Autumn Di Hatiku : Express Bus Terminal Underground Shopping Mall

Assalammualaikum..

Macam mana? Teruja ke idak tengok harga tiket yang super duper murah.. memang trip bunuh diri kan sebab dengan tak cukup duitnya.. gigih juga ko nak pegi.. trip asal dapat jejak ke Korea katanye... kohkohkoh..

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu sebelum trip ni.. ada satu kejadian yang menimpa geng travel aku.. memang agak sedih juga la dan disebabkan kejadian ni.. aku hampir jadi solo traveller ke bumi Korea ni.. tapi kitorang tetap teruskan perbincangan itinerary dan bajet..



2 hari sebelum trip.. pun masih belum dapat dipastikan.. samada kitorang akan travel ber-4 atau aku sorang-sorang.. Selasa petang.. barulah ada confirmation.. yes.. kami akan kekal travel ber-4.. syukur.. so, tepat jam 10.00 malam.. aku dah bertapa kat airport.. trip redha katanya.. untuk pergi ni.. kitorang amik 20kg luggage share 4 orang.. untuk isi barang-barang makanan.. hamik kan.. 20kg makanan sahaja !

Tak lama lepas tu, Hasni adik beradik pun sampai dah kitorang pun boarding.. Untungnya amik flight malam ni, sebab tak yah susah-susah fikir nak makan ke nak minum ke.. sebab memang trip malam untuk tidur saja.. Pagi sampai je dah terang.. jimat 1 hari travel day kan.. so, lepas ni boleh la godek-godek untuk flight malam.. jimat masa..



Aku pun sempat la bawa bekal makanan untuk breakfast katanyer.. dapat la karipap sorang 3 ketul makan dalam flight.. karipap sejuk tu pun jadi sedap sebab dah nampak bumi Korea kan.. ^_^



Sampai je airport.. terus ke imigresen dan urusan cop-cop passport diselesaikan dengan segera.. sebab trip kitorang terus bermula lepas touch down kat airport.. Hahh.. kan jimat masa tu.. ^_^



Kelaur je dari balai ketibaan.. terus cari 7-Eleven.. cari apa? Susu pisang la wei.. wajib cari ni kalau dah sampai Korea.. minum la hari-hari supaya kulit lebih cantik dan berseri macam gegadis Korea.. Hahhaha.. sambil tu, kitorang topup T-Money 30,000 won untuk kos subway sepanjang kitorang kat sini..


minum susu pisang terus floles kulit muka..

gedabak susu pisang tu.. bawa balik Mesia satu kali

Dari airport kitorang naik subway ke Dongdaemon History & Culture Park | Exit 5.. Tapi masa sampai tu, kitorang tersalah jalan.. dah betul turun kat Exit 5.. tapi patutnya terus je dari Exit 5 tu.. kitorang belok kanan.. pastu, pusing-pusing la area situ.. try tanya jejaka Korea yang pakai baju pejabat.. tapi hampeh.. semua pun tak reti cakap Bahasa Inggeris.. Makanya, kitorang redha jalan-jalan pusing seret beg.. sampai la kembali semula kat Exit 5 tu.. rupanya depan tu je.. sabo je la.. bazir masa 1 jam pusing-pusing situ..





Since ada misscommunication dengan owner guesthouse.. kitorang terpaksa tambah duit untuk bayar bilik.. so, kat sini sorang kena tambah 13,000 won untuk semalam. Takpe la.. memasing dah penat.. kita bayo je la.. dah kurang duit aku kat situ.. hahahaha..

Lepas letak beg.. rehat dalam sejam.. kitorang terus keluar menuju ke Express Bus Terminal Underground Shopping Mall.. nak cuci mata katanya, sebab lepas tu memang nak pegi Banpo Bridge tengok Rainbow Fountain.. kira dah alang-alang.. ke menuju ke satu arah je kan..

Kitorang naik dari Dongdaemon History & Culture Park ke Express Bus Terminal Station (Line 3, 7, 9) Exit 8.

Dari Exit 8 ni, tak payah keluar.. sebab Underground Shopping Mall tu kat bawah tu je.. dari Exit 8 tu.. jalan terus je ikut signboard Gangnam Terminal Underground Shopping Centre.. lepas tu nanti akan nampak pintu kaca tulis No 7. Masuk dalam pintu kaca tu.. orang kata kat situ Underground Shopping Mall yang terbesar.. memang besar la.. kitorang jalan tak habis pusing shopping mall tu.. 


Macam biasa la.. kalau dah namanya shopping mall.. macam-macam ada.. antaranya kosmetik, baju bajan, handbag, kasut, barangan rumah dan macam-macam lagi.. Kat sini tak boleh tawar menawar.. Tapi harga barang dia memang dah murah sangat.. Boleh dapat baju, kasut, handbag serendah 5,000 won.. memang rambang mata tengok.. Haishh.. baru hari pertama ni..





gambar cover album





Pusing-pusing jumpa satu kedai ni.. jual baju cantik gilakk.. tengok harga 5,000 won je.. hikss.. pelagi.. tapau satu.. dapat la satu souvenir dari Korea... kihkihkih

amik gambar ngan tauke kedai baju 5,000 won






Pendek kata, memang barang-barang kat sini murah la.. kalau nak cari souvenir pun boleh cari kat sini.. cumanya, kat sini tak leh tawar la.. kalau tak sebab currency time ni dah darab 3.8.. memang dah lama aku tapau semua.. cantik-cantik kot.. Fuhh.. telan ailio..

Total damage utk 1st day (Part 1)
T-Money : 30,000 won
Susu Pisang : 1,300 won
Air Mineral : 850 won
Guesthouse : 13,000 won
Baju : 5,000 won

Jumlah : 50,150 won



till then, tatababai

What's New

Post a Comment

11 Comments

  1. bestnyaaaa bila la nak sampai huhuuu

    ReplyDelete
  2. Wah best nya boleh pi shoping murah-murah.....hihi...tapi makan kat sana senang dapat yang halal tak admin..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah.. senang dapat halal food especially kat Itaewon.. tapi kalau macam kitorang.. bila byk jalan.. lupa tang makan.. ^_^

      Delete
  3. 1000won sane bersamaan dengan brp ringgit kita kak nil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mera,
      1000 won masa akak pegi tu sama dengan RM3.80.. hehehee

      Delete
  4. pergi sendiri ke korea ni.... bila la dpt pergi ala2 backpackers...hehhehehe

    ReplyDelete
  5. kalau lah katakan 3 org tu x dpt join..Anil tetap pegi solo ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Insya Allah.. pegi juga.. sebab niat asal memang nak pegi solo.. hhiihihih

      Delete
  6. perghh...sampai je terus sopink tp x best skrg Won makin tinggi ..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mm tu la.. nak ripit lagi sekali ni pun pk byk kali.. hahahaha.. nak g Jepun la plak..

      Delete
  7. bestnye pegi korea.. i is jelessssss.. :(

    ReplyDelete

Thanks for your support