Lunchie @ Nandos Alamanda

Pada hari Jumaat yang lepas, adik saya bermurah hati untuk membelanja kitorang makan tengahari. Wahh.. tak perlu disuruh-suruh, kami ok saja. So, lokasi makan tengahari adalah di Nando's Alamanda. Terima kasih kepada penaja tempat kerana sudi melayan kami. Ahakss... #inisemuapoyo


Kami adalah berempat. Saya, adik saya, adik saya dan adik saya. Eh.. jari sape yang paling cun tu.. jari saya la... #inisemuapoyolagi


Set tajaan ini dalam bentuk baucer iaitu One Jumbo Platter which contain 2 whole chickens + 5 large sides. Gilo ko... makan 4 orang je... dah la seme kecik2 kecuali saya la.. Vavavav...


Tu dia.. kalau harga pasaran adalah RM99 ye.. Tapi sebab masa tu kami tengah sengkek, so kita guna baucer je.. So, bayar duit air je la.. Air pun boleh refill sebanyak mana nak.. saya pun apalagi.. tambah air macam kat rumah je.. 



Pihak penaja makan.


Pihak penaja restoran.


Bersedia untuk extra hot?


Makanan pun dah sampai. Amik 4 perasa, Mild, Lemon & Herb, Hot dan Extra Hot. Amik kau.. Tu bila makan tu rasa nak tonggang air je. Tu minta air macam kat rumah sendiri tu.. Kikiki


Lagi ayam. Masa ni meja dah penuh dah.


Tambah lagi ngan side dishes.


Wedges lagi.


Nasi ngan coleslaw. Menjadikan side dishes sebanyak 5 jenis. Perghh.. masa ni memang dah tahan perut dari pagi. So, konon boleh la makan banyak sikit. :P


Hasilnya.. licin pinggan gue. Ini adalah setengah ekor ayam ye. Saya jadikan tulang yang tak macam setengah ekor ayam pun. Lain semua masuk perut. 


Hasil keseluruhan. Ada lagi 3/8 bahagian ayam yang tak dihabiskan. Rugi la dorang ni. Makan cikit. :P Takpe.. yang mana tak abis tu, kita tapau je.


Hepi sungguh orang itu dapat tapau makan ek.. akhir kata, terima kasih kepada pihak penaja makan tengahari kerana sudi menaja makan tengahari saya dikala tengah sengkek.Hehe.

till then, tatababai

What's New

Post a Comment

0 Comments