Jom Jeju With Keknil | Day #1

Assalammualaikum

Aku dan Korea memang tak dapat dipisahkan. Kalau boleh setiap tahun nak balik kampung. 😝 Kalau orang tanya apa yang best kat Korea.. of course aku akan cakap, aku suka makanannya, aku suka orangnya, aku suka tempat shoppingnya, aku suka nature dan tempatnya. Lain orang lain pendapat, ada yang setakat pegi sekali dah la.. Takmo pegi lagi dah. Tapi aku suka je.. End up, aku nak pegi setahun 12 kali ke, nak migrate ke.. sukati aku la kan.. aku tak pakai cuti kau, aku tak pakai duit kau.. 😂 sebab ramai nau yang suka bash aku bila aku kata nak pegi Korea ni. Aku pun tak faham apa masalahnya kalau aku pegi 😅

kau mampooo.. pakai selipar sejuk² ni 😂😂





So, this trip is our very first trip ke Jeju Island. Kenapa Jeju? Sebab Jeju ni lain macam sikit aura dia. Sesekali nak juga kita lari dari kebiasaannya. Kalau sebut Korea, orang akan ingat beauty product, shopping, makan.. Tapi kat Jeju ni, secara automatik akan kurang fikir pasal semua menda ni sebab it's more on nature. Of course semua menda yang aku senaraikan tu ada di Jeju. Tapi our target on this trip in hunting a Sakura. So, let's start !

Ahli jemaah kali ni memang tak ramai, hanya 4 orang je cukup 1 kereta. Kitorang meeting pun banyak on Whatsapp dan hanya berjumpa sekali je kalau tak silap. Dan akhirnya, bertemu jua hari yang dinanti-nantikan di KLIA2. 

Hello buddies !

Sebelum terbang, moh la kita pick up 'nyawa' yang menjadi penyelamat sepanjang percutian ini iaitu POCKET WIFI. Seperti biasa, aku pakai ROAMING MAN yang tak asing lagi, memang coverage dia sangat meluas. 


pickup pocket wifi

Dan bermulalah perjalanan kami merentasi Laut China Selatan sehinggalah tiba di Jeju Island. Most of us duduk asing² sebab kitorang beli tiker pun asing².. perjalanan pada awalnya a bit smooth.. tapi masa nak landing tu mulalah dia terhuyung hayang sikit sebab angin agak kuat. Aku baca 2 hari sebelum tu ada ribut kat sana, so maybe sisa-sisa angin tu ribut tu masih ada. Takpe la.. mujur dah bawa ubat-ubat supaya kurang rasa mabuk tu.. 😵

dah ngapeee

eh eh.. smiley tu yang lebih²

hai.. awakkk..

jangan lupa isi

Alhamdulillah.. selamat touch down dan urusan imigresen dan kastam berjalan dengan lancar. Lepas tu kitorang solat sesiap kat airport sebab takut tak sempat kang sebab pas amik kete ni nak pegi sightseeing hunting Sakura dulu. So kitorang solat bawah escalator kat tempat amik beg tu.  Lepas tu dah lega urusan wajib dah selesai, pelagi.. moh hirup angin Jeju.

tourist sangattt

yeay.. dah sampai Jeju

langit sangat cerah

Since kitorang sewa kereta thru Kereta Sewa Jeju, so urusan pembayaran semua sangat mudah. Semua kitorang dah setelkan since kat Malaysia lagi. So datang sini just pick up sahaja. Keluar je, terus kami cari shuttle bus yang disediakan untuk ke SeeURentalCar.



Urusan amik kereta ni tak lama. Kejap je. Sebab kitorang tadi pun keluar lambat kan. So yang datang pick up kereta pun tak ramai dah. Nak sewa kereta kat Jeju ni kena ada International License tau. Jangan datang pakai lesen Malaysia tu je memang mampu menangis bucu katil je la.. Bila dah deal thru Kereta Sewa Jeju, so tak yah susah² nak bayar kat sini dah. Semua urusan dah selesai kat Malaysia. Datang sini, isi borang, tunjuk international license dan amik kereta. Jangan lupa check keadaan kereta. Macam mana kita dapat kereta tu, macam tu juga kita kena pulang balik.Check apa patut. Lepas tu baru boleh jalan.







Destinasi pertama kami adalah Sakura Hunting ni Jeju National University. Tapi malangnya pada hari kami datang tu, Sakura dah gugur.. Uwaaaaaaaa... 😭 memang a bit frust tapi gigih gak pusing² dalam universiti tu cari bunga-bunga Sakura yang ada 😂 mujur la jumpa jugak.. Kalau tak menangis tepi airport.






Kitorang kat sini dalam 30 minit je. Sebab apa? Sebab sejuk gile kot. Aku dengan bajet tak sejuk sangat siap pakai baju besher² je.. skali kat sini dengan angin dia dengan aku yang sihat ni rasa nak terbang. Lepas tu tak sabar-sabar nak masuk kereta. Lepas dah puas (lah sangat) tengok Sakura.. Kitorang terus ke Hamdeok Beach. Masa sampai sini, angin dia kuat gile kot. Aku rasa macam eh.. tak boleh ni.. Aku macam kena cari baju lain 😂 Seriously, cuaca kat Jeju ni unpredictable. Beria aku tengok kat apps tulis weather dia dalam 18 darjah celcius je. Tapi hakikatnya, lebih sejuk dari tu. 😰 angin dia tu yang tak tahan. Memang tak boleh bawa bincang. Kat sini pun kitorang dalam sejam je tu pun siap singgah CU cari susu pisang.

4 of us

sejuk ke kat belakang tu

apa barang sejuk².. posing tetap posing 😂

bungkus ikat tepi pun takpe.. janji posing

abis bungkus dah 😂

jadilah kan

okey last 😂


Hamdeok Beach

So, lepas tu kitorang terus ke rumah penginapan. Kitorang stay di Red Windmill Pension untuk 1 malam. Kat sini ada banyak pilihan bilik. Kalau nak cuba stay kat karavan pun boleh. Tapi kitorang pilih untuk stay dalam rumah. Rumah yang kitorang stay ni memang la cantik ya amat. Siap ada loteng. Sesuai untuk 4-6 pax. So, hari pertama kitorang light² je ni pun dah siap sesat² cari pension ni 😅 kejap² u-turn.. masuk simpang baru jumpa tempat ni. Tapi serious tempat ni cantik gile. Since kitorang sampai malam jadi tak nampak sangat. Bila pagi tu, fuh.. fuhh.. fuhhh.. cantiknyaaaa.. korang sabajap... next entry aku tunjuk naaa...

loteng - atas ni ada tilam dan bantal. sangat selesa

view dari atas

katil

side bed dan ada microwave dan peti ais

tv pun ada

toilet dia.. ceria je

tilam kat loteng

Malam tu, kitorang dinner apa yang kitorang bawa dari Malaysia. Masak nasi, pastu bawa kicap bagai. Makan pulak dengan sardin. Pergh... nikmat apa yang kau dustakan dapat makan macam ni time sejuk² wei... 

dinner



till then

Post a Comment

4 Comments

  1. Seronoknya...bila la SA ni nak sihat boleh join Anil and the gang...

    ReplyDelete
  2. wahh bestnya pergi dengan kawan2 tapi sayangnya tak dapat tengok sakura. Mungkin next time kot sis :)

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya.. harap ada rezeki nanti nak join Anil pi Korea..

    ReplyDelete
  4. Cantiknyee...sakura dekat jeju suka suka suka

    ReplyDelete

Thanks for your support