Wednesday, September 20, 2023

Take Care of Your Soul: First Aid Kit Untuk Kesihatan Mental

Rasanya banyak aku dah kongsikan berkenaan dengan kesihatan mental ni. Aku suka nak berkongsi sebab aku rasa ini antara peranan aku untuk bagi awareness kat korang.. Kesihatan mental ni antara aspek penting dalam kesejahteraan kita, dan selalunya kita menghadapi cabaran dan situasi yang boleh menyebabkan kebimbangan dan tekanan. Bagi yang pertama kali handle situasi kebimbangan atau tekanan, atau ada kawan-kawan yang mengalami situasi sebegitu.. mungkin ini sedikit sebanyak dapat bantu korang untuk menangani isu tersebut dengan mengikuti beberapa langkah pertolongan cemas untuk kesihatan mental.


Cari Sumber Sokongan

Cari sumber seperti rakan rapat, ahli keluarga atau profesional kesihatan mental yang boleh mendengar dan memberikan sokongan. Korang boleh bercakap tentang apa yang korang rasa, apa kebimbangan korang. Atau jika korang adalah orang yang membantu, jadilah pendengar yang setia. Jangan kecam atau berikan stigma yang negatif terhadap rakan korang. Insya Allah, ia akan dapat 

Fahami dan Urus Kebimbangan

Kenali pencetus kebimbangan kesihatan mental korang. Adakah situasi orang tertentu, atau pemikiran tertentu yang boleh menyebabkan perasaan cemas? Dengan memahami pencetus ini, korang boleh mencari cara untuk mengendalikan atau mencegahnya jika boleh. Kalau boleh, elakkan dari berhadapan dengan pencetus kebimbangan tu. Kalau pencetus kebimbangan tu adalah orang, elakkan dari bersua dengan orang tu.

Aktiviti Fizikal dan Sukan

Aktiviti fizikal dan sukan adalah cara yang berkesan untuk mengurangkan kesihatan mental. Bersenam boleh meningkatkan pembebasan endorfin, bahan kimia otak yang meningkatkan mood dan mengurangkan tekanan. Pilih aktiviti fizikal yang korang gemari, seperti berjalan, berlari, berenang atau yoga.

Kekal Terhubung dengan Aktiviti Sosial

Apabila kita berasa cemas, kita cenderung untuk mengasingkan diri. Aku pun jenis yang begitu. Bukan nak kata cara tu tak betul, sebab kadangkala kita memang perlukan masa bersendiri. Tapi, jangan terlalu lama. Kekal berhubung dengan aktiviti sosial dan rakan adalah cara penting untuk mengatasinya. Melibatkan diri dalam interaksi sosial boleh memberikan sokongan emosi dan mengalihkan perhatian daripada perasaan kebimbangan.

Tulis Jurnal atau Nota Perasaan

Menulis jurnal atau membuat jurnal ialah cara terbaik untuk menghilangkan kebimbangan. Tulis tentang apa yang korang rasa dan fikirkan boleh membantu korang membongkar perasaan korang dan lebih memahami sebab korang berasa cemas.


Dapatkan Bantuan Profesional Jika Perlu

Jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan profesional jika kesihatan mental korang berterusan dan mengganggu kualiti hidup korang. Psikoterapi, kaunseling, atau campur tangan perubatan boleh memberikan bantuan yang berkesan dalam mengatasi masalah yang teruk.

Ingat, pertolongan cemas kesihatan mental adalah cara yang unik untuk setiap individu. Berikan diri korang masa untuk menyesuaikan diri dengan strategi dan kemahiran yang paling sesuai dengan korang. Berbuat baik kepada diri sendiri dan ingat bahawa korang tidak bersendirian dalam perjalanan ini. Dengan kesabaran, sokongan dan usaha, korang pasti boleh menghadapi kesihatan mental dengan bijak dan membangunkan daya tahan emosi yang kuat.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your support