Jangan Pandang Ringan! Pengalaman 'Medical Check Up' Yang Buka Mata

Assalamualaikum.. Hai korang! Aku nak kongsi satu cerita yang mungkin ramai antara korang pernah alami atau sedang alami. Baru-baru ni, aku buat full medical check up. Sebagai orang yang rasa sihat walafiat, aku tak sangka langsung hasilnya akan buat aku terkejut beruk. Tapi tulah, hidup ni penuh dengan kejutan, kan?

Bila doktor panggil aku masuk bilik, muka dia serius semacam. Lepas tu, dia tunjuk kat aku result ujian darah. "Puan, kadar kolesterol puan agak tinggi.." katanya. Aku macam blur kejap. Kolesterol? Aku? Macam tak percaya pun ada.

Korang tahu tak, bila doktor sebut je kolesterol, terus terbayang macam-macam penyakit. jantung, stroke… fuh, seram! 

Sebab last aku check tahun 2023, tapi check up biasa je la yg cucuk darah hujung hari tu.. kolesterol aku dari  normal je kot.. tetiba kali ni tinggi..

Aku pun mula lah tanya doktor macam-macam soalan. Apa punca? Apa risiko? Macam mana nak turunkan? Doktor pun senyum je..

Lepas tu doktor sambung lagi, "kadar uric acid ni masih agak tinggi tapi ada menunjukkan penurunan dari 2 tahun lepas.. last kita check 0.54, kali ni dah turun jadi 0.46".. ada sedikit kelegaan pada muka aku bila dia sebut tu.. sebab aku memang jaga sikit bab-bab makan menda-menda yang boleh mengundang uric acid ni.. cuma kadang-kadang terbabas la jugak..

Doktor tunjukkan laporan perubatan tu depan muka aku.. Hahaha.. memang muka dah cuak pepasal tetiba kolesterol tinggi ni.. mula la fikir apa aku makan? apa aku buat? Kahkahkah..

Bila aku tengok result ujian tu, memang terkejut. Uric acid aku tinggi, dan kolesterol pun sama. Doktor kata, kalau tak kawal, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius. Doktor pun explain..

Uric Acid

Uric Acid ni sebenarnya hasil buangan dari metabolisme purin, sejenis sebatian yang ada dalam makanan. Kalau terlalu banyak, uric acid ni boleh membentuk kristal dan terkumpul kat sendi, menyebabkan sakit gout.

Kolesterol

Kolesterol pula ada dua jenis, LDL (kolesterol jahat) dan HDL (kolesterol baik). LDL yang tinggi boleh menyebabkan plak terkumpul kat arteri, meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lepas doktor terangkan, aku pun mula lah rasa muhasabah diri. Apa yang aku dah buat sampai jadi macam ni? Aku pun mula lah ingat balik gaya hidup aku sebelum ni.

Pola Makan

Aku ni kalau orang kenal aku, aku memang orang yang suka makan. Kalau kata nasi lemak tu jangan cakap la.. aku boleh hadap nasi lemak pagi sampai malam ye.. seafood memang la jarang-jarang aku makan, tapi sesekali aku makan la jugak sotong, udang dalam sekor dua, kerang.. air manis pun jarang dah aku minum, tu yang mungkin kadar uric acid aku berjaya turun sikit..

Cuma makanan lain macam fast food, bergoreng serta seafood yang aku makan tu.. mungkin antara penyumbang kepada tingginya kolesterol aku.

Kurang Aktiviti Fizikal

Nak kata rajin sangat tu tidak la.. dalam setahun dua ni, aku ni sebenarnya agak aktif bila terlibat dalam program Asgard. Aku brisk walk, running, hiking dan ada juga bersenam dan masuk gym. Bila takde program, mula la dengan aktiviti lepak depan TV, makan tak beringat.. jadi aktiviti fizikal pun kurang.

Stress

Kerja aku memang banyak tekanan. Handle sistem dan manusia ni kadang-kadang buat otak jadi lelah, penat dan rasa tak cukup rehat sebab banyak sangat menda nak fikirnya. Dalam group Whatsapp kerja pun kadang sampai 2-3 pagi masih bekerja. Stress ni pun boleh mempengaruhi kadar uric acid dan kolesterol.

Langkah-Langkah Yang Aku Perlu Ambil: Perubahan Gaya Hidup

Bila dah tahu punca, aku pun mula lah cuba buat perubahan. Aku tak nak terus-terusan macam ni. Aku nak sihat! Mujur bulan puasa jadi aku boleh control dari segi pemakanan.

Perubahan Pola Makan

Semasa berbuka puasa, aku akan mulakan dengan segelas air kosong. Lepas tu makan nasi sekadar 1-2 senduk sahaja berlaukkan sayuran dan ayam. Setakat ni semua menu utama aku masak, belum lagi beli kat luar selain dari kuih muih tu pun kalau teringin la.. Lepas berbuka, aku akan makan buah samada epal atau pun limau.

Peningkatan Aktiviti Fizikal

Kalau ikutkan sepanjang bulan puasa ni ingatkan nak rehat sekejap dari aktiviti fizikal.. Konon-konon nak fokus ibadah.. nampaknya kena juga ke gym ye at least seminggu sekali la supaya dapat aktif sikit. Kalau kat pejabat memang banyak duduk kat tempat jer.. kuranglah aktiviti fizikal tu.. 

Pengurusan Stress

Aku memang jenis tidur awal.. cuma kadang-kadang tu terbabas juga la.. depends pada situasi dan keje la kot.. Aku cuba tidur lebih awal dan cukup. Bila aku rasa stress, aku cuba cari aktiviti yang boleh buat aku relaks, seperti dengar lagu atau tengok movie / drama yang ringan yang boleh buat aku gelak-gelak. Kadang-kadang kalau semua tak jalan.. aku tido je.. huhuhu

Suplement

Aku bukan orang yang suka makan ubat mahupun suplemen. Tapi the only suplemen yang aku makan sekarang ni adalah Magnesium. Sebab kadang-kadang badan aku penat, tapi otak aku ni banyak fikir.. jadi aku tak cukup rehat. So, suplemen ni sangatlah membantu aku untuk dapatkan rehat yang cukup plus untuk muscle relax juga.

Pelajaran Yang Aku Pelajari: Kesihatan Itu Penting

Pengalaman ni mengajar aku banyak benda. Aku sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan. Kesihatan tu bukan sesuatu yang boleh kita ambil mudah. Lagi-lagi pada usia yang makin meningkat, kesihatan tu mahal ye.. once kau dah start sakit-sakit.. masa tu ada harta berjuta pun tak guna.. you couldn't spend any on luxurios anymore.

Pentingnya Medical Check Up

Jangan takut buat medical check up. Ia boleh membantu kita mengesan masalah kesihatan lebih awal. Buat at least 6 bulan sekali untuk korang monitor kesihatan korang luar dan dalam.. 

Amalkan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat tu bukan sekadar trend, tapi keperluan. Kita perlu jaga makan, bersenam, dan kelola stress. Kadang kita selalu ingat gaya hidup ni untuk orang berada je.. BIG NO tau.. semua orang tak kira usia mahupun pangkat perlu amalkan gaya hidup sihat.. siapa lagi nak jaga diri kita kalau bukan diri kita sendiri kan..

Konsistensi

Perubahan gaya hidup ni bukan sesuatu yang boleh kita buat sekejap-sekejap. Kita perlu konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Bila dah 6 bulan buat, result dah cantik.. lepas tu dah tak nak buat dah.. tak boleh la macam tu.. kita perku konsisten supaya hasilnya dapat berkekalan sampai ke akhirnya. tak nak la 6 bulan result cantik.. 6 bulan kemudian result tak cantik.. ewah ewah.. macam roller coaster pulak ye..

Korang, pengalaman aku ni mungkin berbeza dengan korang. Tapi, aku harap perkongsian aku ni boleh memberi manfaat kepada korang. Jangan abaikan kesihatan korang. Jaga makan, bersenam, dan pantau stress. Kalau ada masalah kesihatan, jangan takut berjumpa dengan doktor. Kesihatan tu harta yang paling berharga.

Ingat, perubahan kecil yang kita buat hari ni boleh memberi impak yang besar pada masa depan. Jom sama-sama kita jaga kesihatan!

Smartwatchs

Post a Comment

Thanks for your support

Previous Post Next Post