Tak pasti samada korang sedar atau tidak, zaman inflasi sekarang ni.. semua harga barang naik. Aku macam speechless bila pegi Tesco beli barang tak sampai satu troli tapi habis dekat RM200.. Balik rumah, aku tengok balik resit belanja tadi, aduh.. beli apa je ni? Mulalah aku buka Excel tengok balik perbelanjaan bulanan aku.. Apa yang aku nak tekankan kat sini, penting tauuu pengurusan kewangan ni untuk setiap individu mahupun keluarga. Aku share juga beberapa tips pengurusan kewangan untuk kita sama-sama go through supaya dapat menstabilkan juga ekonomi keluarga kita.
Semak Dan Buat Belanjawan: Langkah pertama dalam pengurusan kewangan yang berjaya ialah mengetahui jumlah wang yang masuk dan keluar setiap bulan. Ketahui berapa jumlah gaji termasuk gaji pasif yang masuk. Jangan terlebih belanja. Buat belanjawan dengan jujur dan teliti untuk mengetahui berapa banyak wang kita digunakan dan cara ia boleh dioptimumkan.
Utamakan Keperluan: Dalam ekonomi yang tidak menentu, keutamaan adalah penting. Pastikan keperluan seperti makanan, tempat tinggal dan kesihatan diberi keutamaan sebelum membelanjakan wang untuk keinginan dan keinginan yang kurang penting. Macam aku, aku akan listkan antara keperluan dan kehendak. Kalau barang tu adalah keperluan, aku akan priority kan dalam pembelian. Kalau sekadar kehendak, aku akan letak dalam list bawah sekali. Kalau ada extra money, baru aku akan beli. Else.. tunggu la bulan depan pulak..
Cari Diskaun Dan Tawaran: Pantau tawaran, promosi dan diskaun di kedai, dalam talian atau pembelian apl. Penggunaan kad keahlian atau program kesetiaan juga boleh membantu kita mendapatkan lebih nilai untuk wang yang kita belanjakan. Kadang-kadang kat pasaraya ada jualan tengah malam yang mana harga ayam, ikan dijual dengan separuh harga. Boleh je beli. Ada hari tu aku beli kat pasaraya dekat dengan rumah aku, ayam dah siap potong dijual dengan harga 60% lebih murah. Apa lagi.. memang aku grab la.. dapat la petang tu masak ayam masak lomak. Hehe..
Kurangkan Makan Di Luar: Percaya tak? Kos makan di luar boleh menjadi beban besar. Sekali makan untuk 2 orang dah RM10.. baru sekali makan.. kalau sehari 3 kali makan kat luar, dah berapa habis? Rajin-rajinkan diri masak, kalau macam duduk sorang je kat rumah, boleh masak dan frozenkan lauk untuk makan next time. Masak sendiri lebih jimat dan sihat. Tapi kalau sesekali nak makan kat luar pun takde masalah..
Utamakan Pembayaran Hutang: Kalau ada hutang, cuba bayar dengan cepat. Utamakan hutang dengan faedah yang tinggi dahulu contohnya hutang peribadi dan kredit kad. Cuba elakkan dari menangguhkan bayar sebab nanti faedahnya akan semakin tinggi.
Libatkan Seluruh Keluarga dalam Pengurusan Belanjawan: Kalau tinggal bersama keluarga atau pasangan, libatkan semua orang dalam perancangan perbelanjaan. Macam aku, aku ajar Iman untuk buat saving juga. Kalau dia nakkan sesuatu, dia kena simpan duit. Aku nak dia belajar duit ni tak mudah didapati. Kena ada usaha dengan menyimpan, dengan bekerja.. baru boleh dapat duit.
Melabur dalam Insurans Kesihatan dan Insurans Perlindungan: Pelaburan insurans ni penting tau.. Ia dapat melindungi kita daripada beban kewangan yang tidak dijangka akibat kemalangan atau penyakit serius. Jangan takut untuk melabur dalam insurans sebab kita tak tau apa yang akan jadi pada masa depan.
Membeli-belah Berdasarkan Senarai: Sebelum shopping, tulis senarai perkara yang kita perlukan. Beli berdasarkan senarai itu dan cuba berpegang padanya untuk mengelakkan pembelian membabi buta. Dulu aku jenis kalau beli, suka main sauk je.. Sekarang ni tak boleh dah.. kena listkan yang mana keperluan, yang mana kehendak.. kalau tak tau-tau je habis beratus.. padahal menda tu kehendak je pun.. contoh macam nak beli sabun.. beli sabun dengan harga yang mampu beli.. Jangan ikut orang. Orang amik brand mahal, kita pun nak brand mahal.. no no no.. beli ikut kemampuan..
Kurangkan Penggunaan Kad Kredit: Berbelanja berlebihan pada kad kredit boleh menyebabkan hutang yang besar. Sebenarnya aku rajin juga guna kredit kad untuk collect point. Tapi lepas guna, terus bayar balik. Jangan tangguh-tangguh. Tak salah pun guna kredit kad ni.. cuma kalau kita tak mampu nak kawal penggunaannya, lebih baik jangan gunakan. Sebab bimbang terlebih guna. Dan kalau boleh, gunakan hanya pada waktu kecemasan dan pastikan korang membayarnya sepenuhnya setiap bulan.
Simpan Sebahagian Daripada Pendapatan: Setiap kali dapat gaji, pastikan kita mengetepikan sebahagian daripadanya untuk simpanan. Simpanan ini boleh digunakan untuk dana kecemasan atau pelaburan masa hadapan. Asingkan pada awal terima gaji dengan bahagikan untuk bayaran komitmen seperti rumah, kereta dan bil. Kemudian, asingkan untuk simpanan.. Lepas tu baki tu la yang digunakan untuk berbelanja.
Dengan mengamalkan 10 petua pengurusan belanjawan ini, kita boleh meningkatkan kesedaran kewangan kita dan menetapkan asas yang kukuh untuk kestabilan kewangan dalam ekonomi Malaysia yang semakin dinamik. Ingat bahawa pengurusan kewangan adalah proses yang berterusan, dan kesabaran serta disiplin adalah kunci untuk mencapai matlamat kewangan kita.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your support