Wednesday, August 21, 2024

Destinasi Menarik Mesti Pergi Jika ke Vietnam

Tidak dinafikan, Vietnam adalah negara yang aku selalu repeat berulang kali bukan sahaja di sebabkan shopping sakan, tapi disebabkan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, makanan yang sedap dan sihat serta budaya yang unik. Seperti yang kita tau, Vietnam ni merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di Asia Tenggara. Selalunya bila ke Vietnam, kita akan memfokuskan pada Ho Chi Minh as kita tau ia adalah syurga beli belah bagi wanita terutamanya. Hehehe.. Tapi, ada juga tempat-tempat lain seperti Dalat, Sapa, Danang dan Phu Quoc yang juga sangat cantik dan kaya dengan tempat-tempat indah dan menarik untuk dikunjungi.


Aku sharekan beberapa tips & trick untuk korang yang ingin melancong ke Vietnam berdasarkan pengalaman aku sebelum ni.

Destinasi Wajib Dikunjungi di Vietnam

Vietnam ni ada banyak destinasi menarik yang wajib dikunjungi. Di setiap destinasi tu ada je tempat-tempat menarik dan hidden place yang boleh korang kunjungi. Berikut adalah beberapa tempat yang tidak boleh dilepaskan sekiranya korang ke Vietnam.

Ho Chi Minh City
Ho Chi Minh City adalah pusat kebudayaan dan ekonomi Vietnam. Pelancong dapat mengalami kombinasi unik antara warisan kolonial dan dinamisme moden. Kalau korang niat nak shopping tu, memang kat sini la tempatnya. Dah alang-alang sampai sini, korang boleh la singgah ke tempat menarik yang ada di sekitar Ho Chi Minh. Antara destinasi wajib singgah sekiranya korang ke bandar Ho Chi Minh:
  • Saigon Notre-Dame Basilica: Gereja dengan seni bina Perancis yang indah dan kaya dengan sejarah.
  • Ben Thanh Market: Pasar terkenal untuk membeli-belah dan mencuba makanan tempatan.
  • War Remnants Museum: Muzium yang memaparkan sejarah Perang Vietnam dengan koleksi yang menarik.
  • Cu Chi Tunnels: Terowong bawah tanah yang digunakan semasa Perang Vietnam.
  • Bitexco Financial Tower: Bangunan pencakar langit dengan observation deck untuk melihat pemandangan kota.
Kalau korang sempat, boleh explore juga hidden places yang ada kat Ho Chi Minh. Tak wajib tapi kalau korang dah alang-alang sampai, boleh nak jalan-jalan cuci mata dan menikmati keindahan kota Ho Chi Minh.
  • Café Apartment: Bangunan apartmen yang diubah menjadi kafe dan butik yang unik.
  • Tan Dinh Church: Gereja berwarna merah jambu yang kurang dikunjungi pelancong.
  • Hao Si Phuong Alley: Lorong kecil dengan suasana zaman kolonial Perancis.
  • Jade Emperor Pagoda: Kuil yang indah dan tenang di tengah kesibukan kota.
  • Saigon Opera House: Bangunan bersejarah dengan seni bina kolonial Perancis.

Phu Quoc
Phu Quoc adalah syurga tropika yang menawarkan pantai yang indah, makanan laut segar, dan peluang untuk berinteraksi dengan budaya tempatan. Orang kata Phu Quoc ni ala-ala Langkawi tetapi di luar negara, gittew... Bila korang datang ke Phu Quoc ni, ini adalah tempat menarik yang korang wajib singgah.
  • Long Beach: Pantai berpasir putih yang popular untuk bersantai.
  • Vinpearl Safari: Taman safari terbesar di Vietnam dengan pelbagai spesies haiwan.
  • Phu Quoc National Park: Kawasan hutan yang dilindungi dengan pelbagai flora dan fauna.
  • Dinh Cau Night Market: Pasar malam dengan pelbagai makanan laut segar.
  • Sao Beach: Pantai yang terkenal dengan pasir putih halus dan air biru jernih.
Di Phu Quoc juga ada hidden place yang menarik tau.. antaranya:
  • Ham Ninh Fishing Village: Kampung nelayan yang tradisional dan kurang pelancong.
  • Starfish Beach: Pantai dengan banyak tapak sulaiman, ideal untuk fotografi dan OOTD.
  • Ho Quoc Pagoda: Kuil Buddha dengan pemandangan laut yang menakjubkan.
  • Cua Can River: Sungai yang indah untuk aktiviti berkayak.
  • Rach Vem Village: Kampung yang terkenal dengan rumah terapung yang kaya dengan budaya tempatan.
Danang
Da Nang ialah sebuah bandar pantai di tengah Vietnam yang terkenal dengan pantai berpasir dan sejarah sebagai pelabuhan kolonial Perancis. Ia menawarkan gabungan pantai, budaya dan keindahan semula jadi yang memukau, menjadikannya destinasi pelancongan yang lengkap. Menarik kan... jika korang melawat ke Danang, rugi jika korang tak melawat tempat berikut:
  • My Khe Beach: Pantai yang popular untuk berenang dan berselancar.
  • Marble Mountains: Kumpulan lima gunung batu kapur dengan gua-gua dan pagoda.
  • Dragon Bridge: Jambatan dengan reka bentuk naga yang mengagumkan, terutama pada malam minggu.
  • Ba Na Hills: Resort gunung dengan Golden Bridge yang ikonik.
  • Cham Museum: Muzium yang memaparkan seni dan budaya Cham.
Ehem.. kat Danang pun ada hidden place jugekkk... kalau korang ada extra time, bolehlah melawat ke tempat-tempat ni untuk healing-healing.
  • Son Tra Peninsula: taman negara yang dipenuhi dengan pantai yang menakjubkan, bukit bukau dan haiwan yang jarang ditemui.
  • Hoa Phu Thanh: Tempat untuk aktiviti sukan air dan rafting.
  • Han River Swing Bridge: Jambatan unik yang berayun pada waktu malam.
  • Hai Van Pass: Laluan gunung dengan pemandangan yang menakjubkan.
Sapa
Sapa merupakan sebuah bandar di pergunungan Hoàng Liên Son di barat laut Vietnam. Sapa menawarkan pemandangan alam yang luar biasa dan pengalaman budaya etnik yang unik, ideal untuk pencinta alam dan budaya. Masa terbaik untuk melawat Sapa ialah pada bulan September dan Oktober iaitu ketika teres padi berada pada tahap yang paling indah. Korang juga boleh pergi pada bulan April dan Mei apabila cuaca baik dan langit cerah. Kalau korang tak kisah cuaca panas, bulan Jun hingga Ogos adalah masa yang sesuai untuk melawat. Manakala cuaca sejuk dijangka pada November hingga Mac. Jika korang ke Sapa, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke tempat ni.
  • Fansipan Mountain: Gunung tertinggi di Indochina dengan pemandangan yang menakjubkan.
  • Cat Cat Village: Kampung etnik dengan budaya tradisional yang kaya.
  • Ham Rong Mountain: Taman bunga dengan pemandangan kota Sapa dari atas.
  • Silver Waterfall: Air terjun yang menakjubkan dan mudah diakses.
  • Love Waterfall: Air terjun yang romantis dan tempat mendaki yang indah.
Jangan tak tau, di Sapa juga adalah hidden place tau. Korang boleh luangkan masa untuk melawat hidden plance di Sapa ni sesambil ber OOTD.

Ta Phin Village: Kampung Red Dao dengan budaya dan kraftangan unik.
Y Linh Ho Village: Kampung yang menawarkan pemandangan sawah padi yang indah.
Muong Hoa Valley: Lembah dengan sawah padi bertingkat dan sungai yang menawan.
Sin Chai Village: Kampung dengan pemandangan yang belum tercemar dengan pelancong.
Hoang Lien National Park: Taman nasional dengan hutan yang kaya dengan biodiversiti.

Dalat
Dalat dikenali sebagai "Kota Bunga" dengan cuaca sejuk dan pemandangan yang indah, menjadikannya tempat yang ideal untuk berehat dan menikmati keindahan alam. Kalau dulu Dalat ni antara tempat yang agak outskirt, tapi sekarang ni dah semakin mendapat tempat di mata dunia. Berikut adalah antara tempat menarik yang kebiasaannya tour guide akan bawa jika korang ke Dalat.
  • Xuan Huong Lake: Tasik yang indah untuk berjalan kaki atau berbasikal.
  • Crazy House: Rumah dengan seni bina unik dan imaginatif.
  • Dalat Railway Station: Stesen kereta api dengan seni bina kolonial Perancis.
  • Bao Dai’s Summer Palace: Istana musim panas terakhir Maharaja Vietnam.
  • Linh Phuoc Pagoda: Pagoda dengan seni mosaik yang menakjubkan.
Namun begitu, jika korang stay lama sikit, aku sharekan juga antara hidden place yang korang boleh pegi. Pasti korang tak menyesal.
  • Pongour Waterfall: Air terjun yang indah dan kurang diketahui pelancong.
  • Cu Lan Village: Kampung dengan keindahan semula jadi dan budaya tradisional.
  • Tuyen Lam Lake: Tasik yang tenang dan tempat terbaik untuk bersantai.
  • Valley of Love: Lembah dengan pemandangan romantis dan taman-taman indah.
  • Lang Biang Mountain: Gunung dengan pemandangan yang menakjubkan dan peluang untuk mendaki.
Hanoi
Hanoi, sebagai ibu kota Vietnam, menawarkan gabungan sejarah, budaya, dan kehidupan kota yang sibuk. Ia adalah tempat yang ideal untuk memulakan atau mengakhiri pengembaraan korang di Vietnam. Biasanya Hanoi ni dijadikan sebagai lokasi transit sebelum ke destinasi lain, tapi jangan tak tau, kat Hanoi ni pun banyak tempat menarik yang boleh dilawati tau...
  • Hoan Kiem Lake: Tasik di tengah-tengah kota dengan legenda kura-kura yang terkenal.
  • Old Quarter: Kawasan bersejarah dengan jalan-jalan sempit dan kedai-kedai tradisional.
  • Ho Chi Minh Mausoleum: Makam pemimpin revolusi Vietnam, Ho Chi Minh.
  • Temple of Literature: Universiti pertama Vietnam yang didedikasikan kepada Confucius.
  • Hoa Lo Prison: Muzium yang memaparkan sejarah penjara kolonial Perancis.
Di Hanoi juga adalah banyakkkk hidden place yang korang boleh singah, antaranya.
  • Truc Bach Lake: Tasik yang lebih tenang dan kurang dikunjungi pelancong.
  • Bat Trang Pottery Village: Kampung yang terkenal dengan kraftangan tembikar.
  • Phung Hung Street Mural: Jalan dengan mural seni yang menarik.
  • Quang Ba Flower Market: Pasar bunga yang meriah pada awal pagi.
  • B52 Victory Museum: Muzium kecil yang memaparkan sejarah perang udara Vietnam.
Dengan pelbagai destinasi menarik dan pemandangan yang indah di Vietnam, ia akan memberikan korang pengalaman yang manis dan tidak dapat dilupakan. Semoga entry ini dapat memberi manfaat kepada korang dan lebih bersedia untuk menjelajahi keindahan Vietnam dengan lebih yakin. Selamat bercuti chuolssss!!


No comments:

Post a Comment

Thanks for your support