Wednesday, June 17, 2015

Iftar @ Terraza di Grand Dorsett Subang

Assalammualaikum..

1 hari lagi menginjak ke bulan Ramadhan.. bagi yang masih meneliti untuk mendapatkan juadah berbuka puasa yang enak dan segar, bolehlah mempertimbangkan untuk ke Grand Dorsett, Subang Jaya.




Apa yang menarik kat situ ye? Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Grand Dorsett Subang mengenengahkan tema ‘IFTAR @ Terazza Brasserie yang menyajikan juadah masakan kampung dan antarabangsa, terdiri daripada pembuka selera, sup, menu utama dan m




















Selain dari itu, bagi yang menggilai ‘Sup Gear Box’.. aku pasti.. korang akan teruja dengan menu ini di Grand Dorsett Subang ni. Aku sendiri dah cuba.. memang cukup rasanya, dapat pulak hirup sup dalam tulang gear box tu.. perghhh… terangkat ! Ini adalah antara signature dishes yang dihidangkan di sini. Oppss.. ada lagi tau.. menu lain seperti Nasi Briyani Gam Ayam, Kambing Golek, Satay Ayam dan Daging, Murtabak ayam dan macam-macam lagi pasti menambat selera korang kat sini. Aku jamin 150% korang akan terpikat dengan hidangan yang ada kat sini..






Ahaa.. bukan itu saja tau.. ada LIVE SHOW dari para chef di setiap gerai dan boleh order Kuew Teow Goreng panas-panas dari KUALI tau ! Sambil menunggu makanan disiapkan, pasti korang terhibur dengan persembahan lambung-lambung dari chef yang ada kat situ.. Antara kelainan yang ada kat situ yang belum tentu ada kat tempat lain… ^_^










Dah puas menikmati juadah yang berat-berat tu.. jangan lupa juga menikmati manisan yang confirm memang sedap la.. ada puding, pengat keledek, kuih muih tradisional dan kek.





















Sambil korang menikmati juadah berbuka puasa, korang akan dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis terkenal tanahair seperti Jaafar Onn, Rohana Jalil, Ayu Damit, Maya Matahari, Isma AF dan ramai lagi. Excited ! Lagu-lagu baru dorang pun sedap sangat tau.. kalau nak tau, kena la datang menikmati juadah berbuka puasa di Grand Dorsett Subang ni dan dengan sendiri. Pasti korang akan terhibur !








Antara aktiviti menarik sepanjang Ramadhan nanti, akan ada LUCKY DRAW untuk semua pengunjung yang menikmati juadah berbuka puasa di situ. Hadiahnya pasti menarik antaranya tiket kapal terbang yang pastinya.. membuatkan aku TERANG MATA ! hahahah…





Jangan risau, surau turut disediakan di situ bagi yang ingin menunaikan solat maghrib dan Isya’.
Berapa harga untuk Iftar @ Terraza di Grand Dorsett Subang ni?

Hanya RM150.00 nett per person sahaja

Dari 6.30 petang – 10.30 malam


Untuk tempahan, sila hubungi, +603 5031 6060 ext 1912
Emel: info.subang@dorsetthotels.com
web: dorsetthotels.com/malaysia/subang



















till then, tatababai

What's New

3 comments:

  1. menu2 sgt menariksss
    terliuq ja baca time 1st day ramadhan hehehe

    ReplyDelete
  2. huh..kak anil... tu dia baru 1st day puasa ni kak.. huhu..

    ReplyDelete

Thanks for your support