Wednesday, December 18, 2019

Roadtrip to New Zealand | Kisah mencuit hati di Lake Hawea

Assalammualaikum

Entry sebelum : Roadtrip to New Zealand | Lake Tekapo - Lake Hawea

Lepas check in, kitorang pun start kereta untuk alihkan kereta ke depan bilik kami. Tapi too bad. Kereta kitorang tak boleh start. Ada guest lain yang baru sampai pun siap tolong kitorang tapi still tak boleh start juga. Cuba bayangkan kalau kereta kitorang tu tak boleh start kat area Lindis Pass. Mau menangis tak berlagu oiii...


Dan receptionist yang baik hati pun tolong callkan mekanik yang cover area situ (yang ni dah cover dalam insurans kereta ~ sebab tu kalau sewa kereta kat sini, masukkan la sekali insurans tu. kita tak tau apa yang akan jadi kan) Tak sampai sejam, mekanik pun sampai dan rupanya startup plug longgar je pun. Hahahhaa.. Aduiyaii.. punye la kitorang cuak sampai fikir nak tukar kereta ke apa ni. Rupanya longgar je pun. Tapi dia tak marah pun. Hahahah..

mekanik tengah tengokkan apa masalah kereta

si Nad pun tolong sibuk jugak 

siap nak buat jumper

Lepas dah alihkan kereta ke depan rumah. Kitorang pun unloading barang masuk dalam bilik. Time ni dah petang dalam kul 3 macam tu. Patutnya nak pegi Wanaka kan.. kan.. tapi sebab masing-masing dah terkesima dengan pemandangan di Lake Hawea ni, kitorang decide nak lepak je depan Lake Hawea dan tunggu sunset. Sementara tu, kitorang masak nasi dan makan lebihan makanan yang kitorang makan pagi tadi di Fairlie. Kalau dah lapar, makan sejuk-sejuk pun sedap. Kikikii

Kat sini pun ada cerita kelakar. Adoii.. banyak hal betul kitorang ni. Pintu kat bilik kitorang ni longgar sikit. Bila masukkan kunci, even dah pulas tapi pintu takmo buka. Petang tu kitorang sightseeing kat area Lake Hawea tu. Well.. sangat mendamaikan. Sunset dia pun sangat awesome. Kawasan ni besar jadi boleh explore puas-puas. Dan banyak aktiviti korang boleh buat kat sini.







Nak dijadikan cerita, lepas kitorang selesai bersightseeing dan berphotoshoot kat sini sampai sunset, kitorang pun masuk dalam bilik. Tapi lepas cuba dan terus mencuba, pintu bilik tak boleh buka. Omaiiigadddd... apakah dugaan ini. Lepas kereta tak boleh start, pintu rumah tak boleh buka pula. Kebetulan tingkap bilik kitorang ni memang tak kunci. So lepas lebih kurang 10 minit kitorang berusaha nak buka pintu bilik tapi tak berjaya, kitorang pun masuk rumah lalu tingkap. Terkekek-kekek kitorang gelak masuk rumah lalu tingkap dah rupa pencuri. Kat Malaysia memang tak buat la keje ni.. Hahahaha Dorang yang kecik-kecik tu takpe la senang je masuk lalu tingkap. Aku ni yang besar peti ais ni acaner. Nasib tak runtuh je tingkap tu bila aku masuk. Hahahhaah


sampai sekarang aku terkekek² gelak tengok video ni 

Lepas tu panggil reception dan dia ajar la macam mana nak buka pintu tu. Aduhaii.. kelakar gile bila ingat balik. Macam-macam hal jadi kat sini. Langit pun dah gelap, waktu malam agak sejuk sebab tepi tasik kan. Kawan buat perangai kata malas nak mandi.. Hahaha.. tapi gigihkan juga la menapak pegi bilik air kat luar untuk mandi. Bilik air dia ni sebelah reception dan satu building dengan dapur. Jadi lepas mandi, kitorang pun terus prepare untuk masak. Preparation untuk masak kitorang buat di dapur manakala kitorang masak kat dalam bilik guna periuk yang kami bawa.

Kisahnya, masa kitorang tengah prepare bahan untuk masak. Menu malam tu adalah asam pedas ikan salmon. Huhuhu.. Nampak macam mewah kan. Hahahha.. Sebab ikan salmon kat Malaysia mahal. Kikikiii... Tapi kat sini, ikan salmon dia boleh dapat serendah $10 je tu pun dah portion besar tau. Masa tengah siang ikan salmon tu, pisau dah la tumpul. Hahahaha.. hancur ikan salmon tu si Nad kerjakan. Wakakakaka.. sakit perut aku gelak. Lepas tu masa kitorang tengah siang salmon tu, kitorang ada jumpa satu bakul warna hitam. Macam bakul sampah. Konon-konon nak buang sisa ikan tu dalam bakul sampah tu la. Sekali tengok dalam bakul tu ada plastik yang berisi bawang dan kentang comel-comel. Kitorang pun membawang dalam tu, "eh ehh.. sape la buang kentang ngan bawang ni.. rugi rugii... jom la kita amik".. gitulah kekdahnya.. kitorang pun amik la bawang dan kentang tu kekonon boleh la tambah dalam asam pedas salmon kitorang yang mewah tu..

si pencuri kentang 😂

kisah bawang dan kentang

Tengah-tengah kupas kentang dan bawang.. tetiba ada sorang mat salleh ni tegur kitorang. "Is it your trash?" sambil angkat plastik yang berisi sampah salmon yang kitorang buang dalam bakul tu. Kitorang pun terkedu kejap dan angguk sambil mat salleh tu amik plastik sampah kitorang tu dan bagi kat kitorang. Pastu dia amik bakul tu dan plastik dan berisi kentang dan bawang yang kitorang jumpa tu. Korang tau takk.. rupanya kentang dan bawang tu mat salleh tu punyeeeee... Omaigaddddd....  lepas tu dia godek-godek plastik kentang dan bawang tu sambil tengok kitorang tengah kupas bawang dan kentang. Kitorang memang dah tak berani nak pandai muka dia dah. Dah rasa macam nak lari je dari situ. Tapi buat-buat cool je. Dia pun mungkin blur terus dia masak kat dapur sebelah.

Kitorang punye la malu sampai rasa nak lari je dari situ. Tapi si Nad ni nampak cool je tauu.. tapi dalam hati dah lari balik bilik dah. Hahahaha.. lepas abis kupas kentang dan bawang, memang tak tunggu lama dah.. kemas sinki dan kami terus lari tinggalkan dapur. Hahahahahhahahah... Terkekek-kekek kami gelak sampai bilik la. Aduiii... malu gile kotttt...

Sambung gelak dalam bilik sambil makan. Hahahaha.. lepas tu malu dah nak lalu dapur lagi. Lepas makan esoknya baru basuh bekas makanan. Hahahhahaaa...



Esoknya, kitorang akan ke Dunedin. Nak tau apa cerita pulak kami kat Dunedin. Haaa... tunggu next entry nanti. Hahahah.. sambung gelak..

till then, tatababai

5 comments:

  1. waalaikumussalam. subhanallah, cantiknya view ^_^

    ReplyDelete
  2. alahai...boleh plak tersalah amik barang erk..nasib la mat saleh tu x bising..kalau bising satu hal nak kena ganti plak..

    ReplyDelete
  3. haha terhibur baca.. seronok tentu tak boleh lupa peristiwa macam ni kan

    ReplyDelete
  4. Seronoknya holiday ke New Zealand masuk dalam list dulu he he he

    ReplyDelete
  5. Seronoknya pi holiday jauh ke negara orang macam nie kan..

    ReplyDelete

Thanks for your support