Autumn Di Hatiku : Tiket AAGO ke Seoul RM798 !

Assalammualaikum..

Lama gile baru nak up cerita Korea ni kan.. ^__^ Untuk repeat trip ke Korea kali ni, memang tak lama aku rancang. Kalau trip yang sebelum ni, tiket dah beli setahun sebelum.. Gigih kan ! Tapi untuk trip ke-2 ni.. sebulan sebelum trip.. aku baru beli tiket.. ni gara-gara AirAsiaGo buat sale gila-gila untuk route ke Seoul yang mana tiket yang aku dapat adalah di bawah RM800 untuk tiket flight pegi balik dan accomodation di Seoul untuk 6 hari 5 malam. Mau tak meroyan !


Dah la sebelum tu dok godek-godek je autumn ni kan.. nak tengok dedaun kaler-kaler katanyee.. Huhuhu... jadi haruslah meroyan dia tu lebih...

Memula rancang nak buat solo trip sahaja ke Korea.. since aku dah ada pengalaman di sana sebelum ni.. Kira confident la 2nd trip ni nak jalan sendiri.. tapi encik suami bagi cadangan.. cuba tanya sesiapa kawan-kawan yang nak ikut.. So, aku pun gedik-gedik la tanya geng travel lain yang agak-agak bole solo trip juga la.. dapat la jadi partner kan.. so, kebetulan.. geng travel, Hasni pun nak join.. Cuma kali ni, bukan berdua.. tapi 4 orang termasuk 2 orang adik Hasni iaitu Tuti dan Tina. Bertambah havoc la trip ni kan..

Dengan bajet sebanyak RM798 seorang, aku pun gigih la beli tiket tengah-tengah malam.. siap buat 2 kali transaction sebab credit card tak cukup limit.. Hahahaha.. gigih ke idok !

macam biasa.. sebelum beli tiket.. godek-godek dulu condition guesthouse

dan akhirnya, dapat yang murah dan selesa..

Kira trip kali ni memang trip bunuh diri la.. dengan time peginya tu tak gaji lagi.. pastu bukan turn aku dapat kutu lagi.. ko rasa? Mau tak rasa membunuh diri sebab rasa macam tak cukup je bajet nak pegi Korea ni.. lelagi dengan currency masa tu tengah nazak.. RM3.8 = 1000 won.. Jom nangis berjemaah !

Hasni siap nak pinjamkan duit.. Hahahah.. tapi takpe la.. kita jalan ikut kemampuan diri je.. takmo pinjam-pinjam.. kalau ada dua ringgit je time tu.. kita jalan je.. janji hostel ngan tiket flight dah ada.. macam mana nak gerak dari airport ke hostel tu.. pandai-pandai la kita nak idup kan...

Tapi alhamdulillah.. godek punya godek.. jumpa pula duit won dari trip sebelum ni.. ada 100,000 won.. syukur ! Ini namanya rezeki terpijak.. makanya, kita teruskan je trip bunuh diri ni.. 100,000 won tu cukup la nak buat tambang subway dan beli susu pisang.. Kikikii.. tak yah makan ye.. kita makan angin je.. janji jejak Korea.. Kahkahkah !

Selain tu, dah rezeki.. pergi event kat Korea Plaza.. dapat pulak lucky draw.. maka dapat la T-Money, Gapyeong City Tour ticket dan coupon book yang penuh dengan diskaun termasuk entrance ke Everland !




Selama aku travel luar negara.. tak kira la pegi Beijing ke, Melbourne, New Zealand.. aku tak pernah activatekan ATM Card mahupun Credit Card untuk kegunaan luar negara. Bagi yang tak berani amik risiko macam aku.. jangan buat macam ni.. So, aku topup la juga duit tambahan dan tukar sebanyak RM220 ke won sebagai duit tambahan. Just in case la tetiba ko nak soping macam-macam plak nanti kan..

Semua tu aku buat dalam masa tak sampai sebulan... Fuhh.. ini adalah risiko.. tetiba takde duit time nak pegi tu.. macam mana la kan.. Hiks ! Tapi takpe.. dah selamat pergi dan selamat balik.. malah perbelanjaan juga diluar jangka.. Nak tau berapa kos aku bercuti ke Korea untuk kali ke-2 ni? Tunggu sampai ke hujung rancangan.. ^_^

till then, tatababai

What's New

Post a Comment

6 Comments

  1. hahahaha...gigih kak oii! tahun depan repeat lagi? :P

    ReplyDelete
  2. ambooooiiii...nak repeat lagiiii.... :)

    ReplyDelete
  3. RM 800 sekali penginapan. Woah, memang murah.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. jom sis,,kite pun nk repeat lg,,haha,,rindu kat sana

    ReplyDelete
  6. perghh mmg meroyan kalau x beli harga tiket murah tu...termasuk accomodation lagi....

    ReplyDelete

Thanks for your support