Pilihanraya vs konvokesyen

Korang dah check daftar pemilih? korang mengundi dimana? beberapa hari ni baru ada masa nak check kat mana nak mengundi. Masih lagi mengundi di kampung.. alhamdulillah. Bagi yang tak sempat nak check, boleh check kat Semakan Daftar Pemilih

Dalam tempoh 12 hari je lagi pilihanraya umum akan diadakan. Korang dah ready ke? Dah ready untuk kerajaan baru? Atau kekalkan kerajaan sedia ada? Keluarlah mengundi, itu hak kita sebagai rakyat Malaysia. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Busuk-busuk Malaysia ni, ia tetap negara yang kita cintai. Sape yang tak sayang negara kan?

So, Musim pilihanraya ni adalah musim yang agak sibuk especially untuk petugas-petugas parti yang sibuk promote parti masing-masing. Bukan tu je, SPR pun rasanya tak menang tangan nak handle macam-macam hal yang melibatkan pilihanraya ni.


Cite pasal pilihanraya ni, sebelum ni tarikh yang sama dengan pilihanraya ni adalah tarikh konvo saya. Omaii.. terus rasa macam, how about my konvo? Then, universiti update kat laman web menyatakan tarikh konvo ditunda bagi memberi laluan kepada pilihanraya. Tarikh tunda tu adalah sehari selepas pilihanraya. So, kalau nak pegi konvo tu, lepas mengundi dah terus kena pegi Johor. Makanya, terpaksa jua minta extra cuti bagi membolehkan urusan konvokesyen ini berjalan lancar. Cam saya yang kampung dekat ni takpe la kan, nak pegi mengundi then terus ke Johor. Macam mana pula dengan kawan-kawan yang lain? Yang kampung nun kat Utara, atau nun kat Pantai Timur. Mmm.. kalaulah tarikh konvo tu ditunda ke seminggu selepas pilihanraya ke. Ok la juga. Ni mau kelam kabut mereka-mereka yang nak mengundi jauh-jauh, pastu kena patah balik ke Selatan pula. Hak mengundi hak kami. Haruslah diutamakan mengundi dulu kan.

So, bagi yang bakal bertugas semasa pilihanraya, selamat bertugas, yang akan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, selamat mengundi. Jadilah rakyat yang prihatin. Bagi yang akan menghadiri konvo, moh kita konvoi ke selatan tanahair. ;)

till then, tatababai

 What's New


Post a Comment

4 Comments

  1. Saya lak Pilihanraya vs Due Date Bersalin ... Huhuhu ...

    ReplyDelete
  2. saper canselornya nih?? lepuk dia.. lepuk dia.
    selamat mengundi Anil.. turun johor kang hati2 di jalanraya..

    ReplyDelete
  3. amboi hani.. diam2 dah tambah anak.. hehe.. tahniah.. :)

    ReplyDelete
  4. ahkakbatik..tu la.. stress kejap sebab kena tambah cuti.. pastu kena ejas timing.. apa la salahnya dibuat minggu lepas tu ke.. huhu..

    ReplyDelete

Thanks for your support