Citarasa Desa Buffet Ramadhan Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Assalammualaikum

Kurang dari 2 minggu lagi Ramadhan bakal tiba dan pada kali ini, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie turut memperkenalkan buffet ramadhan bertemakan Citarasa Desa dengan 200 sajian dan beberapa gerai berkonsepkan makanan tradisional, bazar ramadhan dan suasana kampung dengan kemeriahan punjut pelita di merata kawasan hotel.


Seperti sedia maklum, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie antara hotel yang termahsyur di Subang Jaya telah beroperasi lebih dari 25 tahun. Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, pihak hotel telah membawa seramai 35 orang anak yatim untuk diraikan bersama Datuk Aznil Haji Nawawi. Selain itu, turut memeriahkan majlis adalah Shiha Zikir, Qody, Pasha, Nizam Laksamana, Ezlyn, Kay Khydir, Zaim, Lana Nordin serta beberapa artis dan personaliti terkenal.


Kali ini pihak hotel membawa chef profesional iaitu Othman Abu Baker yang telah berkecimpung dalam bidang masakan hampir 30 tahun untuk mengetuai pasukan chef dalam siri Ramadhan kali ini.

 

Pelbagai hidangan istimewa yang disediakan oleh chef profesional seperti Kambing Golek, Satay Klasik Othman, Nasi Briyani Ketuk Ramadhan, Selera Gulai Kawah, Ikan Bakar Aroma, Ayam Percik Merecik, Sup Gearbox, Durian Kampung, Bubur Lambuk, Dodok Durian Kampung serta pelbagai kerabu dan aneka pencuci mulut yang pastinya memikat selera.


Tak perlu risau tentang fasiliti di sini kerana pihak hotel menyediakan parkir secara percuma, WIFI, tempat permainan untuk kanak-kanak, surau, live band, badut, pertunjukan masakan dan pelbagai lagi.


Untuk maklumat lanjut, sila layari

Emel : dining@holidayinnkl.com.my
Telefon : 03 7802 5200 Ext 2135 / 2136 
Handphone : 012 399 9092





till then, tatababai

Post a Comment

2 Comments

  1. Banyak pilihan dan banyak kemudahan disediakan ya Anil..

    ReplyDelete
  2. wah menarik juga buffet Ramadhan dekat sini.. terliur tengok menu-menu kampung

    ReplyDelete

Thanks for your support