Roadtrip to New Zealand | Auckland

Assalammualaikum

Lebih kurang jam 8 malam kitorang sampai di Auckland. Syukur, flight pun smooth je takde masalah. Perkara yang mendebarkan bila Keknil sampai Auckland ni adalah, beg yang Keknil drop off tadi tu macam mana? Okey ke tidak? Sebab dah risau beg tu terberanak semasa dalam flight. Hahhaha.


Tapi bila sampai je beg conveyer. Nampak beg tu lalu. Fuhhh.. syukurrr... masih selamat belum due dia nak beranak lagi. Hahahhaa



Selesai urusan amik luggage, kitorang pun pegi cari public phone untuk call motel sebab dorang ada sedikan free airport transfer. Alhamdulillah... segala urusan sangat mudah. sampai motel, kitorang rest dan unpack mana² yang patut.

Esok pagi baru kitorang akan ke rental car untuk sewa kereta dan terus menuju ke Hobbiton Movie Set. Hobbiton Movie Set ni memang aku dah beli sebelum pegi sana lagi. So, mudah la sikit. Kat sana terus redeem sahaja.








Perjalanan dari Auckland ke Hobbiton mengambil kira-kira 2 jam. Kali ni memang kitorang tak berhenti sangat sebab seboleh-bolehnya kitorang tak nak lambat. Dan mana tau ada luck, kitorang dapat ubah masa lawatan ke masa yang lebih awal.













Dan alhamdulillah.. Kitorang dapat tukar ke masa yang lebih awal. Bagi peminat Lord of The Ring dan The Hobbit, memang berbaloi-baloi dapat masuk sini dan experience sendiri suasana perkampungan Hobbit. Aku sendiri rasa macam lahai.. so cute.. suasana set tu seolah-olah seperti perkampungan sebenar di mana.

































Pada aku, memang tenang, aman damai.. Dan kalau memang betul wujud perkampungan yang serupa ini, memang aku suka je nak jadi penghuni tetap kat situ. :D
































Since hari ni adalah memang khusus untuk ke Hobbiton sahaja, jadi kitorang memang bersantai-santai sahaja. Takde rush tempat lain. Bukan apa, bila itinerary terlalu padat hanya sekadar ingin pergi ke tempat² menarik yang lain, jadi hilang feel. Setakat touch n go je. Aku pulak bukan jenis macam tu. At least, dapatlah nak menikmati suasana dan feel the nature kan.

Sempat juga kitorang singgah kat kedai Halal kat Auckland. Memang boleh dapat stok makanan Halal kat sini tanpa was-was.








Esoknya pula, kitorang bersantai-santai ke town Auckland pulak. Sempat singgah di Mount Eden untuk melihat pemandangan bandar Auckland dari udara. Memang cantik.











Tidak dilupa untuk singgah di Pak N Save untuk last minute shopping. Kat sini la kami borong segala mak nenek coklat, even aku sempat la juga beli syampu 😂 (macam takde kat Malaysia je kan) ~ tapi memang yang aku beli ni takde kat Malaysia. Haruslah aku borong sedozen. Hahahah



Asalnya kitorang nak beli buah epal sebab buah epal dia manis gila dan murah kot. Tapi sebab ada jumpa sorang staff Malaysia yang keje kat Pak N Save tu, dia kata tak boleh. So dengan sedihnya kitorang pulangkan balik buah yang kitorang dah bungkus. 

Malam tu kitorang siapkan packing. Tapi macam biasa la.. Sejenis pack unpack, pack unpack kan. Selagi belum naik kapal, selagi tu pack unpack. 😁



Beg beranak pinak tak yah cakap la.. Siap bercucu cicit. 😂 So, that's the end of our trip. Alhamdulillah. berjaya juga aku abiskan entry New Zealand ni 😅




till then, tatababai

Post a Comment

1 Comments

Thanks for your support