang blink-blink dan ada juga yang berbunga-bunga. Heheh.. Kalau korang buka di Shopee atau Lazada, ada pelbagai jenis fesyen. Pilih je nak gaya yang macam mana. Cara menggunakannya pula sangat mudah iaitu hanya letakkan ia pada bahagian belakang kepala lalu sangkutkan tali pelitup muka itu dan selaraskan mengikut keselesaan.
#2. Gunakan klip kertas dan gelung getah
Kalau tidak sempat untuk membeli 'facemask connector', ataupun mahu jadi lebih kreatif? Takpe.. Gunakan je klip kertas atau gelung getah. Lebih mudah dan kalua hilang pun takde la ralat sangat kan.. Cara menggunakannya adalah sama dengan alat penyambung penutup muka cuma ia adalah buatan korang sendiri.
#3. Gunakan brooch terpakai
Kalau macam aku sendiri, aku selalu guna brooch terpakai sahaja. Kaum wanita kan suka beli brooch banyak-banyak. So, guna je brooch tu sebagai face mask extender. Tak perlu gantung di telinga dan of course tak menyakitkan telinga.
#4. Pin Tudung
Jangan tak tau, pin tudung yang korang pakai hari-hari tu pun boleh dijadikan face mask extender. Tapi make sure pin tudung tu panjang dan mempunyai kepala. Jangan pakai jarum peniti sbb nanti mask mudah tercabut.
#5. Gelang Tangan
Akhir sekali, adalah yang akan selalu buat. Aku gunakan gelang tangan yang plain (gelang murah-murah je, aku beli RM2).. sambungkan ke face mask dan jadikan extender. Memang sangat praktikal. Kalau tak nak guna gelang tu sebagai extender, aku boleh pakai kat tangan. So, 2 dalam 1 kan!
#6. Mask Bertali
Namun begitu, kalau kesemua di atas masih sukar untuk korang. Korang boleh beli mask bertali. Just ikat sahaja tanpa perlu sangkut di telinga. Boleh adjust nak ketat macam mana.
So, marilah kita sama-sama putuskan rantaian COVID-19. Kesian kat frontliner. Kesian kat semua orang yang terkesan dengan COVID-19 ni sehingga ada yang hilang punca pendapatan. Kalau bukan kita, sape lagi nak jaga kita? Ayuh.. #KitaJagaKita #KitaBelumMenang
till then
No comments:
Post a Comment
Thanks for your support