Seperti tahun-tahun lalu, Bangi Golf Resort (BGR) sentiasa menyediakan buffet Ramadhan dengan kepelbagaian sajian enak, berkualiti malah pada tahun ini ia menawarkan lebih dari 200 hidangan mewah dari dapur Melayu, barat dan Timur.
Dengan tema 'Iftar Sesame' yang membawa maksud berbuka puasa bersama-sama pada kali ini, BGR mengajak orang ramai mengambil kesempatan pada bulan yang mulia ini untuk berbuka puasa bersama-sama dengan insan yang mereka sayangi.
Konsep 'Kebun Dalam Bandar' semestinya menjadi kebanggaan Restoran BGR dengan mengenengahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan tradisional.
Antara menu penambat selera yang disediakan pada tahun ini adalah Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api, Sup Kambing Mamak, Satay Ayam dan Daging, Kueh Teow Goreng, Mee Mamak yang dimasak terus dari dapur untuk santapan pengunjung.
Pada bahagian masakan India pula, tersedia Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak untuk digandingkan bersama nasi kukus. Tidak dilupakan dari dapur Barat pula, keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang menjadi signature dish hidangan di sini. Selain itu sajian pasta kegemaran keluarga seperti Spaghetti dan Penne dengan sos bolognese ayam atau digandingkan bersama sos Carbonara.
Tidak dilupakan hidangan pencuci mulut yang enak-enak belaka. Deretan pencuci mulut disediakan dipentas buffet antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali serta seleksi kuih muih Melayi termasuk Kasui Pandan, Talam Cendol, Aoam Mekar, Koci, Seri Muka pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging dan sebagainya.
Seperti tahun sebelumnya, BGR turut berkongsi pahala dengan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) malah BGR juga bekerjasama dengaan Food Aid Foundation dengan menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Dengan tawaran harga yang sangat berbaloi-baloi, bermula serendah dari RM59 nett untuk dewasa dan RM29 nett untuk kanak-kanak, pihak restoran turut menjangkakan kunjungan yang luar biasa pada bulan Ramadhan ini.
Pelbagai kemudahan seperti tandas dan surat turut diubahsuai untuk keselesaan pengunjung. Selain itu, turut disediakan lebih dari 800 lot parkir percuma untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan sepanjang Ramadhan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Laman Web : www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan
Facebook : www.facebook.com/bangigolfresort
Instagram : @bangigolfresortofficial
till then, tatababai
sedap2 menu dia...jom pergi lagi
ReplyDeletelama tak jumpa akak,masa bgr pun tak terserempak huhuuu bgr dah bukan review dah ,dah jadi gathering dah hehehehe
ReplyDeleteBuffet Ramadhan BGR memang sedap... Nak-nak durian tu memang superb
ReplyDeletelaparnya tgk menu2 tu
ReplyDelete