Sejak Keknil balik dari Jepun hari tu, memang tak sempat sangat nak belek semula gambar yang Keknil ambil sepanjang tempoh kursus kat sana. Beberapa hari lepas, kawan sepejabat Keknil tanya, tak teringin ke nak simpan semua memori Keknil kat Jepun tu dalam sebuah photobook? Keknil pun macam.. eh.. haah la.. terus teringat kat satu aplikasi ni yang biasa Keknil guna dulu.
Pixajoy
Korang pernah dengar tak? Pixajoy merupakan pusat sehenti di mana korang boleh cipta dan simpan memori korang dalam pelbagai bentuk salinan fizikal seperti photobook, kalendar, rantai kunci, seni dinding, kad, penanda buku malah pelekat pun boleh. Hahh.. menarik kan...
Hahh.. itu dulu masa Keknil guna last tahun 2013 tau.. Nampak la lama sangat tak buat photobook ni. Tahun ni Pixajoy dah naiktaraf dengan penggunaan aplikasi Pixajoy dalam telefon pintar. Hahh.. cara ni sangat memudahkan kerja Keknil sebenarnya. Keknil cuma perlu pasang aplikasi Pixajoy ni dalam handphone Keknil je melalui Play Store. Tak perlu dah salin semua gambar-gambar percutian Keknil ke dalam PC untuk buat photobook. Semuanya boleh dilakukan secara terus dari telefon je tau..
Jom Keknil tutorial sikit macam mana Keknil buat photobook menggunakan Pixajoy mobile ni.. ^_^
Pilih Templete
Start Project
Pilih Gambar
Susun gambar ikut kesesuaian
Boleh resize, edit atau tukar gambar lain jika mahu
MOLPay
Kaedah pembayaran juga sangat mudah dengan menggunakan MOLPay jadi ianya sangat mudah. Apa pula MOLPay tu? MOLPay adalah bayaran pelbagai saluran di Asia Tenggara dan merupakan satu-satunya kaedah pembayaran yang menerima bayaran tunai bagi pembelian dalam talian dan kedai fizikal seperti kedai buku. Pembayaran secara MOLPay ini boleh dibuat dengan 3 saluran iaitu Card Credit Processing, Payment by Cash dan FPX. Terdapat lebih 26 buah bank yang turut berintegrasi dengan MOLPay dan jangan risau, kaedah pembayaran menggunakan MOLPay ini sangat selamat kerana ia dilindungi dengan security yang ketat dan sukar ditembus. Hehehe
Bagi penggunaan telefon pintar pula, MOLPAY memperkenalkan MOLPay Mobile XDK yang digunakan khas untuk telefon pintar seperti Android dan dengan kolaborasi MOLPay Mobile XDK ini, tempahan photobook korang dapat disiapkan dalam sekelip mata sahaja. Mudah kan?
Dah siap design photobook dengan Pixajoy? Apalagi.. jom teruskan dengan pembayaran dan tunggu photobook korang sampai ke tangan korang dalam masa terdekat ni.. Hehehe
Pilih Cover dan masukkan maklumat penerima
Pilih shipping method dan jumlah bayaran akan dipaparkan
Kos pembayaran akan tertera dan teruskan sehingga Berjaya
Dan.. ini ada berita baik untuk pembaca blog ini ye... kini korang juga boleh mendapatkan photobook yang korang reka sendiri dengan harga RM4.90 sahaja dari RM69 !!
Apa? Tak percaya?
Ikut cara dibawah dan korang akan layak dapat harga terlampau murah ni..
1. Muat turun dan pasang aplikasi Pixajoy Photo Book melalui Play Store di telefon Android anda.
2. Daftar / Log masuk dalam aplikasi Pixajoy Photo Book tersebut
3. Di akhir sebelum anda membuat bayaran, masukkan Kod Diskaun seperti dibawah.
Kod Diskaun : OSMPHOTOBOOK
* Diskaun ini tidak termasuk kos penghantaran.
* Kod diskaun sah sehingga 30 September 2017.
* Hanya terpakai untuk Mini Softcover 6" x 6" Photo Book, 36 muka surat
* Kos penghantaran : RM8 ke Semenanjung Malaysia, RM10 Sabah / Sarawak dan RM24 ke Singapura (tertakluk kepada 6% GST).
* Hanya satu (1) pembelian photo book bagi setiap akaun.
Mudah sangat kan? So.. Jom abadikan kenangan korang dengan Pixajoy dan jadikan MOLPay medium pembayaran yang memudahkan anda. Tak sabar nak tunggu photobook Keknil sampai nanti.. Hihihi
till then, tatababai
0 Comments
Thanks for your support