Baru-baru ni ada satu cerita ni dok lalu lalang kat wall Facebook Keknil. Asalnya tak menarik minat pun, tapi bila diamati setiap bait dialognya, it touch my heart. Buat Keknil rasa terkesima seketika dan membuatkan Keknil jadi banyak fikir tentang macam-macam perkara. Tajuk cerita ni Someone Great. Korang boleh tengok kat Netflix.
Analoginya, dalam setiap perhubungan tu kadangkala ada satu perasaan tu yang membuatkan kau rasa tak cukup hanya dengan satu perhubungan. Kau nak lagi dan lagi dan lagi. Dan kau rasa gembira sampai saat kau rasa dapat hatta satu panggilan, atau mesej dari dia walaupun hanya satu patah perkataan 'Hai' sahaja dah membuatkan kau rasa macam nak lompat bintang. Tu belum lagi bila kau dapat keluar dengan dia, Pegi makan je pun.. tak payah keluar duit beli 2 set KFC.. dapat tengok dia makan KFC pun dah buat kau kenyang dan bahagia.
Walaupun kau tahu hubungan tu mungkin hanya hubungan sehala sahaja. Pendek kata, hanya kau sorang-sorang je yang suka kat dia. Tapi dia sebaliknya. Ada tak yang mengalami perkara ni?
Dan semasa perhubungan tu, kau dah buat macam-macam perkara untuk attract dia sampai kau rasa dia pun 'mungkin' dah balas cinta kau tu. Tapi rupanya ia adalah sebaliknya. Dan itu yang membuatkan kau rasa so frustrated sampai rasa macam apa yang kau buat selama ni sia-sia.
Yang paling kelakar, kau boleh pulak support dia untuk perkara-perkara yang kau tahu di pengakhirannya akan membuatkan hati kau terluka. Tapi sebab kau rasa dengan cara itu dia boleh bahagia atau mungkin itu yang boleh membahagiakan dia. Tanpa kau amik kisah pun perasaan kau terluka. Penah tak rasa macam tu?
So inilah apa yang Keknil tafsirkan dari dialog cerita ni. Mungkin ianya terjadi kat diri sendiri, kat adik beradik, kat kawan-kawan..
Walaupun kau cuba macam mana pun.. Mungkin lepas 1 tahun hatta 9 tahun sekalipun, tapi kalau dah cuma kau sorang-sorang je yang cuba nak menjayakan hubungan tu, tetap takkan berjaya. In relationship, it take two to tango. So if it's only you who always want to make it happen, just forget it. It's time for you to let him/her go.
Kita sering berharap kepada 'one more' untuk setiap perkara, setiap peluang dan setiap perbuatan tapi kadangkala kita tak sedar no more 'one more' kerana ianya tak memberikan apa-apa hasil pun.
till then, tatababai
Tegah viral movie ni, rasa nak tengok jugak tapi takut menangis teruk pulak lepas tengok tu haha
ReplyDeleteSy x tgk lg pun dh sedih. 😂 Baru baca dialog je ni dah tersedu² nangis 😅
Deletewah menariknya cerita ni bila baca terasa di tangkai hati ni
ReplyDelete