Tuesday, February 4, 2020

Nikmatnya Kayu Tiga : Pasangan LAVA Crunchy dan MOOK

Assalammualaikum


Main kayu tiga tak nikmat ye kekawan. Sebab yang lebih nikmat adalah setia pada yang satu iaitu Yang Maha Pencipta, kerana dari dialah kita datang dan kepada dia kita kembali. 😊 Ye nggak.. ye nggak... 



Tapi nak cerita betapa nikmatnya sambal hitam LAVA Crunchy dan MOOK dari Kayu Tiga ni. Omaigaddddddddd.... nikmat dia tak boleh bawa bincang. Aku bukanlah 'hantu' sangat pedas ni, tapi aku suka pedas. Kalau kat opis ni, sesape yang sambal nasi lemak terlebih tu mesti semua hulur kat aku, sampai aku nye nasi tak nampak nasi dah. Nampak sambal setimbun situ. Nampak tak kau punye suka pedas tu..

Bila aku dapat sambal hitam LAVA Crunchy dan MOOK dari Kayu Tiga ni, memang tak senang duduk la nak try sangat sambal ni. Aku pulak jenis kalau dah dapat sambal, memang tak pandang menu lain dah. Cukup hanya sekadar sambal, ikan masin dan pucuk ubi rebus. Perghh... memang makan tu macam takde hari esok.

Bagi korang yang suka pedas besher² je, boleh try sambal MOOK. Of course ramuannya terdiri daripada bahan-bahan terpilih dan of course segar dari ladang. Sukatan kepedasannya pun korang boleh pilih sendiri, nak cuit sikit² atau kalau macam aku, of course satu sudu penuh. Barulah puas.



Dipek dengan berat 150gm dengan double seal plastic bagi mengekalkan keenakan sambal hitam ini, aku jamin memang sedap. Semuanya cukup rasa. Level pedas pada aku takat 60% je. Takat Iman nak makan tu alahai.. sekelip mata habis satu suap. Kalau aku yang makan, sekali hadap setengah pek boleh je habis. Tapi nasi kena 3 pot la 😝 (kau makan ke mentekedarah?)



Bagi hantu pedas macam adik aku. Memang hantu betul. LAVA Crunchy ni dia boleh kata tak pedas 😵 aku makan dah tahap kering ailio dah.. Dia boleh kata pedas besher² je 😖 

Ramuannya lebih kurang sama je macam sambal MOOK, cumanya cili dia of course la lebih banyak, dan tidak dilupa asam keping dan belacan supaya rasa pedas dia lebih sekata dan tidak ketinggalan ikan bilis rangup. Yumssss...

Untuk level aku, paling kuat pun aku boleh makan separuh sudu. Tu pun memang kering ailio.. Habis 1 botol air 1.5 liter tu weii.. Kalau adik aku, takat 2 sudu besar tu sekali hadap 1 pinggan nasi je wei... 😂




Sambal hitam LAVA Crunchy ni pun dipek dalam berat 150gm dengan double seal plastik. Memang sekali buka, kau menyengat kepedasannya. Fuhh... 

Sambal ni, selagi tidak dibuka, ia dapat bertahan selama setahun ye. Tapi bila dah buka, korang kena habiskan dalam tempoh sebulan. Tapi macam aku, tak sampai sebulan habis dah. 

Harga bagi setiap pek sambal ini adalah RM20.00 sahaja. Tapi sekarang ni Kayu Tiga tengah buat promosi tau. Dimana setiap pembelian sambal MOOK atau Sambal LAVA Crunchy ni, hanya RM15.00 sahaja. Jimat tauuu! 

Jadi kalau korang peminat sambal, boleh beli banyak dan simpan stok. Tahan lama dan rasanya tak berubah. Sambal ini selain dari dimakan di rumah, pejabat, berkelah, ia juga sesuai untuk travel. Saiznya yang agak mini ni senang nak selit tepi handbag. 

Okey dah terliur ke tu? 

So, korang boleh dapatkan sambal ni kat Shopee / Whatsapp / Linktree



Bila dah beli dan cuba nanti, jangan lupa share dengan aku pendapat korang tentang sambal ni 😋

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Facebook : Kayu Tiga
Instagram : @kayu.tiga
WhatsApp : 011 1010 6740




till then

4 comments:

  1. Suka kedua- dua sambal...sedap..cuma tak tahan pedasnya...elok transfer dlm tipuware and simpan dalam fridge

    ReplyDelete
  2. dah repeat, kawan-kawan yang dah try pon teruja beli sama ha ha ha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth Sis Anil Wanina. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  4. Memnag sedap sambal sambal ni kak. Kalau gabung dua dua sambal ni lagi kebaboom rasanya

    ReplyDelete

Thanks for your support