Asssalammualaikum..

Baru-baru ni aku ada buat cermin mata baru.. cermin mata raya katanya.. kuangkuang… nak cermin mata yang boleh buat nampak kurus.. bahahaha.. memang tak la kannnn…

Nak cerita pasal kedai cermin mata yang murah ni.. memang tiap tahun aku buat kat sini.. sampai tauke dia pun kenal aku.. hehehe.. untuk cermin mata yang aku buat kali ni, memang murah gile.. tak sampai RM200 pun..



     1) Pilih frame cermin mata
Aku ni, seboleh-bolehnya, memang aku elak yang ada frame.. sebab aku tak berapa suka yang ada frame.. tapi ada je beberapa kali aku pakai spek yang ada frame.. sebab jenis ni memang tahan lama sikit berbanding takde frame.. tapi kalau nak melawa.. aku suka yang takde frame.. hihihi





      2) Check power mata
Bila dah pilih frame pilihan.. kena la check power mata plak.. macam aku, memang banyak la power.. ada 500+ kot.. lupa plak nak tanya berapa.. sebab masa check ritu dia kata sama macam tahun lepas.. kuikuii..

      3) Nak tambah pape (anti silau dan lain-lain)
Ni depends pada korang la.. ada yang nak tambah anti silau.. ada yang nak tambah kegelapan..gitu.. ^_^ macam aku cermin mata sedia ada ni memang okey.. so untuk yang baru ni.. aku cuma tambah anti silau sahaja..

      4) Bayar deposit
Yang bestnya kat sini, deposit dia tak kira berapa.. RM50 pun boleh.. tapi jangan la deposit RM10 je.. hahaha.. bagi la minimum RM50 as deposit. Dan yang lagi best, aku buat tu hari Ahad tau… hari Isnin dah siap.. macam mana dorang bagitau dah siap? Dorang akan sms kat kita bagitau dah siap.. cepat je kann.. ^_^

Aku memang puas hati dengan servis kedai ni.. dah banyak tahun aku buat kat dia.. sebab aku pernah buat cermin mata harga RM1k lebih kat kedai yang femes juga la.. sehari pakai dah patah.. guano tu? Rugi je tauuuu… bila buat kat kedai ni.. cermin mata dia tahan lasak dan yang penting., harganya berpatutan.




Berapa aku buat untuk cermin mata ni?


Hanya RM168 sahaja.. murah kannnn!


NES OPTICAL BOUTIQUE 
Lot 208, Bangi Utama Shopping Complex, No.1, Jalan Medan Bangi,, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

till then, tatababai

What's New