Monday, October 16, 2023

Ceritera Potluck

Aku rasa semua orang dalam pejabat ni pernah dengar perkataan potluck. Malah mesti pernah buat pot luck sesama officemate, schoolmate dan ada juga buat pot luck dalam jamuan taman kan.. Baru-baru ni, pejabat kitorang ada buat satu potluck dan masing-masing kena bawa makanan ikut tema yang diberikan. Ada satu hari tu, ikut tema nasi lemak berlauk.. Haaa.. makanya hari tu masing-masing bawa la sorang sikit lauk untuk memenuhi tema tersebut. Yang baru-baru ni, ikut tema warna. Haaa.. jenuh kakak nak bawa menu ikut warna ye... Hahahhaa.. 


So, kita selalu dengan tentang Pot luck atau lebih dikenali sebagai "parti potluck.". Ia adalah tradisi makanan yang sering diadakan di seluruh dunia. Istilah ini mungkin tidak dikenali oleh sesetengah orang, tetapi apakah sebenarnya "potluck", dan mengapa ia dipanggil begitu?

Apakah Maksud "Potluck"?

"Potluck" ialah istilah yang merujuk kepada sejenis hidangan kongsi di mana setiap orang yang menghadiri majlis itu membawa hidangan atau makanan untuk dikongsi bersama. Dalam potluck, tiada tetamu diarah membawa hidangan tertentu, tetapi mereka diberi kebebasan untuk membawa makanan pilihan mereka sendiri. Makanan ini kemudiannya disusun dan dikongsi oleh semua yang hadir. Namun, pada akhir-akhir ini.. ada trend di mana menu potluck ni kena ikut tema. Kenapa ada trend macam tu? Sebab nak masing-masing bawa menu bersesuaian dengan tema dan majlis yang diadakan. Kalau tema adalah Hari Raya, takkan nak bawa pizza kan? Nampak macam tak berapa kena pulak.. Hihihi.. Pesta potluck boleh berlangsung dalam pelbagai konteks, termasuk di rumah, pejabat, sekolah dan komuniti. Ini cara yang menyeronokkan untuk berkongsi makanan, merasai hidangan yang berbeza dan memupuk hubungan sosial.

Mengapa Ia Dipanggil "Potluck"?

Asal usul nama "potluck" mempunyai beberapa teori yang berbeza. Satu teori ialah nama itu berasal daripada perkataan Inggeris puritan, "potlach," yang merujuk kepada pesta atau jamuan besar yang diadakan oleh komuniti puritan. Nama itu kemudiannya ditukar kepada "potluck" dan digunakan untuk menggambarkan tradisi berkongsi makanan dalam acara sosial.

Idea Menu Potluck di Pejabat

Potluck pejabat ialah cara terbaik untuk merapatkan hubungan dengan rakan sekerja dan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang mesra. Untuk potluck pejabat, pelbagai menu mudah boleh disediakan dan korang juga boleh mencuba idea menu berikut antaranya:

  • Hidangan sarapan seperti croissant, mufin atau sandwic.
  • Salad pasta dengan pelbagai sayur-sayuran dan sos.
  • Hidangan perayaan seperti sushi atau dim sum.
  • Pencuci mulut seperti kek, tart atau ais krim.
Contoh Menu Potluck yang Mudah Disediakan

Untuk membantu korang memulakan parti potluck bersama rakan-rakan, berikut ialah beberapa contoh menu potluck yang mudah disediakan:

  • Nasi berlauk: Nasi berlauk adalah hidangan yang mudah dan sentiasa menjadi pilihan yang baik untuk potluck. Korang boleh bawa pelbagai jenis menu yang bersesuaian untuk dimakan bersama nasi. Dapat makan nasi dengan telur kicap tu pun dah sedap kan..
  • Salad buah-buahan: Campurkan pelbagai buah-buahan ke dalam mangkuk besar untuk hidangan yang segar dan sihat.
  • Ayam panggang: Ayam panggang adalah hidangan yang disukai ramai, dan ia boleh dibuat dengan mudah.
  • Nugget/Fries: Menu ni aku paling suka bawa kalau ada potluck disekolah anak. Selain mudah, ia juga disukai oleh semua orang.. setuju tak?
  • Dessert: Siapa tak suka dessert kan? Pelbagai jenis manisan yang boleh dijadikan sebagai menu sampingan untuk potluck korang.
  • Air Minuman: Jangan tak tau, kadang-kadang orang bawa je air minuman sebagai menu potluck.

Pengalaman Potluck Pejabat

Aku nak berkongsi la juga pengalaman pejabat aku buat potluck baru ni. Memang meriah, havoc sampai rasa macam hari-hari nak buat potluck. Idea nak buat potluck ni kadang datang tiba-tiba je. Kononnya hari tu nak celebrate farewell aku, so masa tu datanglah dengan pelbagai cadangan tema. Jadi dorang decide nak bawa menu potluck ikut tema warna. Kecoh la kejap.. Takut ada yang dapat tema warna pelik-pelik kan. Hahhaa.. Yang kelakar lagi tu, warna baju yang kita pakai tu pun kena ikut warna tema makanan tu.. Haaa.. jenuh kakak...

Dah cabut undi.. aku dapat warna coklat.. Nasib baik warna coklat.. kalau warna warni.. jenuh juga tu.. Hahhaa.. So, tibalah hari potluck yang dinantikan... Masa ni memang meriah ye.. masing-masing show off dressing ngan makanan masing-masimg...


The best part tentang potluck di pejabat ni ialah kita bukan sahaja berkongsi makanan, tetapi juga cerita dan kenangan kita. Aku belajar tentang hidangan kegemaran rakan sekerja dan bagaimana ia disediakan dan secara tidak langsung, kita tau apa makanan kegemaran masing-masing.

Potluck di pejabat bukan sahaja mengenai makanan, tetapi juga tentang memupuk hubungan rapat antara rakan sekerja. Ia adalah peluang yang baik untuk melupakan rutin harian kerja dan berseronok bersama.

Untuk lebih banyak inspirasi, korang juga boleh melihat pengalaman menjamu selera ala potluck di New Zealand dan pengalaman memasak-masak gaya potluck di Jeju. Masa ni memasing bawa bahan masak dan masak sama-sama berbekalkan bahan yang ada.. 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your support