Bariatric Surgery vs Liposuction : Mana lebih menguntungkan?

Assalammualaikum 
Belum habis cerita nak kurus. Cerita punye cerita bilalah nak kurus ye? 😪 Kali ni aku nak cerita perbezaan antara pembedahan bariatrik dengan liposuction. Walaupun kaedahnya adalah berbeza, namun tujuannya adalah sama iaitu untuk kurussssss...

Untuk pembedahan bariatrik, aku ada ceritakan pada entry yang lepas, boleh godek balik. Bagi liposuction pula, ia adalah prosedur pembedahan yang menggunakan teknik suction untuk membuang lemak dari kawasan tertentu badan, seperti perut, pinggul, paha, punggung, lengan atau leher. Liposuction juga membentuk (kontur) kawasan ini. 

So, basically liposuction ni adalah pembedahan buang lemak kat kawasan-kawasan tertentu pada tubuh badan. Kot nak kecikkan lengan, sedutlah lemak kat bahagian lengan. Tapi kena buat kat dua-dua belah la.. Jangan sebelah je kang sebelah kurus sebelah gelebeh. 








Ada yang tanya, banyak tak berat boleh turun kalau buat liposuction ni? Realitinya, memang dengan liposuction ni boleh turunkan berat tapi lebih kurang dalam 2 - 5 pound je dalam satu sesi depends pada lemak pada bahagian mana yang nak disedut tu. 


Sakit ke tidak? Takde pembedahan yang tak sakit dik..Nak buat liposuction ni memang kena pakai bius (anesthesia). Masa operate memang la tak sakit sbb dah kena bius, tapi lepas hilang bius tu, tetap akan rasa sakit. Even kadang-kadang semasa proses pemulihan pun boleh jadi menyakitkan. Beauty is pain dik...

Terdapat beberapa jenis pembedahan liposuction yang biasa orang buat iaitu :

  • Laser Liposuction
  • Tumescent Liposuction
  • Vaser Liposuction
  • Body Lift by Buttock
  • Tummy Tuck
  • Buttock Implant



Pada tahun 2019, anggaran harga untuk liposuction ni adalah dari USD2500 per area, lebih kurang dalam RM10,000+ untuk satu part. Mari kita kira duit berjemaah. 😅 bukan mudah nak cantik ni tau... kalau takde duit, kita buat je la cara lama.. ayuh diet dan bersenam.. 😂


Pokok pangkalnya, macam-macam cara singkat untuk kurus ni. Antara berduit atau tidak. Dari pembacaan aku, antara pembedahan bariatrik dan liposuction ni, kedua-duanya bagus tapi kalau dari segi kos dan kesan jangka masa panjang, pembedahan bariatrik adalah lebih baik kerana ia adalah long-term investment. Sekali buat dengan sekali bayaran, boleh kurus tapi kena amalkan gaya hidup sihat la..

Manakala liposuction ni memang la still kena jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat. Tapi kos yang dikeluarkan tu tak berbaloi dengan penurunan berat yang sikit. Ni pendapat aku la.. Aku tak pernah pun buat mana-mana pembedahan seperti di atas tu, tapi aku kongsi berdasarkan hasil pembacaan aku.

Pada aku still, kalau nak kurus.. takde jalan pintas. Still kena jaga makan, bersenam, amalkan gaya hidup sihat dan of course istiqomah. Jalan mana yang kita akan pilih? Pilihan di tangan masing-masing. 

till then

Post a Comment

0 Comments