Kali terakhir Keknil menginap di Johor Bahru adalah ketika konvokesyen Keknil 5 tahun lepas. Lama sungguh kan. Kalau ikutkan di Johor Bahru, terdapat aneka penginapan dari pelbagai kategori dari satu hingga lima bintang. Sesekali bila Keknil berjalan bersama keluarga, mestilah Keknil mahukan percutian terbaik bersama keluarga kan.
Jadi bila Keknil diperkenalkan dengan Hotel Amari Johor Bahru ni, Keknil terus jatuh cinta dengan hotel ni. Hotel Amari, sebuah hotel yang berkonsepkan moden dan mewah tetapi dengan bajet yang sesuai untuk penginapan keluarga. Jadi Keknil tak perlu risau tentang bajet tambahan sebab Keknil boleh sumbat Iman dalam satu bilik dengan harga yang berpatutan. Maklumlah, anak semakin membesar dan dah perlukan katil sendiri.
tengok apa tu?
Lokasi Strategik di Tengah Bandar Johor Bahru
Istimewanya Hotel Amari ni, ia terletak betul-betul di tengah bandar Johor Bahru dan berhampiran dengan City Square Shopping Mall, Persada Johor International Convention Centre dan Komtar JBCC yang menempatkan Angry Bird Park dalam lingkungan 600 meter bertentangan dengan Hotel Amari. Yang lebih menarik lagi, kedudukannya yang strategik dengan mercu tanda terkenal di Johor Bahru iaitu Pasar Karat Night Market menjadikan hotel ini berada dalam kedudukan yang terbaik sebagai tempat penginapan.
reception counter
concierge
ruang lobi hotel
pemandangan dari hotel
Mendapat sentuhan dari Warren Foster-Brown of Singapore, dekorasinya yang sarat dengan inspirasi Malaysia - Thai komtemporari menjadikan mata Keknil tertacap dengan penuh kagum bagi setiap sentuhannya dari dinding hinggalah ke siling.
dekorasi inspirasi Malaysia - Thailand
cantik kan
Bilik Riadah dan ballroom yang santai
Dalam banyak-banyak hotel yang Keknil duduk, inilah hotel pertama yang Keknil jumpa ada bilik riadah yang mempunyai perpustakaan mini. Ada juga disediakan komputer sekiranya pengunjung nak melayari Internet atau mungkin terlupa nak mencetak boarding pass. Juga boleh didapati di sini secara percuma. Menariknya, sekiranya flight korang lambat lagi atau tengah malam mungkin, korang boleh lepak kat sini dulu. Best kan..
Selain itu, ruang ballroom juga disediakan untuk pelbagai acara termasuklah mesyuarat, seminar mahupun majlis makan malam. Semuanya ada. Dengan ruang yang luas dan fasiliti yang lengkap, tidak perlu ragu-ragu lagi untuk memilih Hotel Amari sebagai pilihan.
meja pool
mini library
kemudahan PC dan printer
common area ballroom
ruangan dalaman ballroom
Pilihan Bilik Bergaya Mewah
Dengan jumlah keseluruhan 242 bilik tetamu dan suites, setiap bilik mempunyai signature yang tersendiri sesuai untuk pengunjung dalam kategori santai, keluarga, mahupun perniagaan. Keknil teruja dengan Bilik Deluxe Pool Access Room sebab buka balkoni je, boleh terus terjun dalam swimming pool. Ini macam Iman pun suka.
pool access
jom terjun
Selain itu terdapat juga bilik Superior King and Twin, Deluxe King and Twin, Grand Deluxe King and Twin, Executive Club King and Twin, Junior Suite dan One Bedroom Suite. Setiap bilik di sini akan diserikan dengan pemandangan bandar Johor Bahru yang penuh dengan warna warni.
ada bath tub untuk sesetengah bilik
ruangan rehat dalam bilik bagi suite
empuknya katil dia
antara fasiliti dalam bilik
toiletries
pemandangan luar di waktu malam
Urutan Istimewa di Breeze Spa
Kalau duduk sini wajib cuba urutan spa di sini. Bukan setakat urutan dan skrub sahaja, terdapat juga rawatan wajah dan badan serta perkhidmatan salon. Jadi jangan ingat duduk hotel ni setakat pakai bathrobe dan baring atas katil sambil tengok TV sahaja, tetapi juga boleh memanjakan diri dengan pelbagai pakej rawatan di Breeze Spa. Ia dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 10 malam dan boleh pilih untuk single room atau couple room bagi yang nak buat rawatan bersama dengan pasangan. Hihii
spa.. spa.. spa
antara bahan yang digunakan untuk spa
convenience
ruang menunggu yang santai
cantik
nak satu..
jakuziiii
tenang
couple room
single room
Aneka Hidangan di Amaya Cafe
Sebut tentang makanan, jangan risau sebab kat sini makanan dia memang variety malah dengan konsep open kitchen, pengunjung boleh melihat sendiri chef beraksi. Bila dapat makan makanan yang segar dan panas-panas, barulah selera makan pun bertambah. Ye tak? Ada peminat TWG Tea tak kat sini? Haa.. disini merupakan satu-satunya hotel yang menghidangkan TWG Tea terbaik dari ladang. Mesti cuba tau...
susun atur di Amaya Cafe
kemas dan teratur
open kitchen
nak buat kopi fresh dari machine
luas
stay grounded
unik
boleh cuba TWG Tea
rempah ratus
telur?
bahan yang segar
fresh dari open kitchen
smoothiess..
boleh tengok cef masak depan mata
sarapan
Bagi yang inginkan privasi, boleh cuba untuk menikmati hidangan di Executive Lounge di Tingkat 20 sambil menikmati pemandangan Johor Bahru.
executive lounge
ada PC kalau nak surfing
snacks
ada TWG Tea juga kat sini
Apa lagi yang korang mahukan? Keknil sendiri dah menginap di sini. Dan jika diberi peluang untuk ke Johor Bahru lagi, pasti hotel ini akan menjadi pilihan Keknil. Tetapi.. jaga-jaga. bagi perokok tegar, ini adalah amaran untuk korang ye kerana tidak dibenarkan merokok di dalam hotel ini. Hahaha. Jadi kalau nak merokok, kena lah keluar dari hotel ni. Jadi, hotel ni sangat sesuai untuk keluarga dan anak kecil.
Jom ke Amari Hotel
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Hotel Amari, sila hubungi :
Laman Web : www.amari.com
Facebook : https://www.facebook.com/AmariJohorBahru/
Alamat : 82C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim Road,
Johor Bahru
till then, tatababai
11 Comments
Menarik hotel ni kak. Banyak fasiliti yang best Boleh cuba for next stay in JB.
ReplyDeleteWah ada spa..nyummmsss
ReplyDeletebestnya kalau dapat duduk sini. mmg nampak mewah
ReplyDeleteWah hotel ni memang nampak mewah lah, dari susunan perabot dan gayanya. Memang dikunjungi ramai kot hotel ni
ReplyDeletemoden & mewah..ada jakuzi..syok
ReplyDeleteCantiknya. memang mewah dan selesa penginapannya
ReplyDeleteMata SS pon tertacap tengok kicap... he he he...
ReplyDeleteHotel nampak selesa dan mewah... bolehlah nnt holiday dekat situ
ReplyDeletesalam kenal dan singgah sini pepagi2 hihi
ReplyDeletecantik hotelnya...nampak mewah gitu ^^
Bestnya bilik dia...lepas tu ruang dia nampak besar..yg paling best ada SPA i like la kak..
ReplyDeleteWaah nampak selesa dan mewah sangat
ReplyDeleteThanks for your support